Kawan misteri Amim ~


Ni cerita beberapa bulan lepas. My lil boy Syamim, dia kena rashes, warded 3 hari . Dalam beberapa hari tu , sebelum semasa dan selepas anak tak sihat tu, saya asyik mimpi yg sama, ada satu tangan hitam besar nak ambik anak saya, saya asyik mimpi tangan tu nak bukak pintu bilik nak ambik anak saya, tapi sy tahan dari dalam sambil jerit jangan ambik syamim. mimpi berulang beberapa malam.

Syamim sebelum tu dia kerap main sorang dalam bilik depan bila kakak dia pegi sekolah.dia akan cakap dia main dengan kawan dia kuda putih, saya tanya kuda putih mana sebab setahu sy dia takde mainan patung kuda pun.

bila petang dia tanya, ibu mana kawan putih tu nak main la dgn dia...

adeii ni dah lain macam, tidur malam pun sy tengok tak lena macam biasa, asyik gerak sana gerak sini,mengeluh..mengigau

kebetulan hari tu syamim tidur petang smp maghrib tak bangun lagi, lepas sy solat maghrib terus sy duduk tepi kepala dia baca al-quran, kemudian baca ayat Qursi berulang ulang, tiba tiba syamim meraung, mata tutup ni tak buka lagi, tangan dia pegang kaki saya, sambil tanya mana putih kawan dia..mana syamim nak putih jgn bagi putih pergi..sambil menangis dia marah marah..kemudian sy dokong dia dan gosok belakang dia tapi lama juga dia nak reda. Bg hembus ayat ayat quran baru dia tidur semula.

Tengah malam tu dia tiba tiba terjaga, tapi sy tengok mata dia tutup, dia senyum sambil cakap,' ibu kawan amim yang putih tu dia dah balik ' kawan mana sayang, saya tanya , 'a'ah kawan  amim yg putih kecik tu dia dah balik rumah dia..dia balik dah '  pastu dia tidur semula nyenyak macam takde pape. 

Sekarang saya kerap amalkan ayat Kursi hembus pada anak anak, dan sentiasa pasang CD ayat ruqyah syar'iyyah, semoga keluarga kita selalu dilindungi Allah SWT.

kebaikan ayat Kursi



1 comment:

  1. Syukurlah Syamim xde pape....Ayat Kursi tu mmg elok diamalkan..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...