Assalamualaikum..Masih dalam mood raya ke? rasanya lebih kepada mood Open House kan..alahai malasnya nak update entry,tiada tekanan dari sesiapa membuatkan saya bersenang lenang tak perlu pening2 update blog.betul kan. Kalau malas,biarlah blog berdikari kalau rajin hah mari kau aku tolong tenyeh2 apa yg patut.Cik tiemah propa.aisyhhh
Beberapa minggu ni kan kita semua dalam adegan baju kurung berwarna warni, balik kampung sendiri kehulu kehilir balik kampung suami, last sekali saya berkampung umah bapak sebab mak takde,jadi kononnya seminggu mengeram kat kampung sambil masakkan utk bapa terchenta.Aduhh terharunya bila si bapak sudi makan sebabnya formerly known itu bapak hanya makan air tangan ibuku aka isterinya sahaja.Terima kasih bapak.
Nak cerita saya dan suami serta si baby camim ke market - pasar basah nak cari sayur utk buat Yong tau fu.Malas nak mengikut,hubby je turun membeli.Kami parking kereta betul depan market tu tempat orang lalu lalang jadi mmg tiada kerisauan. Kebetulan baru 5minit register utk membership Watsons,jadi saya keluarkan purse nak belek2 kad membership and sambil kira2 duit yang berbukit..kehkeh kira duit raya anak2..banyak you..!!
Tetiba,pintu sebelah saya ada orang nak cuba bukak dari luar,syukurlah saya mmg ada habit log pintu dr dalam bila ditinggal hubby.Ada pompuan Cina berbadan besar cuba bukak pintu kereta.Sambil kat luar tu dia membebel.Memang berderau darah.Dia maki hamun paksa saya bukak pintu,sambil kelakarnya muka dia melekat habis di cermin kereta tu.Aduii rasa sewel minah ni.
Bila saya call henpon hubby,si Gila tu ketawa kata takyah susah2 nak call,Geramnya bila telepon hubby bunyik kat seat sebelah,rupanya tak dibawak pun henpon dia.Sasau jap.Si gila kat luar kereta tu berambus bila saya cuba nak bunyikan hon kereta.Adeiii...
Bayangkan saja kalau orang tu bawak parang,tak kunci kereta pulak..apa dah jadi agaknya.Sengal...Ada pekdahnya habit selalu kunci kereta dari dalam.Insyaallah selamat.Lagi,jangan duk gatal ler nak tunjuk2 aset duit berkepuk segala!
Kunci kereta dari dalam buat aku selamat.Alhamdulillah.selamat duit raya anak aku. till then,wassalam.
memang kita kena kunci pintu kereta kalau kereta berhenti.. bahaya... huhu dah banyak kes....
ReplyDeleteSaya pun kalu tinggal dlm kereta
ReplyDeleteMmg terus kunci kereta dr dalam.
Baru rasa selamat.
Zmn skrg mmg rasa tak selamat je dimana2 aje
seriauuuuu
ReplyDeletenak pun habit suka kunci pintu from dalam...org skrng ni bukan boley percaya sgt!!
betoi2.. memang kena buat gitu. langkah berjaga2...
ReplyDelete