Kek Cheese Oreo atau Kek coklat Moist~
Kalau ibu kata nak buat Cheese cake,mulalah si dua beradik ni berebut berebut nak menarik perhatian ibu, sorang nak cheese oreo kak sufi pulak nak coklat moist...jangan risaulah sayang ibu, ibu buat dua-dua untuk tutup mulut korang berdua, baru dunia aman damai,peace ~
Bunga oh bunga ~
Bunga oh bunga..segar mata melihatnya, impiannya nak sangat dirumah nanti dihiasi bunga yang cantik molek macam ni, mahaplah saya tak tahu namanya..siapa tahu sila bagitau saya ya~ hati berbunga kata nak jugak nak jugak..maka ke nursery bunga nak pulun kalau ada bunga ni..ya memang ada tapi pokoknya saja..bunga entah mana..pikir dua tiga kali..nantilah dulu,paham paham ajelah di nursery sumenya lawo bila bawak ke rumah tak reti menjaga hancus jawabnya bunga mana daunnya mana nanti..mari la cuci mata...mimpi ada laman penuh bunga macam ni...Inshaallah~
Bercucuk tanam ~ Bunga emas
Lama tak bercakap dengan bunga, since ada catuan air ni, mandi sikit sikit jela pokok pokok ni, kesian kan..ni bunga emas saya. Jangan nak bayangkan pokok emas ada buah jongkong pulak la ye, berkilauan biji mata haha entahler memang saya lebih suka pokok hiasan macam ni daripada bunga ros atau kertas [bukan tak suka, tapi lebih suka ya] jadi masa kat nursery tu saya mmg nak beli sangat then si gardener tu cakap nama dia Bunga Emas , selalu kan kita nampak hiasan kat mana-mana, pokok ni mudah dibentuk comel gitu.
Masa baru tanam.
Ni dekat dua bulan rasanya dah mula gebus, bolehlah....tunggu dia besar.
Item baby preloved nak letgo murah~
Sila klik gambar untuk gambar yang lebih jelas ya. Item baby ni semuanya nak letgo sebab dah tak guna lagi, dan rumah pun dah fully ,crowded sangat..takde tempat storage dah. Kalau berminat sila whatssup saya 0192545593~ terima kasih ... preluve with good condition hokey ~
SOLD OUT
SOLD OUT
SOLD OUT
*sowi la ya memang pisang goreng panas..eee baru 5minutes tayang dah sold out 2 item..tinggal stroller atas tu ya..tq.
*Thank you semua customer prelove yang sporting, all items sold out sudah.. harap maklum~
Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2015 - 2016
Assalamualaikum , Dari awal bulan March lagi saya dah mula daftarkan Sufi Insyirah untuk masuk darjah Satu Tahun 2016 nanti. Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2015 - 2016 dah dibuka mulai 1 Mac 2014 hingga 30 April 2014 bagi anak yang lahir tahun 2008 dan 2009. Bagaimanapun sepatutnya 14 hari selepas daftar online kita dah kena sahkan disekolah yang kita pilih, tapi saya baru buat pun sebab banyak sangat hal sampai terlupa.
Ini link Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online : http://apps.moe.gov.my/esppsel/
Panduan Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2015 - 2016 :
entry oleh http://twenty2december.blogspot.com/
- Klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu mengesahkan dahulu pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU) Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon berada, boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php
- Proses Pengesahan Permohonan, Penempatan Tahun 1, Pengesahan penempatan, rayuan dan lain-lain boleh terus ke pautan ni http://apps.moe.gov.my/esppsel/ jangan lupa simpan no. pin pendaftaran kerana kita mungkin perlukannya jika ingin mengemaskini maklumat. entry oleh http://twenty2december.blogspot.com/
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Tahun 2014 (24 April - 4 Mei 2014)
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Tahun 2014 (24 April - 4 Mei 2014)
Tarikh : 24 April - 4 Mei 2014
Bayaran Masuk : Percuma
entry oleh twenty2december.blogspot.com
Siapa ulat buku,suka shoping buku atau window shoping hehe inilah event yang dinantikan setiap tahun kan, planningnya kami pun nak gi juga nanti tengok-tengok buku untuk sufi dan syamim mana yang sesuai [macamlah mak ayahnya ni dah tak payah baca buku ya .. sigh~]
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun 2014 akan diadakan pada 24 April hingga 4 Mei 2014 bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Macam kebiasaannya, pelbagai jenis buku,genre untuk semua level dan peringkat usia wajib ada kan,jom meriahkan..
