Resepi Rojak Petis | Sos Rojak Buah




Assalamualaikum readers,lama tak bersiaran, tahap kesihatan jatuh merudum,ni kononya update entry sebab Nuffnang bagi CPUV baru. Oleh kerana hujung bulan lepas baru cashout Nuffnang, so earning tinggal beberapa sen je balance, ni kena usaha sikit la kan nak bagi earning up..

Bagi yang singgah blog dan tinggalkan komen beberapa minggu ni,terima kasih ya sayang..saya cuba singgah dan komen juga nanti..ni mood jadi blogger hampeh terbang melayang agaknya sebab tak sihat  dan banyak urusan lain jugak, ...Astaghfirullahal azim.. Ya Allah ampun sebab asik merungut ~ Allah sedang menguji saya dgn sakit , mohon Allah juga beri saya tahap kesabaran yg tinggi juga.

Ni entry cuti raya cina aritu,baru sempat publish,my MIL bagi gula kabung dari Pahang, makcik hasben yang bagi,so MIL kata kalau rajin buatlah rojak petis.Lama dah dia bagi ,ni baru sempat buat.Senang je buatnya, saya belajar buat sos rojak buah ni masa tinggal dan study di Kelantan dulu. Bila siap, dapatlah 3 balang biskut tu,tapi  balang yg ketiga tu suku je isinya.1 bagi MIL,1 bagi my mom n yg suku tu simpan kat umah.


Resepi Rojak Petis / Sos Kuah Rojak
Bahan-bahan : 
  • 300ml  kicap masin
  • 2 biji gula kabung [saiz bulat besar tu]
  • sedikit gula pasir [jika perlu]
  • belacan disangan dan dihancurkan  [ saya guna 1 biji belacan bulat  kecil tu]
  • sedikit sos cili
  • sedikit cuka [jika suka rasa sikit masam]
  • cili kering kisar [ taruh berapa pedas nak]
  • sedikit bijan disangan
  • 130gm tepung ubi dibancuh dgn air sebati.
  • Sedikit kacang tanah kisar [utk ditabur atas rojak buah]
Cara-cara :
  • Sediakan periuk untuk merebus semua bahan tadi kecuali tepung dan bijan.
  • Api kecil dan sentiasa kacau hingga sebati.
  • kemudian baru masukkan bancuhan tepung ubi tadi,kacau sampai sebati.
  • Kuah ni akan semakin kental dan melekit,boleh tambah air ikut anda mahu,cuba rasanya dan tambah masin,manis atau masam ikut suka kita.
  • Akhir sekali taburkan bijan. bila dah berkilat tu dah boleh sejukkan.


Adeii..terliur plak ni, makan ngan buah jambu,sengkuang ,nenas dan mangga...perghh selamat mencuba, till then,wassalam


3 comments:

  1. eh...bila tgok bahan2 tu macam senang jer nak buat kan...thanks dear for sharing...

    ReplyDelete
  2. sedap makan dengan buah2 nie...dah lama tak beli..hihi

    ReplyDelete
  3. wahhh ade resepi kuah rojak ni..
    boleh try..
    thank you yang!

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...