Terbaru di slot Samarinda, drama bersiri 13 episod terbitan JS Pictures Sdn. Bhd., ‘Asmara Luna’ menemui penonton bermula 21 Ogos 2013. Drama yang diarahkan oleh sutradara Azman Yahya atau Jinggo dan skrip oleh Sofia J Rhyland ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Sofea Jane, Miera Liyana, Kartina Aziz, Liza Abdullah, Roy Azman, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Sinopsis drama Asmara Luna

Hari jadi Luna menjadi lebih bermakna apabila rakan baiknya, Emma (Miera Liyana) membelikan kek yang istimewa. Malah, abang Emma iaitu Habib (Shukri Yahaya) turut mengirimkan hadiah teddy bear (sama seperti saban tahun). Luna menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik, maka Luna hanya meluahkan isi hatinya di dalam diari “Dear Luna”. Semasa majlis yang ringkas itu, Luna juga menyatakan harapan yang dia sebenarnya teringin hendak bertemu dengan ibu kandungnya walau untuk sedetik.

Setelah mencuba pelbagai cara, akhirnya Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambahan pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak pernah menyatakan cinta terhadap Luna namun lelaki itu sememangnya juga menaruh harapan terhadap Luna. Habib berasa kecewa bila mendapat tahu gadis idamannya itu rupanya sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna benar-benar menyenangi karakter Adam yang suka berjenaka dan sentiasa tahu membuat Luna tergelak.

Apakah yang bakal dilakukan oleh Luna seterusnya? Bagaimana pula dengan Habib? Dapatkah Luna bertemu dengan ibu kandungnya? Saksikan drama terbaru slot Samarinda berjudul ‘Asmara Luna’, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my.
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comments!