Wordless Wednesday ~ peminat tegar
Peminat tegar oatkrunch especially flavour dark choco tu, disokong oleh my son n my dotter. Diperabis oleh my somi. Not so wordless la ya, internet sangat lembab, memang dah berbulan macam ni, tapi lately makin kronik..niat hati nak sangat blogwalking..tapi open 1 tab je dah berjam then picture sume takleh view langsung, thank you sume yang dropping by and komen tu..ni nak settlekan dulu masalah internet , cam cacing kepanasan pulak desperate housewive ni kalau internet cenggini..ishk..rindunya nak baca entry entry menarik para bloggers feveret ~ sekadar menyebut beberapa nama ya..
Banyak sangat blog yang diminati sampai tak tertulis, maaf ya kalau lately tak singgah ~ salam blogging
Kesian anak ibu akhirnya warded jugak...
Assalamualaikum semua, beberapa hari menyepi...sangat menyedihkan ni..kalau u olls ada terbaca entry beberapa hari lalu kisah demam tu kan, cuba jugak kami bertahan menghadapi hari-hari demam..tapi nak buat camne, kita manusia hanya mampu berusaha dan berdoa mana terdaya.. kalau boleh saya nak elak warded sebab anak lain kena sekolah juga dan saya dan suami mmg takada siapa nak diharapkan lagi utk tengok-tengokkan anak sebab saudara mara sume jauh.
Bab ulang alik ke hospital untuk checkup dan follow up si Syamim Izzuddin pulak di klinik gomen memang agak menyedihkan lah,tak dipandang serius pun oleh doktor bertugas..bukan untuk anak saya saja bukan nak dpt layanan istimewa manapun tapi at least utk anak orang lain juga, setiapkali datang hanya bg ubat selsema/gatal..seriously my son tak selsema tapi kulit dia ada Rashes ~ gatal-gatal kronik ala-ala alergik,kalau dah 4/5 hari tak surut takkan nak duk diam jugak kan..mmg ubat tu doktor kata utk bagi dia tak gatal..lepas makan ubat dia akan tidur sejam dua je then bangun meraung lagi kegatalan?tapi tiap kali checkup itu je ke dia nak cakap? yes family i tak kaya bukan datuk datin thats why la u layan kita macam ni kan?terima kasih. [perenggan emo]
Memang kesian berapa hari tak tidur malam sebab gatal teruk sangat, sambil dia nanges cakap "amim nak tidur ngantuk sangat tapi gatal.." Adeii sodih ibu ayah mendengarnya anak, kak sufi baru baik dari high fever,seminggu tak sekolah..finally, kami bawak jugak si Syamim ke Kelana Jaya Medical Centre tengah malam rabu tu , masa tu dia punya rashers memang penuh satu badan,merah bengkak sebab digaru.. so bila dah buat blood test, kasi antibiotik dan ubat allergic sume terus je warded.Alhamdulillah malam tu happy sgt tengok syamim tidur nyenyak sampai pagi.
Esok paginya doctor kata result blood test tu ada sikit bacteria dalam darah , nak monitor lagi dan buat second blood test. Dalam hati doa semoga syamim takde ape-ape infection yang berbahaya. Rashes pun takde dah. Since dia lahir mmg takde kes allergic,jd ini first time teruk sangat. Dulu masa usianya 50hari,pernah demam panas seminggu sebab tali pusat tak kering lagi kena jangkitan dan bernanah. Tapi tu rasanya takde related dengan kes ni.
Sepanjang hari masuk air , antibiotik dan ubat allergic..masuk hari ketiga alhamdulillah, dah sihat dah boleh main-main lari lari.syukur sangat. Doktor decide ni sikit je jangkitan kuman and ada something allergic, dalam seminggu tu syamim takde makan apa-apa yang lain dari biasa so kemungkinan besar apa yg dia biasa makan tulah penyebab allergic, mula-mula antibodi mungkin boleh tahan lagi,tapi lama kelamaan dah takleh control..akhirnya keluarlah dia..Jadi starting today ibu dan ayah kena pantau 100% dan take note apa yg dia makan.
