Assalamualaikum.Jom kita cuba resepi onion ring -bawang goreng tepung yg rangup.Kalau nak sedap biasanya beberapa minit selepas di goreng terus makan sementara panas,baru sedap..Saya suke pilih bawang besar yg bentuk dia bulat cantek baru comel bila buat onion ring..kalau yg bujur pun ok..tp ring ade yg bujur ker?heheh..try sini..!!!
Bahan-bahan
[4org makan]
- 2 biji bawang besar
- 85g tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 cawan air
- 1 sudu besar minyak masak
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Kupas bawang besar. Basuh dan keringkan. Potong bulat-bulat lebih kurang 1cm tebal.
- Campur gaul semua bahan-bahan kecuali bawang.
- Panaskan minyak
- Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing.
- okey dah siap boleh makan cicah sos n mayo.
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comments!