Ciri-ciri isteri calon syurga






CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.




Petua Keluarga Bahagia






Cinta baru berputik~











Cinta baru berputik.Jangan ketawakan saya ya, malu ni, bunga baru disemai..sikit herba dan sayuran sedang diusahakan.Dah lama jatuh cinta,tapi ni baru berkesempatan melayan dan bercakap-cakap dengan si tumbuhan. Anak dah pandai buat aktiviti sendiri, ibunya pun adalah waktu senggang melayan minat sendiri. Baru belajar lah,seronok suami saya dpt partner baru bercucuk tanam.

Sekarang saya dah faham, kenapa rumah mak saya tu banyak bunga, dah macam nursery dah.. dah saya fahami perasaannya bersahabat dengan tumbuhan, dengan pokok yang kita tanam sendiri tu,aduii seronok sangat rupanya..jadi macam obses pulak..yang kini asyik terbayang nak ke nursery membeli belah bunga-bungaan.. macam ni rupanya ya.Weekend tu mmg dah macam wajib singgah nursery bunga cari apa yg patut, seronoknya lah..



Demam BR1M la sangat...



Sana sini cerita BR1M, tahniah ya pada yang dah terima duit dalam akaun tu , bak kata PM tu jangan beli henpon pulak.. belilah gula ke beras ke iya tak? rasanya dari malam tadi dan hari ni penerima bujang yang dah terima. Demam BR1M ya, saya pulak demam yang memang tak pernah nak baik ni, migrain dan skit tekak.. kering sangat tekak dan hampir sebulan macam ni.. kalau malam tu kena standby botol air tepi katil..

Lepas pickup Sufi balik sekolah tadi, saya cakap pada dua beradik ni, ibu nak tido jap..sakit kepala..sufi and syamim boleh main tapi takmo kacau bubu ya..pastu saya masuk bilik telan panadol extra and zzzzz dengan heavennya...


Dengan heavennya juga si sufi n syamim main tak hengat donia.. keluar je pintu bilik adeii terpijak lego..sakit tu.. menyepah satu rumah dari depan ke dapur penuh berterabur..dalam kepala ni terbayang vacuum je..kasi sedut semua mainan tu .. sabo ajelah. Mari layan gambar syamim and sufi peminat cheese emborg power panda.. tu rajin kalau suruh posing..nak menang panda bear katanya. [bukan iklan berbayar] saja nak share..







Alhamdulillah , rezeki minggu ni ~



Alhamdulillah, sepanjang minggu ni rasa berbunga je tiap kali ada pos datang, memang tak menunggu langsung hadiah² ni datang sebab mmg tak tahu bilanya nak dapat dan ada yg surprise. 


Kawan satu office [masa keje dulu ] yang bagi, dalamnya mmg takleh bagitahu, rahsia laa katanya..mmg lama tak jumpa member baik ni , dulu sama post ngan dia walaupun department lain², jadi rapat sebab selalu lunch sama dan balik keje sama.Sampai sekarang masih contact walaupun saya dah beranak dua,,tapi dia masih single..tak jumpa yang sesuai katanya.


Voucher KFC menang Peraduan Mentos


Voucher Tesco menang Peraduan Dutch Lady Moms Club






Lagi masyuk.. CPUV Nuffnang





Terima kasih Nuffnang, beberapa hari ni tak jenguk blog.. baru tau ada CPUV menyinggah.Dah jarang la sekarang ni dapat..almaklumlah update pun malas.. tengoklah lepas ni rajin skit agaknya..Inshaallah ajelah..kiki dah mood kelautan biru nak buat camner khen..


Dah takdir Erra Fazira , sah bercerai sekali lagi...



sumber http://mstar.com.my/


Akhirnya sahlah bercerai Erra Fazira dan Engku emran , perceraian kedua buat artis jelita ni.  Doakan yang terbaik buat mereka berdua , kalau dah jodoh mereka  setakat ini..kan Allah lebih mengetahui segalanya. 

Sesiapa yang nak sentiasa  bahagia keluarga dan rumahtangganya, berusahalah kearah itu, mari amalkan sama doa ini ya. DOA KELUARGA BAHAGIA 



Setelah hampir dua bulan di PASTI...



 PASTI kampung melayu subang,

Tudung baru tertukar tudung comot


Hari ni bila pickup Sufi balik sekolah, saya perasan tudungnya comot, kusam dan lain macam...bila tengok betul² baru perasan bukan tudung yang selalu dia pakai, dah tertukar la tu. saiznya lebih besar dan tak bergosok,anak tudung pulak dah hilang,bertabur je anak rambut.hihi..