Dah okey dah tapi still makan ubat dan buat followup di KJMC..senang hati tengok anak sihat..kak sufi yang tertinggal banyak kelas tu pun langsung tiada kerisauan ya..buku tak pegang langsung..main aje kejanya..~
Suami masak , kira okey lah~
Dah berapa malam tak tidur nyenyak kan, menjaga anak kiri kanan , yg kanan kak sufi mintak tuam yg kiri adik syamim mintak garu ... dengan ayahnya memang tak mahu langsung kalau time sakit.
Jadi siang hari ngantuk tahap gaban... suami turun dapur masak apa yang dia suka, saya hokey je.. alaaa dulu sebelum kawen lama duk membujang..mestilah pandai masak sendiri kan..syukurlah paham juga nak membantu time gini. Kerja saya ambik gambo, dayusss isteri ~ Suami soleh in the making,ameen.
Ayam masak lemak cili api..pedas berapi |
Ikan sambal..ni isteri pon suka |
Demam, klinik , ubat~
Inilah family kami ~ rasanya since bulan lepas lagi rutin yang sama berulang.. demam , klinik , ubat.. isi ruang peti sejuk makin menyempit kerana dipenuhi pelbagai stock ubat ubatan..adik demam , next kakak pulak, next trip ibu..then ayah..berulang ulang..klinik dah macam rumah sendiri keluar masuk ikut suka jer..sabar..sedang diduga dengan sakit..harini keklinik lagi
Sufi insyirah hard fever masuk hari keempat, dah ponteng sekolah since Isnin , syamim izzuddin pulak macam kena alergik badan penuh merah dan bengkak sebab bergaru je sampai nak luka..dah dua hari macam tu..so far dia tak alergik dgn apa apa makanan..ni kena check betul-betul apa yg budak ni alergik sebab dah byk kali berulang still tak tahu alah kat mendape..
Paham-paham jelah..adakah si ibu dapat tidur malam kalau anak sakit ? haha sendiri jawab..mukaku dah macam panda bear..sekian terima kasih.
Kapal China kesan isyarat detik di Lautan Hindi
KUALA LUMPUR - Kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi pada Sabtu.
Agensi berita China, Xinhua, dalam berita dalam taliam, xinhua.com, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat.
"Alat pengesan kotak hitam yang digunakan oleh Haixun 01 mengesan isyarat detik itu kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longtitud timur.
"Tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan pesawat yang hilang," kata Xinhua dalam laporan dua perenggan itu.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Sementara itu, Xinhua melaporkan anak kapal pesawat Ilyushin IL-76 milik Tentera Udara China mengesan beberapa objek berwarna putih terapung di selatan Lautan Hindi.
Pesawat itu meramkan gambar objek berkenaan dalam tempoh 20 minit selepas mengesannya pada 11.05 waktu tempatan.
"Penemuan itu telah dilaporkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang menyelaraskan operasi pencarian selepas pesawat kembali ke Perth pada 14.20 waktu tempatan," menurut Xinhua.
Laporan itu menyebut Ilyushin berlepas jam 06.04 waktu tempatan pada Sabtu dan tiba di kawasan pencarian kira-kira 2,700 km dari pantai Perth pada 09.55 pagi waktu tempatan.
Pada 24 Mac, sebuah pesawat China mengesan objek di selatan Lautan Hindi. Bagaimanapun, ia didapati tidak berkaitan dengan MH370 yang hilang. - Bernama http://www.sinarharian.com.my/
Setelah 4 bulan di PASTI...
Setelah empat bulan di PASTI , banyak la yang Sufi Insyirah dah pelajari..paling best Sufi akan nasihatkan ibu dan ayah kalau kalau kami tersilap cakap, terima kasih anak sebab menjadi cermin kami..Sufi juga dah rajin tolong ibu cuci pinggan.baguss , walaupun terpaksa naik atas kerusi tepi sinki tu..
Lately banyak hari jugak absent sebab asyik demam berulang ulang je mungkin sebab cuaca tak menentu, ramai kawan kawan kelas dia pun alami masalah yang sama..
