Balik kampung ~ sangat nyaman.


Sedang bercuti di kampung halaman dengan anak anak,cutikan Sufi dari sekolah lebih awal sebab ayahnya outstation..sunyi la tinggal rumah sendirian. Solutionnya tentulah balik kampung. Betul betul bagi energy luar biasa la kalau saya balik rumah my mother. Sebab apa, sebab saya boleh cuci mata tengok laman bunga mak, betul kasi terapi minda dan hati.. bunga bungaan, dan pelbagai tumbuhan hijau ni betul mengusik perasaan saya.. menyuntik aura positif ,kat bandar tak jumpa selalu pemandangan macam ni, pagi lepas subuh bila buka pintu dah dengar burung berkicauan.. nyaman betul.. 

balik kampung,bunga

bunga gantung

Ni feveret saya, aritu duk bawak mak shoping kat nursery bunga di sepanjang jalan sungai buluh tu, theyall jual murah murah je sabut bertingkat ni,esoknya bila sy nak grab dah sold out dah..frust pulak ~


Pokok pokok buah sume duk belakang ni, buah limau bali, buah nona, durian belanda etc

laman bunga

buah nona
ni dia buah nona.. tengah buah banyak sangat sekarang ni.. rasanya macam durian belanda ~

laman bunga
ni pokok keladi gergasi mak saya, memang besar gaban ~

laman bunga

laman bunga

laman bunga

laman bunga

balik kampung,bunga

Paling nyaman bila anak anak lepas bebas main sendiri.. untungnya dapat duduk kampung.. untungnya jadi orang kampung...Alhamdulillah,beruntungnya saya dilahirkan di kampung..!




Majlis Konvo PASTI Sufi Insyirah


Alhamdulillah, 15 hb Nov hari Ahad  baru lepas ni  selesai sudah majlis Ihtifal ~ Konvokesyen di PASTI Al Firdaus, tempat Sufi Insyirah belajar untuk umur 5 tahun ni, InshaAllah tahun depan pun belajar situ lagi.Banyak ilmu yang Sufi timba di PASTI , ada banyak peningkatan sepanjang tahun ni, Alhamdulillah dapat result  6A 3B untuk exam akhir tahun.. improve banyak juga dari exam penggal pertama tu aritu dapat banyak B dan C ..

Untuk persembahan kelas Sufi kena pakai gaun Frozen sebenarnya, tapi saya tak sempat nak buat persiapan sebab aritu balik kampung Sufi pun cuti lama then smartphone rosak, tak dapat info terkini dari whatsapp Group Ibu Bapa PASTI  ..tinggal sehari dua baru cikgu inform tu yg grab je terus gaun princess kat kedai dekat-dekat rumah.Classmate dia yg lain melaram ngan gaun Frozen..tapi utk cukup syarat pakailah tudung dan beg Frozen, hehe

gambar konvo PASTI

 PASTI kampung melayu subang,

Turun je pentas, abis buat persembahan dan ambik scroll terus Sufi mintak nasi,lapar sangat katanya..Ya Allah kesiannya,paham paham ajelah kan take time kalau layan majlis konvo cam gini..sanggup tahan lapar sebab nervous nak buat persembahan . Kebetulan atok nenek ngan Cik Yah datang tido umah kami  sebab balik Konvo tu terus kami ramai ramai nak gi kenduri kahwin rumah sedara di Taman Datuk Keramat KL..Tukar tukar baju Sufi terus posing ngan tuk nek.. ..


Pastu kan....
lepas je posing posing
^
^
^
^


Belum sempat gerak gi  kenduri.. Sufi dah terlena atas sofa..kepenatan...





Kenapa doa tidak makbul atau ditolak?


Kenapa doa tidak makbul atau ditolak   

Kenapa doa tidak makbul atau ditolak?

Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf) pernah ditanya, "Mengapa doa mereka tidak dikabulkan (ditunaikan) oleh Allah, padahal mereka selalu berdoa." Beliau dengan penuh hikmah menjawab:
  • Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  • Kamu mengaku yang kamu sendiri cintakan Rasulullah S.A.W tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
  • Kamu sentiasa membaca Al Quran tetapi kamu tidak melaksanakan isi kandungannya.
  • Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  • Kamu telah berkata Syaitan adalah musuh kamu yang nyata tetapi kamu tidak menentangnya, bahkan kamu sendiri patuh padanya.
  • Kamu berkata syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu selalu berdoa agar dilepaskan daripada seksa neraka tetapi kamu membiarkan (mencampakkan) dirimu ke dalam api neraka dengan perbuatan amalanmu.
  • Kamu berkata bahawa kematian itu benar tetapi kamu sendiri tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk memperkatakan aib (cela) saudaramu sendiri tetapi kamu lupa akan keaibanmu sendiri.
  • Kamu kuburkan saudaramu yang telah mati tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar (pengajaran) daripadanya.

