Assalamualaikum,Ini menu hari ni,ayam masak sweet sour..bukan lunch tapi masak petang hari untuk dinner punya.. siang mmg saya jarang masak, biasanya pukul 5pm baru masak sebab hubby balik around 7pm then nak makan tuk dinner kira oraitlah kul 5/6pm dah 'tung tang' kat dapur =P
Ayam Sweet Sour |
Resepi Ayam Sweet Sour
Bahan-bahannya:
ayam di potong kecil [terpulang pd anda berapa banyak dan saiznya] sedikit kunyit
sedikit garam
tomato sos secukup rasa
cili sos secukup rasa
sedikit gula
air secukupnya
1 biji tomato [potong dadu]
sedikit kacang peas
minyak untuk goreng ayam
Bahan-bahan perlu dimayang:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
daun sup dan daun bawang [potong pendek]
Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam dgn garam & kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak lembut tak terlalu garing. 3. Angkatkan ayam dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
5. Masukkan air,tomato sos,cili sos,kacang peas,tomato buah dan gula sehingga mendidih.
6. Masukkan ayam dan renehkan sebentar.
7. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang.
8. dah siap!
Selamat mencuba!
nota kaki : sedap nih.. sendiri masak sendiri terliur..!! [perasannya aku syok sendiri ekeke]
Ayam sweet sour, resepi, resepi masakan ayam,resepi masak ayam masam manis,resepi ayam sweet sour mudah dan sedap
kurangkan manis dalam masakan..takyah letak gula lagi pun ok sebab dlm sos cili pun dah agak manis .. =D
ReplyDeletebiar masin sikit .. hehhe .. nampak sedap la .. blh tak orger ?? hehe
ReplyDeletehuhu =D
ReplyDelete