Jom sihat & Chanteqsss..!!!




Terlebih dahulu littleimie nak ucapkan salam Maal Hijrah 1432 'Satu Malaysia Satu Ummah'. Hehe harap tak terlewat buat ucapan sempena tahun baru kepada kawan2 semua,yang sebenarnya  dah 4/5 hari littleimie tak update blog sebab terlalu busy dan kebetulannya cuti panjang jadi apalagi,balik kampung ler..kalau dah duk kampung tu paham2 ler mana  network nak full bar..
>Azam baru adalah nak buat hijrah secara sederhana tetapi konsisten agar hasilnya lebih berkekalan nanti,insyaallah nak buat [dah start dah] hijrah dari segi fizikal dan mental..doakan yer kawan2..dan apa pula azam  kamO semua..semoga tercapai goal kamO..caiyok caiyok. ^wink^ littleimie percaya,kalau azam dan niat yg baik..Insyaallah Allah beri apa yg kita mahu..asalkan berusaha dan jgn putus asa,paling penting apa yg kita buat nanti memberi kebaikan kepada kita dan insan2 di sekeliling kita.Jangan sesekali kita lupa apa tujuan sebenar Allah jadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.





>Berbalik tadi nak hijrah dari segi fizikal & mental..[dr segi mentaliti  littleimie nak ubah cara berfikir - apply mind power..hehe] Insyaallah dah start dah terutama dari segi physicly..azamnyer nak ubah penampilan kearah yg lebih diredhai Allah swt..amien..apa lagi yg kita cari bila dah berkahwin n ade anak untuk dibesarkan..pendidikan melalui teladan,jadi harap2 anakku nanti menjadi muslimah sejati.Huhu sepatutnya ini semua sudah di'apply'kan sewaktu dolu2 lagi kan..tapi agak terlambat kah ini?owwhh tidakkk..semoga masih panjang umurku ...


>Lagi,littleimie ingin mengurangkan berat badan..dah terover ni OpppSSs belum obess lagi ye cik puan..cuma nak kurangkan 5 - 6 kg lagi camner eh?[1st skali nak detox dulu]..dah bosan cuba pelbagai produk kuruskan badan di pasaran,kali ni buat pilihan paling murah n boleh diterima pakai >ambil diet seimbang.Paling penting nak sihat pastu baru chanteqzz..huhu tak salahkan?Wanita tak boleh dipisahkan dengan isu ni .betulkan?Jom cerita pasal makanan yang menyihatkan.


tengok gambar buah2an ni chanteqs sangat kan..bukan saja cantik di pandang,
sedap di makan,tapi warna2 yg cantik buah dan sayuran ni sebenarnya mempengaruhi kesihatan kita.

>Allah ciptakan sesuatu di dunia pasti ada sebab dan manfaat pada kita.Warna pada tumbuhan terhasil dari fitokimia,bukan saja kelihatan sedap dipandang tetapi juga membekalkan khasiat yg penting kepada kesihatan kita.Sebab itulah kita >especially ibu dan isteri perlu bijak memilih hidangan sayur dan buah untuk  isi rumah.Amalan pemakanan yang baik boleh menjadi perisai tubuh daripada serangan penyakit merbahaya.

>Warna merah pada sebiji tomato adalah disebabkan kandungan lycopene atau karotenoid di dalamnya.Ia bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu tubuh menyerap radikal bebas dan membaiki sel badan yang rosak dan menyahkan toksin yang menyebabkan penghasilan barah.


>Lobak merah pula mengandungi beta karotena,secara semulajadi tubuh akan menukar beta karotena kepada vitamin A jika diperlukan.Pada masa yg sama ia bertindak sebagai ejen antioksida yang melindungi tubuh dari pelbagai jenis penyakit kanser dan jantung,perlahankan kemaraan penyakit mata seperti katarak dari merebak.

>Bromelin dalam buah nanas dan papain dalam betik adalah enzim yang boleh membantu dalam penghadaman tubuh badan kita.Pisang pula membekalkan vitamin B6 yang mampu mengawal hormon.


>Bagi kumpulan sayuran hijau mengandungi glucosinolates,sulforaphane,isothiocyanates adalah ejen antioksida dan mengandungi enzim penyahtoksin asli yg mujarab kepada tubuh.Indoles pula mampu mengelakkan sel-sel badan dari kerosakan sel dan penyakit kanser.


>Brokoli kaya dengan vitamin A,C,beta karotena dan asid folik yang sangat baik.Juga ia tidak mengandungi kolesterol,berkalori rendah dan pembekal folat yang baik.

>Bawang putih,merah dan kucai tergolong dalam kumpulan makanan putih dan berbau tajam.Ia mengandungi allyl sulfides yg juga ejen anti tumor,dapat mengurangkan kolesterol tidak baik dan tekanan dalam darah.

>Kumpulan berwarna ungu samada buahan atau bunganya mengandungi anthocyanin iaitu ejen antioksida terbaik.Termasuklah buah anggur unggu,beri biru,rasberi,buah prun,kismis,kubis ungu,blackurrant tergolong dalam kumpulan makanan ungu.Ia mampu melindungi badan dari kerosakan osidatif yang menyebabkan penyakit jantung,kanser dan penuaan.

>Nak mula berdetox, littleimie suggest produk Juvanex,kesan positifnya boleh dirasai selepas 7hari berdetox,lil imie dah apply 2 kali,setiap tahun akan dapatkan produk ni untuk membuang toksin dalam badan.Untuk info klik sini ok.Tolong promote kamu huhu..


>Amalan peminuman jus dan sayur boleh mula diamalkan selepas ini secara konsisten.Cara menyediakannya juga penting,gunakan susu low fat untuk campuran jus dan sebaiknya jangan campurkan gula sebagai pemanis,biarkan jus tersebut dengan rasa semulajadinya.Sayur pula jangan digoreng,boleh stim kan atau rebus sebentar saja.Paling penting pengambilan makanan yg seimbang mengikut pyramid makanan.



>Makan sekadar mengikut keperluan,juga masih boleh menghayati rasa makanan,makan untuk cantik dan sihat,makan juga untuk rasa seksi..owwhh huhu.Sekian dulu..i nak buat jus ni..bubye dear.


No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...