Gambar terkini Permaisuri Siti Aishah , cover NONA Edisi Aidilfitri 2013




Queen of Hearts PERMAISURI SITI AISHAH

*berikut enrti yang saya baca dari majalah nona online, copy paste.

Suatu tika dulu, Permaisuri berjiwa rakyat ini pernah menjadi ikon kepada seluruh wanita di Malaysia. Keperibadian Permaisuri Siti Aishah begitu terkesan di hati masyarakat hingga ke hari ini. Kesempatan bertemu Permaisuri sebagai penghias muka depan bagi Edisi Aidilfitri kali ini dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi mengubat rindu masyarakat yang ingin menatap wajah Permaisuri kesayangan.







Perasaan teruja dan gentar menyelubungi jiwa di saat bertentang mata dengan Permaisuri Aishah. Keunikan seni reka The Majestic Hotel Kuala Lumpur dan kemewahan dekorasi hotel ini seakan-akan menyambut mesra pertemuan kami. Terpaku sejenak tika Permaisuri menghulurkan salam dengan senyuman manis. Karisma dirinya masih utuh seperti dahulu.



Melihat susuk tubuh wanita yang pernah ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong kesebelas ini, beliau masih berpegang kepada tatacara seorang Permaisuri. Langkah kakinya diatur kemas, tutur katanya tegas dan lancar serta gaya duduknya penuh kesopanan. Tiada langsung riak penat di wajah Permaisuri sepanjang penggambaran. Sebaliknya Permaisuri Aishah gemar menguntum senyuman setiap kali wajahnya dirakamkan jurukamera kami.


Banyak perkongsian dari hati ke hati yang kami bualkan bersama. Dari isu semasa hingga menerjah ke ruang peribadi. Sedikit sebanyak dapatlah juga menyelami hati Permaisuri. Persoalan pertama yang berlegar di fikiran adalah mengenai perkembangan terbaru beliau.




“Syukur ke hadrat Illahi, segalanya berjalan lancar. Kehidupan duniawi sudah saya kecapi dan kini saya mendekati kehidupan ukhrawi. Alhamdulillah, panduan Allah menjadi petunjuk dalam menyalakan keceriaan dalam kehidupan saya kini”.

“Dua belas tahun hidup sendiri, saya membina kekuatan dengan semangat dari keluarga dan rakyat. Menjadi ‘Queen of Hearts’ , sesuatu yang tersemat di sanubari pada diri saya yang ingin saya kekalkan sebagai hadiah kepada masyarakat”.


“Di mana-mana sahaja, saya cuba menjalinkan kemesraan bersama orang di sekeliling. Kehidupan di dunia ini umpama persinggahan. Kita kutip setiap kasih sayang yang ada untuk menggembirakan hati kita dan orang lain. Dari segi persediaan akhirat juga sedang dipergiatkan. Selagi nyawa dikandung badan, jasad perlu meneruskan perjuangan. Insya-Allah”.





Permaisuri Aishah turut menyatakan hasrat murni beliau membuka klinik solat bagi memandu dirinya dan masyarakat agar lebih teliti dalam soal solat. Tidak cukup dengan itu, Permaisuri juga mengimpikan jenama fesyennya tersendiri.

“Jika diberi kesempatan, saya mahu melaksanakan rancangan ini agar ia menjadi antara sumbangan saya kepada masyarakat. Namun, apa yang direncanakan ini perlu masa dan ketelitian. Insya-Allah, jika ada rezeki perkara ini pasti dipanjangkan. Kehidupan saya tidak selalunya cerah namun kesyukuran saya panjatkan kerana ujian dan dugaan memberi semangat kepada saya untuk terus bangkit. Dugaan yang terpalit sedikit sebanyak memberi kesan dan tekanan dalam hidup tetapi ia mendekatkan saya dengan erti kata reda serta pasrah. Secara positifnya, hubungan saya dengan Maha Pencipta lebih akrab. Kepada-Nya saya luahkan segala kesedihan, kepada-Nya jua saya panjatkan doa agar dapat terusmemberi saya kekuatan. Inilah cinta sejati yang tiada penghujungnya..."

Keterbukaan Permaisuri Siti Aishah berkongsi kisah hidupnya membuatkan figura ini terus dekat di hati rakyat. Selami hati wanita ini dan soroti kisah jodoh dan kekayaan serta cahaya Aidilfitri Permaisuri Aishah dalam NONA Edisi Aidilfitri Ogos ini.  



*sumber entri ini saya pinjam dan  copy paste dari  http://nona.karangkraf.com dan http://warisanpermaisuri.blogspot.com



Gambar terkini  Permaisuri Siti Aishah, cover NONA Edisi Aidilfitri 2013, gambar terbaru Permaisuri aishah, 



3 comments:

  1. Muda rupanyer ms dia jd queen ekk
    Now pun still lawa just gain weight sket jer

    ReplyDelete
  2. muda dan masih cantik lagi..suka tau ngn dia..

    ReplyDelete
  3. masih tetap cantik eh beliau..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...