Hasil bercucuk tanam ~ Serai


Ya memang serai yang bagai lalang tu sangat banyak kegunaannya,jadi dia bukan bak lalang tapi rupa paras je lebih kurang. Bab untuk masakan memang penambah rasa, khasiatnya pula tak boleh dinafikan. Nak tanam pulak memang senang dia mudah hidup kalau cukup air.


Alhamdulillah , hari ni dapat hasilnya..selama ni pun memang  jarang membeli serai sebab suami rajin tanam, menjadi.Ni baru mencabut serumpun serai, dah bersihkan sedikit,tapi akarnya tak buang sebab suami mungkin nak tanam lagi nanti di tempat baru.Senang nak masak lepas ni banyak bekalan, selebihnya untuk jiran, Inshaallah.




Khasiat Serai  dan Petua-Petua Tradisi
sumber http://minumanherbaserai.blogspot.com/


Merawat Sesak Nafas



10 batang serai dicuci bersih, diketuk hancur dan direbus dengan 2 gelas air yang telah dicampur sesudu besar gula merah. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam anggaran segelas. Sejukkan sebelum ditapis dan diminum. Pada peringkat permulaan ambillah ramuan ini 3 kali seminggu. Jika rawatan menunjukkan peningkatan yang baik, kurangkan pengambilan kepada 2 kali seminggu dan begitulah seterusnya sehingga betul-betul pulih. Rawatan selepas pulih hanya minum sekali pada setiap bulan bagi mengelakkan masalah sama berulang.




Melegakan Rasa Pening dan Lesu Sewaktu Hamil 

Sebatang serai diketuk sedikit, 4 cm kulit kayu manis dan 1 biji bungan cengkih dicuci bersih dan dimasukkan ke dalam segelas air panas mendidih. Tambahkan sesudu gula pasir dan dikacau rata. Biarkan sejuk sebelum ditapis dan diminum terutama menjelang waktu tidur atau ketika ingin berehat. 




Merawat Sakit Perut/Melawaskan Kencing



Segenggam akar serai dan 10 helai daunnya dibersihkan dan kemudian direbus bersama 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga air didihan tinggal dalam anggaran 2 gelas. Setelah suam air rebusan ini diminum 2 kali sehari sehingga masalah sakit perut dan keperitan membuang air kecil hilang.



Merawat Sengal-Sengal Sendi 

Beberapa helai daunnya dibersihkan, ditumbuk atau dikisar bersama sedikit air. Ramuan kemudian disapukan di sendi yang bermasalah. 



Mengubati Demam Kuning 

Secekak pokok serai direbus dalam bekas yang mengandungi sebaldi air. Keseluruhan pokok termasuk akar dan daunnya direbus sehingga air rebusan itu mendidih. Selepas beransur suam, ia kemudian dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air biasa. Amalkannya 3 kali sehari iaitu setiap kali waktu mandi sehingga demam kuning itu benar-benar sembuh. 




Merendahkan Kolesterol 

3 atau 4 batang serai yang telah dibuang akar dan daun, diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan itu dan diminum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit 2 kali sehari iaitu setiap pagi dan juga malam. Dalam beberapa minggu sahaja paras kolesterol dalam badan akan berkurangan. 




Mengubati Sakit Akibat Gigi Berlubang 

Bahagian hujung serai diruncingkan (sebesar lubang pada gigi berkenaan) dan dipanaskan dengan lilin. Apabila panas, masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit hingga batang serai berkenaan sejuk. Ulangi beberapa kali hingga kesakitanberansur hilang. 




Menghindar Gigitan Nyamuk 

Daun serai pada kuantiti secukupnya ditumbuk, diperah dan diambil airnya. Air perahan daun serai berkenaan kemudiannya disapu pada badan untuk menghindar gigitan nyamuk. 







4 comments:

  1. subur serai tu IF..senang kan tak payah gi beli kat kedai

    ReplyDelete
  2. Rasa nak kurangkan kolestrol lah..
    bnyk makan-makanan berminyak.. nak cuba lah..tp kena tgok..pokok serai kat rumah besar ke tidak..br2 nak tumbuh rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu selalu makan berminyak kena tambahkan serai dan halia dalam masakan

      Delete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...