Empat bulan baru dapat baju sukan..? hehe
Lobak putih ~ resepi dan khasiatnya
Siapa suka makan lobak putih ? sejujurnya saya hanya makan lobak putih hanya ketika dalam tempoh menyusukan bayi, tu pun bukan selalu..yalah rasanya kan agak gitu gitu, jadi saya akan masak sup lobak putih campur dengan sayuran lain. Sebab saya percaya lobak putih boleh menghasilkan lebih banyak susu badan , memang betul lah tu agaknya sebab tu susu badan saya dlm tempoh dua tahun tu alhamdulillah tiada masalah.
Ni nak cerita, masa saya checkout di apartment masa ke Cameron Highland aritu, staff dia tu boleh bagi gift , ni dia..lobak putih yang sangat besar..terkejut tau time dia bagi tu dia kata hadiah,ambiklah haha..suka gile sebab saiz dia mak aii sangat besar sampai anak-anak pun tak larat nak angkat. Ni first time dapat hadiah gitu bila checkout hotel/apartment. Teruja.
Tak taulah pulak nak masak apa, selain dari buat sup atau bening ,sambil surf di internet apa yang menarik , boleh cuba kalau berkenan nanti, resepi di tuanpunya blog. Semuanya macam menarik tau
Lobak Putih goreng Udang
sumber blog http://mamawandiha.blogspot.com/2011/03/lobak-putih-kacau-goreng.html
Lobak Putih Masak Lemak
sumber blog http://sajiandapurbonda.blogspot.com/2012/03/masak-lemak-lobak-putih.html
Lobak Putih Goreng
sumber marjina@myresepi.com link http://www.myresipi.com/top/detail/8907
KHASIAT LOBAK PUTIH
- Bermanfaat bagi gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku.
- Merangsang nafsu makan.
- Meringankan gugup dan darah gemuruh.
- Baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan
- Mengatasi masalah pencernaan
- Meredakan sembelit
- Merawati selsema
- Membantu mengurangkan kelebihan berat badan atau obesitas dan melarutkan batu empedu.
- Membantu dalam kes tuberkulosis.
- Lobak juga mempunyai kesan diuretik ringan, meningkatkan pengeluaran urin oleh buah pinggang (elok untuk pesakit batu karang).
- Baik untuk pesakit diabetes.
sumber http://keluargaislamku.blogspot.jp/
Cameron Highland ~ Strawberry plucking
Ni aktiviti terakhir sebelum bertolak balik, memang decide taknak singgah Kea Farm sebab memang sah takde parking dan crowded sangat, kami tengok pakcik Polis tu pun dah naik saman semua keta yang parking kat tepi-tepi tu terus tak jadi singgah.So kami singgah je kat Ladang Strawberry tu apa lagi nak petik strawberry la kannnnn
Malas pilih pilih sangat, mana yang sempat singgah tu kami terus je masuk,kan banyak berlambak tempat strawberry plucking kat sana,tapi semua rush nak balik..esok anak sekolahlah,nak kejelah..adeii banyak plan terbantut..ni yg fail ni kalau pegi ramai-ramai kan..padahal planning banyak..
Rate dia kat ladang ni lah kan, [tak tahu tempat lain] RM30 untuk dua orang boleh petik 1/2 kg strawberry, RM50 untuk 4 orang boleh petik 1kg strawberry. Budak kecik dua orang ni foc je tak cukup umur .Adeii macam tension pulak kena turun naik bukit merentas sungai nak petik strawberry..kira silap location gaklah..dulu takde pulak tempat camni..bukan ape, kesian bawak budak kecik ni ..
Tu diaa syamim sangat hepi ber 'strawberry plucking'..
Kakak sufi petik sendiri tau..
Tak sweet mana pun, takpe balik nanti kita buat strawberry coklat ya, baru sedap dimakan..then tanya kat syamim,nak petik strawberry lagi tak ? dia kata taknak,penatlah sakit kaki..
Baca lagi jom
Cameron Highland ~ Ladang Lavender
Cameron Highland ~ Ladang Blueberry
Hasil bercucuk tanam ~ Serai
Ya memang serai yang bagai lalang tu sangat banyak kegunaannya,jadi dia bukan bak lalang tapi rupa paras je lebih kurang. Bab untuk masakan memang penambah rasa, khasiatnya pula tak boleh dinafikan. Nak tanam pulak memang senang dia mudah hidup kalau cukup air.
