Assalamualaikum readers, lama tak bersiaran..maaf ya pada yang singgah dan komen tu..akan segera dibalas..sebab banyak urusan aritu..ni entry school holidays la patutnya, tapi weekend nak abis cuti tu baru sibuk nak berkonvoi ke Cameron Highland.Sudahnya hari Isnin tu Sufi pun katanya letih nak gi sekolah..adeii baru bukak sekolah nak ponteng..tak tahu nak bagi reason apa kat cekgu tu kan...
Berkonvoi empat kereta semuanya adik beradik suami dan mak mertua join sekali, jumpa di Hentian Rehat Rawang yang crowded macam ada pesta je tu kan lebih-lebih lagi cuti sekolah. Siap-siap dah masak breakfast dulu and makan kat sana, lama menunggu dekat sejam juga.
Sempat tinggalkan kata kata doa dan harapan untuk MH370 di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.
So far perjalanan okey je..tapi dah start jem bila nak dekat tol ke Simpang Pulai tu..masa tu dah start gerimis dan ada pulak yang terlajak jalan..terpaksa pula menunggu lama tepi jalan terus la hari hujan..kiranya agak mencabar juga jalan macam ular naik ke Tanah rata tu kalau hujan kan
Dah mula rasa sejuk dan berkabus kabus giteww... anak-anak pun dah kelaparan nak lunch katanya tapi sampai tertidur ..kesian sebab dah dekat kul 2pm tak makan lagi..perut pun menyanyi dah..Sampai kat atas tu jalan jem semula..tahu jelah kalau lalu di Ringlet, dekat Kea Farm tu ,Brinchang tu semua orang nak bershoping sakan..terus check in di Crown Imperial Apartment , Brinchang tengah hujan lebat .... Dari pukul 9 sampai kul 2 lebih bayangkan kereta tak berhenti..tahu tak yg jalan kat Apartment tu sgt tinggi ? tahu apa jadi ? kereta tak boleh naik..langsung menderum macam harimau hihi..alamak dah kusut ni..terpaksa undur dan parking sejukkan enjin ..
haha..sambung lagi ye
Baca lagi jom
Cameron Highland ~ Ladang Lavender
Cameron Highland ~ Ladang Blueberry
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comments!