Ini dia wajah lelaki belasah isteri dalam lif .




GEORGE TOWN - Seorang penjawat awam yang membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu ditahan semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek (gambar) berusia 36 tahun yang merupakan penjawat awam ditahan sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang pada pukul 4.45 petang. LAGI INFO TERKINI ANDA MESTI TAHU


Menurut beliau, susulan itu bapa kepada tiga anak itu akan diserahkan kepada polis Pulau Pinang hari ini untuk direman bagi membantu siasatan mengenai tindakannya membelasah isterinya.


"Polis akan merekodkan keterangannya berhubung kejadian itu dan seterusnya melengkapkan kertas siasatan," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Kelakuan ganas suspek itu yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial Facebook dan YouTube sejak Isnin lalu. sumber http://www.kosmo.com.my , http://greenboc.blogspot.com




Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan, gambar lelaki belasah isteri dalam lif, 

No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...