Cinta baru berputik~











Cinta baru berputik.Jangan ketawakan saya ya, malu ni, bunga baru disemai..sikit herba dan sayuran sedang diusahakan.Dah lama jatuh cinta,tapi ni baru berkesempatan melayan dan bercakap-cakap dengan si tumbuhan. Anak dah pandai buat aktiviti sendiri, ibunya pun adalah waktu senggang melayan minat sendiri. Baru belajar lah,seronok suami saya dpt partner baru bercucuk tanam.

Sekarang saya dah faham, kenapa rumah mak saya tu banyak bunga, dah macam nursery dah.. dah saya fahami perasaannya bersahabat dengan tumbuhan, dengan pokok yang kita tanam sendiri tu,aduii seronok sangat rupanya..jadi macam obses pulak..yang kini asyik terbayang nak ke nursery membeli belah bunga-bungaan.. macam ni rupanya ya.Weekend tu mmg dah macam wajib singgah nursery bunga cari apa yg patut, seronoknya lah..



6 comments:

  1. seronok kan tanam-tanam ni
    kalau dapat hasilnya lagi lah
    rasa nak melompat gembira :)

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnyaa..
    Bile la nak ade mase nak bercucuk tanam semula ni.....huhuhu jeles trngoknya

    ReplyDelete
  3. Kita suka sangat tengok pokok-pokok hijau ni..tapi tulah tak berapa rajin nak bersembang dengan pokok..tak sempat...

    ReplyDelete
  4. ehhhh daun pegaga ke tu kak? amboiii bestnya..kita ni kengkonon nak cucuk tanam,pasu apa pon tak beli lagik..hahahahah

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...