Cendawan busut , bikin mabuk ke?



Kali terakhir balik rumah mak mentua aritu, dah nekad dah nak beli cendawan busut di tepi jalan kat Ijok. Banyak kali dah terlepas~ melepas hihi.Bukan selalu dapat tau ada spesifik time je, kalau kebetulan ada mamat India duk tepi jalan sambil show cendawan tu maknanya ada la la jual dalam 2/3 aritu. Biasanya mmg tak hirau pun sebab saya takut mabuk kepayang makan cendawan busut ni,dulu pernah terkena sekali seminggu jugak loya muntah muntah. Tapi ada sekali tu member tengah pregnant anak pertama duk ngidam menda ni kirim mintak tolong belikan, then dia makan okey je,jadi saya pun kira berani mencuba la Inshallah konfiden la kalau makan ni.



Beli seplastik merah tu, RM10 nampak banyak,tapi bila dah kasi bersihkan..hasilnya banyak tu je [dlm tupperware tu] kira okey jugaklah sebab mmg tahan lama, bila dah bersihkan, packing dlm tupperware simpan dalam peti ais seminggu jugak tahan fresh.Kagum. Sebelum balik aritu saya sempat offer separuh kat mak mentua, sebab aritu nak belikan dia tak mahu.so dia kata ambik 2/3 batang je nak merasa.. haha pastu next week dia datang umah di shah alam,kata nyesal tak beli sedap sangat cendawan tu lemak rasanya.Kann.. dah pekena baru tahu rasanya yang best tu..alhamdulillah makan tak mabuk kepayang , sedap masak tumis dan buat sup cendawan.~ lepas ni wajib beli lagi setiap kali otw balik kampung~

Khasiat Cendawan.
  • Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.

  • Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.

  • Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.

  • Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

sumber http://cendawanglobal.blogspot.com/2009/05/cendawan-kaya-khasiat-dan-nilai.html



4 comments:

  1. ya allah...sekarang bukan senang nak dapat cendawan busut ni...pernah balik kampung..tiba2 sebelum masuk area laman terpandang tepi rumah tu memutih..terjerit2 abah akak cakp itu cendawan busut..jom pi pungut....geram jer..sekarang dah susah plak tumbuh...

    ReplyDelete
  2. Salam, dimana kalau nak bei cendawan busut ni? Dah lama mencari tapi tak dapat. Saya tinggal di Shah Alam. Terima kaseh.

    ReplyDelete
  3. Salam, boleh saya tahu dimana nak membelinya? Terima kaseh.

    ReplyDelete
  4. Kt area ijok ni mmg ade jual cendawan busut n...lg2 dr ijok menghala ke assam jawa kuala selngor sblm smpai ke cendol bakar biasanya kiri kanan jln ade lelaki pgg plastik lambai2 suh beli cendawan busut....smlm ayah sy beli rm10 1kilo stgh..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...