Seindah Sakura | Antara Fahrin Ahmad dan Fasha Sanda.






Dah menonton lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sanda dalam Seindah Sakura di Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7pm ? Saya rasa jalan ceritanya agak menarik,walaupun tak minat dua pelakon ni tapi kiranya storyline yang menyentuh hati telah membuat saya rasa nak menonton cerita yang diadaptasi dari novel ini.Drama ini adalah arahan Zulhuzaimy Marzuki dan memilih lokasi yang cantik cantik belaka termasuk kota Paris dan Kuantan Pahang sebagai lokasi penggambaran. Biasanya filem atau drama adaptasi dari novel memang best dan mendapat sambutan,kenapa ea?

Pengarah Seindah Sakura Zulhuzaimy Marzuki 

Adaptasi dari Novel Alaf21 Seindah Sakura 

[Sinopsis] Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.

Fahrin Ahmad - sebagai Cikgu Airil sentiasa menyalah ertikan Shakira - Fasha Sandha sebagai pelajar yang bermasaalah. Kematian moyang Shakira telah membibitkan kisah suka duka hidup Shakira yang kehilangan tempat bergantung. Nak tahu selanjutnya saksikan di Slot Akasia TV3 ea.Telefilem ini akan berlangsung sebanyak  24 episod bermula 7 Mei ini.Jangan ketinggalan.



Semenjak dua menjak ni Fahrin dan Fasha banyak pula bergandingan kan,agaknya lepas ni bila perut Fasha dan semakin muncit - lor kan Puan Fasha dah mengandung tahu kan,bunting pelamin katanya,tahniah.Agaknya watak camne Fasha nak bawak pasni ?..


3 comments:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...