Resepi Kailan ikan masin






Resepi Kailan ikan masin

Bahan-bahan

sayur kailan-dipotong
1 keping ikan tenggiri masin hiris kecil
sedikit air jeruk ikan masin tadi
1 bj bwg besar-dimayang bulat
1 inci halia-diketuk
2bwg putih-diketuk
sedikit sos tiram
sedikit sos ikan [jika ada]
sedikit air asam limau nipis
minyak utk menumis


Cara-cara

-panaskan  minak dan tumiskan ikan masin tadi hingga naik bau

-kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
-masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
-masukkan sedikit air
-perahkan sedikit air asam limau nipis.
-tumis hingga masak.


Resepi ayam bakar mudah





Resepi ayam bakar mudah

Bahan-bahan 

Ayam dipotong, saiz dan qtt ikut suka anda
2 biji bawang besar 
Selabu bawang putih
3 batang serai
3cm halia
3 cm lengkuas
2 biji limau kasturi(perah) 
satu botol kecil sos tiram
satu botol kecil sos cili 
sedikit minyak bijan


Cara-cara

-bersihkan ayam,kemudian ayam dikukus sebentar

-kisarkan bawang besar,bawang putih,serai,halia,lengkuas,air limau kasturi,sos tiram,sos cili,kicap manis

-perapkan ayam bersama bahan kisar tadi lebih kurang 1jam [lebih lama lebih bagus]

-balut ayam dengan aluminium foil dan bakar lebih kurang 15 hingga 20min



Main masak masak~





Assalamualaikum readers.Salam Merdeka Raya. Mood hujung raya ni suka main masak², sebabnya dah muak sangat melayan biskut dan kuih raya, nak carik balik mood masak  yang biasa² , minggu ni rajin pulak masuk dapur, rajin visit pasar malam, pasar minggu pasar stadium shah alam pasar HERO pasar SEGI pasar Giant skali Tesco  rajin benor pusing keliling sampai pening  laki aku melayan kwenkkwenk...giler kentang aku arini.... layanzzzz 


Menu malam tadi ayam bakarrrrrr RESEPI DISINI





Sayur Kailan ikan masin resepi ambik sini hokey



yang ini kerapu stimm aritu punya....






Resepi Siakap stim lemon yang mudah dan sedap.





Resepi Siakap stim lemon yang mudah dan sedap

Bahan-bahan 

1biji bawang besar
sedikit halia dihiris
3 ulas bawang putih diketuk
2 btg serai diketuk
beberapa  biji cili padi 
setengah batang carrot dipotong halus
tomato potong ikut suka
buah lemon dipotong bulat
garam secukup rasa
sedikit minyak zaitun untuk menumis


Cara-cara

-Tumiskan lebih kurang 2 minit  bawang besar, bawang putih, cili,serai dengan minyak zaitun
-Kemudian tuangkan tumisan tadi atas ikan siakap yang sudah sedia untuk di stim
-tabur sedikit garam
-letakkan sekali sedikit hirisan lemon,tomato  dan carrot tadi atas ikan
-Perahkan sedikit air lemon 
-Tutup penutup stim dalam  beberapa minit hingga ikan lembut.

resepi ikan, resepi masak stim mudah, Resepi Siakap stim lemon yang mudah dan sedap, 




Salam Merdeka 56 tahun, sayangku Malaysia~







AKSARA MERDEKA



Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan

aksara merdeka,kenapa masih ada lagi

warga tanah bersejarah ini

yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya

yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.
Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.



Karya: Wadi Leta S.A







Kes bunuh Altantuya : Mahkamah Rayuan Bebaskan Sirul Azhar dan Azilah Hadri Daripada Tuduhan Bunuh





Mahkamah Rayuan Bebaskan Dua Polis Daripada Tuduhan Bunuh Altantuya
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Jumaat membatalkan sabitan terhadap dua pegawai polis unit tindakan khas berhubung kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah menerima rayuan yang difailkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan membebaskan kedua-duanya.

Altantuya Shaariibuu.
Mahkamah rayuan, pada 10 Jun, membenarkan Sirul Azhar untuk memasukkan dua alasan baru, termasuk bantahan, dalam usahanya untuk mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengisytiharkan perbicaraan silap.

