Pagi Ahad tu kul 9am terus checkout dan gerak ke Ladang Teh Boh Sungai Palas.Sangat kelakar la, sebab kami semua kena sakit perut dan berebut toilet pagi-pagi tu , kul 3/4 pagi dah bising bising berebut toilet..kami dah cuak dah takut keracunan makanan yg kronik, mungkin makan lauk di pasar malam tu....bila dah keluar jenjalan tu, ramai yang dah ok tapi ada lagi dua tiga orang yang masih perlukan toilet.Memang sengsara jenjalan kena cirit kan..hehe
Cantiknya Ladang Teh yang menghijau ni, sejuk mata asyik tengok merah strawberry je kan..
Walaupun tak tinggi sangat nak naik tu, tapi sebab dah lama tak exercise..memang boleh tahan sengsara lah~ pergh lagi yang sedang sakit perut tu..macam nak muntah katanya
Tak melepak pun kat cafe yang best ni sebab rush nak gi MARDI pulak..dah planning ngan hasben nak lepaking kat sini cam baru honeymoon dulu tapi diorang sume nak beredar cepat cepat..huhu sedihnya sebab view atas tu cantik sangat tau
Sayang saya Sufi Insyirah dan Syamim Izzuddin
Banyak gambar tak snap sebab sibuk sendiri merayau..dah diri sendiri je jadi photographer.. lastly muka sendiri pun takde dalam gambar..tapi sempatlah ambik gambar sekeluarga..tapi quality out..guna tablet samsung blur semacam pulak
Rombongan cik Kiah ke Ladang Teh Boh kewkew, keluarga belah hasben~
Taraa...akhirnya dapat juga gambar family kecilku...
Baca lagi jom
Cameron Highland ~ Ladang Lavender
Cameron Highland ~ Ladang Blueberry
bloger nafira pun pegi CH juga baru ni
ReplyDeletekadang2 makan cendawan tu boleh jadi peing dan cirit birit
tapi cendawan CH sedap kan
ya kak ramai yg ke CH cuti sekolah ni kan..tak beli cendawan pula kak terlepas pandang hehe
Delete