Bunga bawang pink ~ munge cinta


Bunga bawang pink

Subhanallah, bunga bawang pink dah keluar, ini munge cinta saya [maaf perosak bahasa] haha lamanya saya tunggu bunga bawang ni berbunga,makan tahun tau. Kenapa saya panggil munge cinta, kerana ketika baru kahwin lebih kurang 6 tahun dulu inilah bunga pertama yang saya bawa ke rumah sewa, bunga nilah kesayangan saya, tahun pertama walau terbiar je dia berbunga juga, oleh sebab saya jarang jenguk belakang rumah, saya bawa dia masuk dalam.. yang kelakonya saya letak dia atas flush dalam toilet.. memang gebus sangat.. tapi dia merajuk takmo bunga sebab kurang cahaya matahari dan letak pula dalam toilet, kata munge kesayangan, tapi buh dalam tempat gitew ya... 

So kita pun bawak dia keluar semula.. tanam semula, baja cukup.. matahari cukup..sayang sayang dia.. Alhamdulillah.. pagi tadi dah kembang , buat my heart pun munge munge teringat memori baru kahwin.. dalam hati ada taman giteww Dengan excited nya saya pun snap snap sampai jiran belakang umah tegur, jadi photograper ke pagi pagi ni? hehe malu lah pulak kena tegur ngan mokcik ni,semalam borak dia baru kata, gemuk gemuk pokok bunga dan sayur kami, rajinnya ibu Sufi ni.. hehe malu lah~

Silalah layan munge cinta saya.. hopefully dapat pulak kaler lain selepas ni...

Bunga bawang pink

Bunga bawang pink

Bunga bawang pink




Bersauna katanya ~


Lama tak bersiaran. Saya baru balik dari kampung, lama Sufi Insyirah ponteng sekolah, Jumaat lepas dah abis periksa,jadi ibunya dengan tak pikir panjang terus bawak anak berjimba balik kampung 'nenek ibu'.Padahal cikgu dah pesan nak buat training untuk persembahan utk hari Konvokesyen 15 hb Nov nanti, tapi perasaan nak balik kampung takleh tahan.. kemudian cikgu whatsapp supaya beli baju Frozen utk dipakai Sufi hari persembahan nanti,elok sangt la tu Frozen mmg kegilaan bebudak sekarang ni..Sufi pun hafal sudah lagu  Let it go tu.

Excited sangat nak balik kampung,sebenarnya sy ambik peluang ni utk memandu sendiri bawa anak anak balik kampung, honestly ni pertama kali drive jauh balik kampung, suami ada agenda lain, jadi dah nekad kali ni mesti belajar drive jauh sendiri. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang, selama ni sukar nak atasi rasa takut dan kecut perut tu kini dah confident Inshaallah next time tak perlu susahkan husband nak hantar kemana mana.

Alang alang balik kampung, baliknya mengangkut menda alah ni, nak bersauna sendiri di rumah katanya.My sister punya beli dan pakai sekali dua pastu tersadai je berhabuk, mak kata gi bawak balik rajin rajinlah bersauna,boleh kuruskan badan , wakaka tengok dagu berlapis lapis la tu suruh kita slim ~

kebaikan bersauna

Ni sebenarnya sedang berdetoks, matlamatnya nak kurus mesti buang segala toksin dalam badan dulu,supaya lebih berjalan lancar proses nak kurus . Selain sedang amalkan detoks minum jus buah buahan, ni dah beberapa hari bersauna,boleh bantu bakar lemak dan banyak lagi kebaikannya pada kita. Kalau bab nak kurus, bab kesihatan ni saya suka  baca pelbagai info oleh   Kevin Zahri di laman webnya. Bukan  nak kurus kering sangat pun, nak sesuai dgn BMI dan sebenarnya nak SIHAT. InshaAllah, saya sedang berusaha. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...