Alhamdulillah , hari ni dapat hasilnya..selama ni pun memang jarang membeli serai sebab suami rajin tanam, menjadi.Ni baru mencabut serumpun serai, dah bersihkan sedikit,tapi akarnya tak buang sebab suami mungkin nak tanam lagi nanti di tempat baru.Senang nak masak lepas ni banyak bekalan, selebihnya untuk jiran, Inshaallah.
Khasiat Serai dan Petua-Petua Tradisi
sumber http://minumanherbaserai.blogspot.com/
Merawat Sesak Nafas
10 batang serai dicuci bersih, diketuk hancur dan direbus dengan 2 gelas air yang telah dicampur sesudu besar gula merah. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam anggaran segelas. Sejukkan sebelum ditapis dan diminum. Pada peringkat permulaan ambillah ramuan ini 3 kali seminggu. Jika rawatan menunjukkan peningkatan yang baik, kurangkan pengambilan kepada 2 kali seminggu dan begitulah seterusnya sehingga betul-betul pulih. Rawatan selepas pulih hanya minum sekali pada setiap bulan bagi mengelakkan masalah sama berulang.
Melegakan Rasa Pening dan Lesu Sewaktu Hamil
Sebatang serai diketuk sedikit, 4 cm kulit kayu manis dan 1 biji bungan cengkih dicuci bersih dan dimasukkan ke dalam segelas air panas mendidih. Tambahkan sesudu gula pasir dan dikacau rata. Biarkan sejuk sebelum ditapis dan diminum terutama menjelang waktu tidur atau ketika ingin berehat.
Merawat Sakit Perut/Melawaskan Kencing
Segenggam akar serai dan 10 helai daunnya dibersihkan dan kemudian direbus bersama 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga air didihan tinggal dalam anggaran 2 gelas. Setelah suam air rebusan ini diminum 2 kali sehari sehingga masalah sakit perut dan keperitan membuang air kecil hilang.
Merawat Sengal-Sengal Sendi
Beberapa helai daunnya dibersihkan, ditumbuk atau dikisar bersama sedikit air. Ramuan kemudian disapukan di sendi yang bermasalah.
Mengubati Demam Kuning
Secekak pokok serai direbus dalam bekas yang mengandungi sebaldi air. Keseluruhan pokok termasuk akar dan daunnya direbus sehingga air rebusan itu mendidih. Selepas beransur suam, ia kemudian dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air biasa. Amalkannya 3 kali sehari iaitu setiap kali waktu mandi sehingga demam kuning itu benar-benar sembuh.
Merendahkan Kolesterol
3 atau 4 batang serai yang telah dibuang akar dan daun, diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan itu dan diminum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit 2 kali sehari iaitu setiap pagi dan juga malam. Dalam beberapa minggu sahaja paras kolesterol dalam badan akan berkurangan.
Mengubati Sakit Akibat Gigi Berlubang
Bahagian hujung serai diruncingkan (sebesar lubang pada gigi berkenaan) dan dipanaskan dengan lilin. Apabila panas, masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit hingga batang serai berkenaan sejuk. Ulangi beberapa kali hingga kesakitanberansur hilang.
Menghindar Gigitan Nyamuk
Daun serai pada kuantiti secukupnya ditumbuk, diperah dan diambil airnya. Air perahan daun serai berkenaan kemudiannya disapu pada badan untuk menghindar gigitan nyamuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)
amazing animals
(31)
amazing pictures
(145)
amazing stories
(79)
berita semasa
(72)
free sample product Malaysia
(12)
gambar anak artis comel
(17)
gambar kahwin artis
(11)
gosip artis
(151)
hasil bercucuk tanam
(9)
hiburan
(126)
humor
(12)
islamik
(76)
kek oh kek
(9)
lagu dan lirik
(18)
motivasi diri
(42)
Nuffnang
(18)
other piece of me
(262)
pelik
(10)
people in the worlds
(27)
review produk
(15)
review tempat menarik
(15)
tips ajar anak
(7)
tips bertani
(20)
Tips cari duit poket sambil seronok berblogging.
(24)
tips sihat dan cantik
(15)
Wordless Wednesday
(42)