Saya tanya Cikgu Ila, apa dah jadi.. katanya tertukar la tu rasanya ngan budak lain,, tertukar masa buka sekejap untuk ambil wudhu'. Cuma jumpa anak tudungnya je. saya pun lupa nak tulis nama pada tudung tu saya cakap takpelah, design sama cuma yang ini kena sental la skit dah lama kan, yelah sufi kan baru sekolah jadi uniformnya semua baru. Sabar jelah. Malas banyak songeh saya 'peace' ajelah, bukan bawak masalah sangat, tapi balik ni kena tulis nama pada uniformnya.
.
Alhamdulillah , banyak improvement

Hampir dua bulan sekolah di PASTI  AL~FIRDAUS  paling latest malam tadi saya dan ayahnya buat spotcheck katanya ♥  , alhamdulillah banyak juga Sufi dapat rakam dalam mindanya tu. Antara surah lazim yang dah hafaz  adalah Surah Al-Fatihah, Surah AN-Nas dan Surah Al-Falaq. ABC dah kenal sampai Z siap ngan contohnya , nombor 1 hingga 20  bahasa melayu dan English , bahasa arab 1 hingga sepuluh , selebihnya beberapa doa mudah seperti doa makan, belajar dan tidur , nasyid dan lagu² simple... termasuk menulis dan membaca beberapa abjad.

Tapi setakat ni belum ada homework,sebab semua buku teks memang tinggal di kelasnya, cikgu kata sebab berat tak perlu bawa hari², saya harap one day nanti akan ada 1 atau 2 buku sufi bawak balik untuk buat homework ..so far takpe lagi sebab dia baru 4 tahun dan buku kat rumah pun banyak.

Terima kasih kat Muallimah di PASTI  sebab banyak juga improvenya tu, tapi paling penting basic mmg kita sendiri kena lantik diri kita jadi jadi cikgu kat rumah. kekeh.. Semua tu mmg dah saya ajarkan sebelum anak daftar preschool jadi  bila cikgu ajar nanti anak² dah mudah tangkap..siapa senang ? ibu , cikgu dan anak tu juga yang senang kan......paling utama, nak ajar solat wajiblah mak ayah yang ajar,jangan berharap 100% pada cikgu ya~ kerana itu tanggungjawab kita.

Yuran PASTI

Ada yang bertanya aritu berapa yuran di PASTI, okey macam ni, sebenarnya tak semua PASTI sama yurannya, kat area kampung mungkin murah berbanding di bandar. Tengok area. kalau kat tempat saya ni, Yuran pendaftaran adalah RM500 , termasuk sepasang baju sukan dan 2 pasang uniform, monthly RM100 makanan  tidak disediakan,kena bawa bekal sendiri ya ibu ibu~  till then wassalam.



p/s ♥ :  terima kasih bapak  , ajar saya solat ..diterangi lampu pelita je sebab dulu selalu blackout...memori mengusik jiwa~



Kabhi Alvida Naa Kehna ~ Never Say Goodbye



Jangan sekali-kali ucap selamat tinggal ~ lebih kurang macam tu maksudnya Tajuk film Bollywood Kabhi Alvida Naa Kehna, entah kenapa film  yang TV3 dah tayang berpuluh kali ni tak jemu jugak saya nak layan.Pelakonnya mantap,ya jalan ceritanya menarik..lokasi penggambaran indah jangan ceritalah.. ni babak paling mengguris hati ~ bila mereka -Shah Rukh dan Rani terpisah walaupun rumahtangga masing-masing juga tak dapat diselamatkan, aduhai entah kenapa rasa film ini bagai menceritakan tentang 'keindahan' cerita curang suami orang dan isteri orang , walau apapun jua alasannya, tidak bertemu cinta sejati ataupun cinta sudah beralih arah.. bukankah mencurangi pasangan kita adalah sangat berdosa dalam Islam? ya saya terlupa, ini bukan film Islam tapi saya agak beremosi bila teringat kisah-kisah curang begini.
Ending film ni memihak pada Shah Rukh dan Rani,akhirnya  mereka bersama, tapi diceritakan bagaimana rasa bersalahnya menyelubungi hati mereka kala bercinta dalam rahsia, bukan mudah nak mencurangi pasangan lebih-lebih lagi melibatkan banyak hati dan perasaan perlu dijaga. 

Bagi saya la kan, insan insan yang curang ni, memang insan berani...berani kehilangan apa yang sedang dimiliki, jadi berfikirlah berjuta kali sebelum mengambil tindakan seberani ini, tiada istilah suka-suka kerana kesan buruknya  sentiasa ada. Kisah curang  bakal  berkesinambungan dengan babak tipu menipu, luka melukai, lakonan , maksiat dan dosa! ...sebab itu hanya orang berani je sanggup buat. berani buat haruslah berani tanggung.

