Menu berpantang.





Assalamulaikum.

Akhirnya saya dah pulang kerumah sendiri.Selesanya =) Bukan sebab duduk di kampung rumah emak tak selesa,tapi sangat melampaui batas keseronokan tinggal bawah ketiak emak,huhu..betulkan? segalanya dimanjakan..tak macam duk rumah sendiri nak buat ape semua start dari step 1..tapi bila dah ada keluarga dan rumah sendiri,rasa lain macam pula bila ditinggal lama2.Apepun,cam anak yg 1st dulu,yg 2nd ni pun saya terhambur  airmata jugak bila time 2/3 minit sebelum bertolak pulang.Terima kasih emak sebab menjaga saya semasa  berpantang.Kalau diikutkan hati dan perasaan,tak nak tinggalkan rumah tempat kita membesar..apatah lagi hari2 dapat tengok mak ayah dan makan lauk pauk mak masak..tak hengat dibuatnya yang kita ni dah bersuami.ekekeke.. terima hakikat meh kita dah tinggalkan zaman 'anak emak'.


Dah seminggu lebih saya tak update blog.Post zaman jepun jugakkkk ...mesti ramai kata tak releven sungguh aku ni =P owhh hakikatnya- dah saya takde mood nak menerbitkan entry magis - cehh ala2 yunalis zarai gitu.. lagu2nya yang magis membuat ramai terkedu!Owh ini bukan nak cerita pasal yuna la dear..tapi saya nak shared resepi untuk wanita sedang  berpantang.Entah kenapa bila saya sedang mengandung hinggalah waktu berpantang,saya hilang selera makan nasi.Nak cover carbo yang kurang tu,saya makan roti dan selebihnya potato.Yang lain tu saya ambik vitamin termasuk obimin.Untuk menu pantang mak saya biasanya sediakan sup sayur setiap hari dan extra apa2 saja menu ayam dan ikan- yang tidak berminyak.Di rumah sendiri saya google untuk sediakan menu.


SUP IKAN MERAH



Bahan-bahan:

  • beberapa kelar ikan merah
  • 4 ulas bawang merah kecil (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 inci halia (di mayang)
  • sedikit lada hitam
  • sup bunjut @ rempah tumis (yang ada bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan pelaga)
  • lobak merah,kentang,tomato dan daun sup.
  • air

Cara-cara :

  1. Cuci bersih ikan dengan air asam untuk hilangkan bau hanyir.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis tadi.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang tadi hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan halia yang dimayang
  5. Masukkan rempah sup, biar sebentar dan masukkan air
  6. Apabila sup telah mendidih, masukkan kentang, lobak,tomato dan garam . Masukkan ikan .
  7. Jangan masak ikan terlalu lama.



SUP AYAM HALIA




Bahan-bahan :
  • Beberapa ketul ayam
  • 1  biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia (dihiris)
  • sedikit lada hitam
  • 2 biji kentang
  • air
  • sup bunjut @ bunga lawang,bunga cengkih
  • garam
Cara- caranya :
1. Tumbuk bawang besar dan bawang putih.
2. Kemudian tumis bahan tumbuk sehingga kekuninganatau garing
3. Masukkan pula bunga lawang, bunga cengkih dan halia
4. Masukkan air dan garam kasar, tunggu hingga mendidih baru masukkan kentang dan ayam (supaya kentang cepat empuk).
5. Tunggu sehingga ayam masak dan kentang empuk.



selebihnya saya dapatkan menu dari sini.
Thats all folks!


6 comments:

  1. so camana pantang sendiri?

    dah byk pangalaman sbelum ni kan, so mesti takde hal punye..

    take care ;)

    ReplyDelete
  2. @ mamaNoriz :
    alhamdulillah..semua berjalan lancar..nilah masa sesuai kuruskan badan balik =D

    ReplyDelete
  3. wow..walau xpntg pun mcm nk try jugak je..hee

    ReplyDelete
  4. @SoLy SoLicious:

    tak pantang pown bley la dear.. ini menu sihat =D

    ReplyDelete
  5. selamat berpantang dgn menu sihat ye!!!

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...