Analogi Buah (Kulit & Isi)


hukum menutup aurat


 Analogi Buah (Kulit & Isi)

Kulit dan isi sama penting kerana tanpa kulit yang mengawal, isi akan menjadi busuk.


Manakala kulit tidak ada nilai pandangan manusia berbanding isi, kulit ada peranannya yang tersendiri dalam kehidupan.


Kulit tidak ubah seperti pakaian yang menutup aurat. Wanita-wanita yang mendedahkan tubuhnya (isi) yang sepatutnya ditutupi oleh 'kulit', pasti akan terdedah kepada risiko pencemaran akhlak (iaitu maksiat & perbuatan yang menjatuhkan maruah). 


Dengan itu, isinya akan menjadi busuk dalam tempoh masa yang lebih cepat, sedangkan wanita-wanita yang menjaga hijabnya & menyembunyikan kecantikan tubuhnya dengan 'pakaian Taqwa' pasti isinya masih lagi berada dalam keadaan baik, elok, manis, & segar..











Ayat yang mengharukan ~


Pagi ni kemas meja tulis anak anak,saya terpandang kertas atas meja yang mereka main drawing,coloring n tampal tampal petang semalam. Biasanya memang ayah sufi dan syamim suka belikan kertas putih besar saiz meja tulis utk diorang gunakan..satu kertas boleh share  2 orang, satu hujung kanan dan satu hujung kiri. Bukan nak stori ape, saya terbaca satu ayat ' ibu beli kasut baru'  ... rasa nak menitis airmata tengok ayat skema yg macam tiada makna apa ni, tapi saya terharu sebab macam tersedar, anak dara 5 tahun saya dah pandai menulis,buat ayat pula tu... malam tadi dia ada cakap, 'bubu,sufi dah pandai tulis tau apa yg ibu shoping' ... 


Anak, macam baru beberapa bulan lepas lahirkan diorang ni..kita nak cepat merdeka bila breastfeeding diorang..biasalah banyak perlukan pengorbanan  kan waktu membesarkan diorang ni..kita nak diorang cepat berak kencing di toilet..mandi sendiri... kita nak diorang cepat besar dan berdikari...TAPI  dalam hati ada taman..sebenarnya mereka sentiasa baby dalam hati seorang ibu...


Tahun ni daftarkan juga Sufi  kelas PraTahfiz, takpelah walau waktu kelas jadi lebih panjang, dengan harapan dapat membantu sufi memahami cara solat dan membaca al-quran dengan lebih lagi.Kalau sebelum ni kami ajar membaca guna buku Iqra', sekarang dah bertukar ke buku Nurul Quran, saya lihat Sufi lebih senang faham buku yang  baru ni, sebab hurufnya lebih besar dan bewarna warni.. siap ajarkan adik syamim lagi..jadi anak solehah  ya Sufi Insyirah,ameen.



Khasiat daun Pudina.


Khasiat daun Pudina.

Harum sangat bau pokok pudina ni , fresh macam ada calit ubat gigi pada hidung bila cium dia.. cerr tanam banyak banyak di halaman rumah mesti segar je bau harum rumah kita kan.Ramai peminat daun pudina ni, bila dah gemuk sikit mulalah daun dia abis kena makan peminat peminatnya ~ sang belalang dan ulat. Sama kes dengan pokok kunyit , kangkung dan pegaga gergasi yang saya tanam, bijak pulak serangga ni pilih mana sedap berkhasiat tu la yg diratahnya, kalau tak pekena racun serangga.. habis botak cin pokok kita.. sabo jelah ~

Khasiat daun Pudina.

Saya beli di market, biasanya kami suami isteri beli daun pudina, utk buat jus detoks, daun pudina bersama hirisan lemon dan timun, tu yg selalu beli. So  saya rendamkan beberapa batang pudina ni dalam air ,bila dah keluar akarnya terus tanam. Cuba dua tiga kali juga baru mahu hidup. Sangat bermanfaat dan menaikkan bau masakan, elok sangat la kalau tanam sendiri,lagipun setiapkali penggunaan mmg tak guna banyak jadi daripada selalu  beli  kemudian   simpan stok lama sangat  dalam peti ais pun dia akan membazir juga sebab daun pudina ni cepat rosak, my suggestion,rajin rajinkanlah tanam sendiri, jimat, everytime nak guna baru petik sikit dan banyak pulak khasiat lainnya, baunya pulak... urmmmm  segar .senang sangat nak tanam tau~

KHASIAT DAN KEBAIKAN DAUN PUDINA

Daun Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha, Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan. 
  • Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman. 
  • Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. 
  • Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. 
  • Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. 
  • Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. 
  • Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda. 
  • Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  • Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda. 
  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut. 
Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.

Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. 

Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.

Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada. 

Teh pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .

Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

sumber : http://panduan-tips-petua.blogspot.com/2014/04/18-khasiat-dan-kebaikan-daun-pudina.html



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...