Kisah  kawan sehostel dari Sabah yang bersedih dan  menangis, bila kami kawan-kawan tanya ,baru dia nak bercerita kisah sedih keluarganya yang porak peranda dan tak bahagia bila ayahnya curang pada emaknya. Nampak ? Sebab si ayah curang pada si emak, anak yang berduka lara. Ada ayah ambik kesah ?..contoh je tu..berlambak lagi contoh kita  lalui disekeliling kita., luahan hati kecil saya mungkin tak siapa ingin tahu, tapi percayalah... kalau perkara melukakan hati berlaku pada insan disayangi, kita seolah terguris sama....kita empathy, seolah meletakkan diri kita ditempatnya..namun tiada apa yang boleh kita lakukan selain berdoa~

Kenapa saya terguris hati bila menonton filem ini ya.....hurm..Never Say Goodbye~



Mini karya ' potret kreatif dari makanan'













source http://www.dailymail.co.uk/




Lagi Photobook percuma dari Groupon




Assalamualaikum readers , semalam terima 1 lagi photobook, ala yang offer kat Groupon tahun dulu tu, dapat buat dua actually  yang satu tu dah siap lama dah baca ni kat   Photobook percuma 1st entry , yang second ni malas² skit buat mentang² la FOC ekeke hasben pulak mmg tak layan lah menda cenggini, jadi saya yg terlebih rajin je nak melayan. Yelah nak collect gambo nya nak edit dan create malas lakan..taram je gambar yg terjumpa tu..layan kalau sudi ya , kalau perasan , gambar yang last sekali tu saya letak watermark blog ni skali.. hihi poyo tak haku ? till then,wassalam.












Gambar cantik Kayla Elyana | anak Apek dan Leuniey






Ini dia si comel Kayla Elyana .Dengan kerjasama The Photolicious, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha telah merakamkan detik-detik indah anaknya, Kayla Elyana pada usia 6 hari. sumber http://beautifulnara.com/







Resepi Rojak Petis | Sos Rojak Buah




Assalamualaikum readers,lama tak bersiaran, tahap kesihatan jatuh merudum,ni kononya update entry sebab Nuffnang bagi CPUV baru. Oleh kerana hujung bulan lepas baru cashout Nuffnang, so earning tinggal beberapa sen je balance, ni kena usaha sikit la kan nak bagi earning up..

Bagi yang singgah blog dan tinggalkan komen beberapa minggu ni,terima kasih ya sayang..saya cuba singgah dan komen juga nanti..ni mood jadi blogger hampeh terbang melayang agaknya sebab tak sihat  dan banyak urusan lain jugak, ...Astaghfirullahal azim.. Ya Allah ampun sebab asik merungut ~ Allah sedang menguji saya dgn sakit , mohon Allah juga beri saya tahap kesabaran yg tinggi juga.

Ni entry cuti raya cina aritu,baru sempat publish,my MIL bagi gula kabung dari Pahang, makcik hasben yang bagi,so MIL kata kalau rajin buatlah rojak petis.Lama dah dia bagi ,ni baru sempat buat.Senang je buatnya, saya belajar buat sos rojak buah ni masa tinggal dan study di Kelantan dulu. Bila siap, dapatlah 3 balang biskut tu,tapi  balang yg ketiga tu suku je isinya.1 bagi MIL,1 bagi my mom n yg suku tu simpan kat umah.


Resepi Rojak Petis / Sos Kuah Rojak
Bahan-bahan : 
  • 300ml  kicap masin
  • 2 biji gula kabung [saiz bulat besar tu]
  • sedikit gula pasir [jika perlu]
  • belacan disangan dan dihancurkan  [ saya guna 1 biji belacan bulat  kecil tu]
  • sedikit sos cili
  • sedikit cuka [jika suka rasa sikit masam]
  • cili kering kisar [ taruh berapa pedas nak]
  • sedikit bijan disangan
  • 130gm tepung ubi dibancuh dgn air sebati.
  • Sedikit kacang tanah kisar [utk ditabur atas rojak buah]
Cara-cara :
  • Sediakan periuk untuk merebus semua bahan tadi kecuali tepung dan bijan.
  • Api kecil dan sentiasa kacau hingga sebati.
  • kemudian baru masukkan bancuhan tepung ubi tadi,kacau sampai sebati.
  • Kuah ni akan semakin kental dan melekit,boleh tambah air ikut anda mahu,cuba rasanya dan tambah masin,manis atau masam ikut suka kita.
  • Akhir sekali taburkan bijan. bila dah berkilat tu dah boleh sejukkan.


Adeii..terliur plak ni, makan ngan buah jambu,sengkuang ,nenas dan mangga...perghh selamat mencuba, till then,wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...