Penat memikirkan error pada blog ku yang sangat aneh ni..[bayangkan Add widget pada Page Element dah ghaib!!] dan laptop yg dah berhari2 kembung..pastu aku duk pening memikirkan ape nak bg cupicira makan-my baby ler bukan kucing!huhu
Punyalah dok rajin bubu dia ni cipta resepi bubur yg pelbagai..langsung tak dilayannya,mmg dia tak nak makan bubur.Sabo je lah melayan si manja ni.Paling dia suka kentang goreng,kentang rebus..sume2 yg kentang.takut nanti terlebih karbo..obes pulak anak dara aku nih..hurm..anyway kentang byk jugak khasiatnya kan.Ape pun hari ni cuba buat kentang putar utk cupicira.Dengan sosnya skali.Memang simple dan sedap.urmm :thumbsup:!
Resepi Kentang Putar| Mashed Potato sedap dan mudah
[2orang makan]
- 2 biji kentang
- 4 sudu besar susu segar
- sedikit butter
- sedikit garam
- sedikit daun parsley potong halus
Caranya:
- Kenalah cuci,buang kulit n bersihkan kentang tu.
- Rebus sehingga empuk[kalau potong dulu pun ok,cepat lembut]
- Lenyekkan kentang yg dah masak
- Panaskan butter+susu+garam.
- bila dah sebati dan cair,padamkan api kemudian masukkan ubi kentang tadi.
- Gaul dan masukkan hirisan daun parsley.
- dah siap dah jom buat sos pulak!
Sos Kentang Putar
- 500 ml air
- stok ayam [secukup rasa]
- sedikit sos tomato
- sedikit sos tiram
- sedikit garam
- 1 biji bawang besar - cincang
- 1 batang saderi - cincang
- 30gm mentega
- 10gm tepung gandum
Caranya:
- Stok ayam,saderi dan bawang besar dimasak dalam air hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
- Mentega dicairkan kemudian campurkan tepung gandum.[kecilkan api]
- Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
- Tambahkan sos tomato dan sos tiram,garam secukup rasa.
- Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
p/s: bagi yg mahu rasa pedas letakkan blackpeper,jika suka warna sedikit gelap tambah kicap pekat sedikit.Ini saya buat paling simple tuk anak saya makan,boleh juga tambahkan Mushroom :O
Selamat mencuba..next time ade resepi Onion Ring pula tau,so check it out!
Nak tahu khasiat ubi kentang? ni dia :
- kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
- Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber.
- Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
- Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.
- sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah.
- sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya.
- juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ia lebih efektif daripada yang terdapat dalam kacang soya.
- Kulit kentang pula kaya dengan clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.
- hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism).
- Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih.
- Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria.
- Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka.
- Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.
Baguskan?makanlah kentang selalu ok :D
resepi mashed potato, resepi kentang putar sedap dan mudah,khasiat kentang,kebaikan kentang, resepi masakan kentang
resepi mashed potato, resepi kentang putar sedap dan mudah,khasiat kentang,kebaikan kentang, resepi masakan kentang
waaa sedapnya resepi kakak ni!saya nk cube!!
ReplyDeletewaaa..saya peminat ubi kentang :P
ReplyDeletemmg favourite ni...nanti boleh cubabuat...tq..
ReplyDelete@eni osman anak saya suke sangat =D
ReplyDelete