Bagaimanapun, kerajaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu pada Jumaat di Mahkamah Persekutuan.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan disabitkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana membunuh Altantuya, yang ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober, 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang didakwa kerana bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.sumber http://mstar.com.my



Kes bunuh Altantuya Mahkamah Rayuan Bebaskan Sirul Azhar dan Azilah Hadri  Daripada Tuduhan Bunuh, 

[10 Gambar] Video Nahas bas di Genting Highland, 37 maut terhumban dalam gaung.





GENTING HIGHLANDS - Seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban manakala 16 yang lain cedera parah apabila sebuah bas henti-henti terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands di sini semalam.
Kemalangan ngeri yang berlaku pada pukul 2.24 petang itu berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu sedang menuruni jalan curam dari stesen di puncak Genting Highlands menuju ke Perhentian Bas Pekeliling di ibu negara. LAGI INFO



Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Saimon Jahid berkata, selepas 14 minit meninggalkan pusat peranginan itu, bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.


"Kemalangan tersebut berlaku di satu selekoh tajam berhampiran Tokong Chin Swee. Pokok-pokok besar di lereng bukit menahan bas itu daripada tercampak lebih jauh," kata beliau ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.sumber http://www.kosmo.com.my


Lihat video :


Lagi gambar sekitar tempat kejadian:












Nahas bas di Genting Highland, 33 maut terhumban dalam gaung, kemalangan maut, 

Entri bermalasan ~





Salam Aidilfitri semua muslimin muslimat

Assalamualaikum readers^^ masih dalam mood hari raya ? kalau semua duk merungut minggu ni malas keje, masih dalam mood raya, saya pulak minggu ni seriously minggu untuk berehat. baru rasa nikmat guling² fuyoo besh giler dapat melepak depan tv sambil di tarik² rambut dan dipijak² oleh dua budak bahagia. Jadi sabtu ahad lepas dah khatam beraya sampai tengah malam ahad tu nak perabis jugak sebab minggu ni nak berehat dan prepare utk sebarang order yg dah mula krink² tu, next week kena bertungkus lumus lagikkkkk...nak carik duit maaa nak besarkan dua budak bahagia ni... wajib berpenat lelah.

Starts sebelum bulan ramadhan mmg takde masa santai, layan belog pun suam² ajer..sebab tu seminggu sebelum pose lagik dah shoping baju raya anak², satu tindakan bijak sebab kalau tidak sah² tak terbeli baju diorang.. siapkan order orang lain sampai umah sendiri tak de biskut raya hehe pulak... ingatkan raya leh santai jap tapi tak sempat kena round the world jugek khenn..penat tapi berbaloi, syukur Alhamdulillah dgn rezekimu tahun ni raya persiapan sgt simple lebihkan anak² , yg kita baju sepasang je beli last minute dan hubby cuti sangat lama tu yg haku puas hati nak duk bawah ketiak somi  je.. muahahaha , so lepas ni kembali sebatang kara di shah alam  ni ^^  .... tolonggggg jgn kacau minggu ni adalah untuk bersantai..... till then,wassalam ^^^


korang rasa haku menaip ni dengan gaya bermalasan yang macam mana ? hehe tak terbayang korang ~ meh tolong baca iklan ni, IKLAN BEST





Ini dia wajah lelaki belasah isteri dalam lif .




GEORGE TOWN - Seorang penjawat awam yang membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu ditahan semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek (gambar) berusia 36 tahun yang merupakan penjawat awam ditahan sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang pada pukul 4.45 petang. LAGI INFO TERKINI ANDA MESTI TAHU


Menurut beliau, susulan itu bapa kepada tiga anak itu akan diserahkan kepada polis Pulau Pinang hari ini untuk direman bagi membantu siasatan mengenai tindakannya membelasah isterinya.


"Polis akan merekodkan keterangannya berhubung kejadian itu dan seterusnya melengkapkan kertas siasatan," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Kelakuan ganas suspek itu yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial Facebook dan YouTube sejak Isnin lalu. sumber http://www.kosmo.com.my , http://greenboc.blogspot.com




Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan, gambar lelaki belasah isteri dalam lif, 

Kereta baru Proton Suprima S dikenali Preve Hatchback dengan menggunakan kod P3-22A.




Kuala Lumpur: Teka-teki mengenai nama model terbaru keluaran PROTON yang akan dilancarkan secara rasminya pada Sabtu ini, akhirnya terjawab apabila model hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa Turbo 1.6 liter itu dikenali sebagai Proton Suprima S. LAGI INFO DAN GAMBAR


Pengenalan model berkenaan adalah kesinambungan daripada kejayaan model Proton Preve sedan yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu dan kelahiran Proton Suprima S pula lebih dikenali Preve Hatchback dengan menggunakan kod P3-22A.

Pelancaran rasmi model berkenaan akan disempurnakan oleh Penasihat PROTON Holdings Berhad, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE pada jam 9.30 pagi, Sabtu ini. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif PROTON, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.


Proton pada Jun lalu, melancarkan peraduan “Nama Siapa Hebat” yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menamakan model kompak terbarunya dengan hadiah utama berupa sebuah model baru versi Premium beserta hadiah pakej pelancongan, wang tunai dan gajet elektronik bernilai lebih RM120,000.

Sumber industri berkata, antara ciri menarik model berkenaan ialah reka bentuknya yang lebih aerodinamik dengan gaya kereta Eropah manakala ruang dalaman dan but lebih luas.


“Kelahiran model ini adalah selari dengan perkembangan semasa industri automotif yang kini menyaksikan model hatchback diperkenalkan sejurus selepas sesebuah model sedan dilancarkan.





BAHAGIAN belakang Proton Suprima S.


“Model ini dijual pada harga lebih RM70,000 seunit kerana dipadankan dengan enjin berkuasa Turbo dan menjadi model kereta pertama di negara ini yang menggunakan radio Android keluaran Blaupunkt yang mempunyai fungsi untuk melayari Internet,” katanya.

Beliau berkata, dengan sentuhan kejuruteraan Lotus yang terkenal daripada segi aspek teknologi enjin dan pemanduan, model baru itu mampu memikat golongan muda yang gemarkan kereta yang lebih sporty serta kompak. Ciri keselamatan lain ialah sistem brek anti kunci (ABS), EBD, beg udara SRS berkembar, kawalan cengkaman (TC), pengawal stabiliti elektronik (ESC) dan lampu hadapan automatik. 


Ciri lain termasuk butang kawalan di stereng, pedal penukar gear di stereng, butang pemula, auto cruise, pengelap cermin automatik, sistem audio sambungan Bluetooth, USB, iPod dan navigasi GPS. sumber http://www.hmetro.com.my
kereta baru Proton Suprima S pula lebih dikenali Preve Hatchback dengan menggunakan kod P3-22A, gambar model kereta baru proton

Gambar terkini Permaisuri Siti Aishah , cover NONA Edisi Aidilfitri 2013




Queen of Hearts PERMAISURI SITI AISHAH

*berikut enrti yang saya baca dari majalah nona online, copy paste.

Suatu tika dulu, Permaisuri berjiwa rakyat ini pernah menjadi ikon kepada seluruh wanita di Malaysia. Keperibadian Permaisuri Siti Aishah begitu terkesan di hati masyarakat hingga ke hari ini. Kesempatan bertemu Permaisuri sebagai penghias muka depan bagi Edisi Aidilfitri kali ini dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi mengubat rindu masyarakat yang ingin menatap wajah Permaisuri kesayangan.







Perasaan teruja dan gentar menyelubungi jiwa di saat bertentang mata dengan Permaisuri Aishah. Keunikan seni reka The Majestic Hotel Kuala Lumpur dan kemewahan dekorasi hotel ini seakan-akan menyambut mesra pertemuan kami. Terpaku sejenak tika Permaisuri menghulurkan salam dengan senyuman manis. Karisma dirinya masih utuh seperti dahulu.



Melihat susuk tubuh wanita yang pernah ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong kesebelas ini, beliau masih berpegang kepada tatacara seorang Permaisuri. Langkah kakinya diatur kemas, tutur katanya tegas dan lancar serta gaya duduknya penuh kesopanan. Tiada langsung riak penat di wajah Permaisuri sepanjang penggambaran. Sebaliknya Permaisuri Aishah gemar menguntum senyuman setiap kali wajahnya dirakamkan jurukamera kami.


Banyak perkongsian dari hati ke hati yang kami bualkan bersama. Dari isu semasa hingga menerjah ke ruang peribadi. Sedikit sebanyak dapatlah juga menyelami hati Permaisuri. Persoalan pertama yang berlegar di fikiran adalah mengenai perkembangan terbaru beliau.




“Syukur ke hadrat Illahi, segalanya berjalan lancar. Kehidupan duniawi sudah saya kecapi dan kini saya mendekati kehidupan ukhrawi. Alhamdulillah, panduan Allah menjadi petunjuk dalam menyalakan keceriaan dalam kehidupan saya kini”.

“Dua belas tahun hidup sendiri, saya membina kekuatan dengan semangat dari keluarga dan rakyat. Menjadi ‘Queen of Hearts’ , sesuatu yang tersemat di sanubari pada diri saya yang ingin saya kekalkan sebagai hadiah kepada masyarakat”.


“Di mana-mana sahaja, saya cuba menjalinkan kemesraan bersama orang di sekeliling. Kehidupan di dunia ini umpama persinggahan. Kita kutip setiap kasih sayang yang ada untuk menggembirakan hati kita dan orang lain. Dari segi persediaan akhirat juga sedang dipergiatkan. Selagi nyawa dikandung badan, jasad perlu meneruskan perjuangan. Insya-Allah”.





Permaisuri Aishah turut menyatakan hasrat murni beliau membuka klinik solat bagi memandu dirinya dan masyarakat agar lebih teliti dalam soal solat. Tidak cukup dengan itu, Permaisuri juga mengimpikan jenama fesyennya tersendiri.

“Jika diberi kesempatan, saya mahu melaksanakan rancangan ini agar ia menjadi antara sumbangan saya kepada masyarakat. Namun, apa yang direncanakan ini perlu masa dan ketelitian. Insya-Allah, jika ada rezeki perkara ini pasti dipanjangkan. Kehidupan saya tidak selalunya cerah namun kesyukuran saya panjatkan kerana ujian dan dugaan memberi semangat kepada saya untuk terus bangkit. Dugaan yang terpalit sedikit sebanyak memberi kesan dan tekanan dalam hidup tetapi ia mendekatkan saya dengan erti kata reda serta pasrah. Secara positifnya, hubungan saya dengan Maha Pencipta lebih akrab. Kepada-Nya saya luahkan segala kesedihan, kepada-Nya jua saya panjatkan doa agar dapat terusmemberi saya kekuatan. Inilah cinta sejati yang tiada penghujungnya..."

Keterbukaan Permaisuri Siti Aishah berkongsi kisah hidupnya membuatkan figura ini terus dekat di hati rakyat. Selami hati wanita ini dan soroti kisah jodoh dan kekayaan serta cahaya Aidilfitri Permaisuri Aishah dalam NONA Edisi Aidilfitri Ogos ini.  



*sumber entri ini saya pinjam dan  copy paste dari  http://nona.karangkraf.com dan http://warisanpermaisuri.blogspot.com



Gambar terkini  Permaisuri Siti Aishah, cover NONA Edisi Aidilfitri 2013, gambar terbaru Permaisuri aishah, 



Gambar Bilal surau meninggal ketika sujud.






Innalillahi Wa Innalillaihi Rojiun - SATU KEMATIAN YANG INDAH. Mati itu pasti! Mungkin cara dan waktu mati kita yang belum pasti.. Indahnya Kematian ketika bersujud kepada ALLAH di petangKhamis(Malam Jumaat) di bulan Ramadhan… Ya ALLAH..hanya Engkau yang maha Mengetahui.


Assalamualaikum...Dukacita diberitahu bahawa Siak surau Almujahidin Allahyarm Encik Ruslah bin Ishak telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di surau Al Mujahidin Surada ketika sedang sujud Solat Zohor…Jenazah sudah dimandikan disurau dan akan diKebumi di tanah perkuburan sungai ramal dalam lepas solat Asar tadi....

Ya ALLAH….Beruntung nya HambaMU ini…Mari kita semua Mendoakan Kesejahteraan buat Allahyarham semoga Aman disana...dan Berdoa semoga Kematian kita semua dalam Khusnol Khatimah!  al~ fatehah sumber copy paste dari sini 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...