Kembali rutin dan muhasabah diri ~



naik beca di Melaka
naik beca pusing bandar Melaka

Lama bercuti di bulan December lalu, macam macam perkara berlaku pada kami sekeluarga,pahit manis berlalu pergi bersama perginya 2014, begitupun.. kami ambil pengajarannya..mana yang Allah SWT duga dengan duka dan sakit perit ..redha kami terima kerana itu maksudnya Allah sayangkan kami,ingin kami selalu ingat padaNya..betapa banyak agaknya yg telah kami abaikan selama hidup ini,adakah kami menzalimi diri sendiri dengan mengabaikan banyak perkara dalam hidup yang hanya sementara ini....

Banyak perkara saya belajar..sikap manusia yang pelbagai kadangkala  di luar jangkaan..begitu sebaliknya pelbagai perkara yang umpama roda berpusing dalam kitaran hidup yang sudah sepatutnya kita boleh jangkakan.. bukankah bila bila masa saja Allah boleh ambil kita kembali....muhasabah diri sendiri,apa yang saya dapat dari hidup sepanjang tahun 2014 adalah jangan lokek dengan kasih sayang  ,penuhi jiwa dan hati kita dengan cinta padaNYA, pada suami,dengan anak anak,mak ayah , adik beradik, etc...biarkan pergi mana yang melukakan hati..kerana hati yang penuh cinta akan menjadikan kita insan yang dicintai~

Kembali ke rutin , bekerja dan bersekolah, walaupun sekeluarga masih dalam tahap kesihatan yang merudum,kami bersyukur kerana banyak perkara yang berlaku pada tahun lalu itu membuat kami semakin memahami erti dan nilai hidup. Terima Kasih O Allah, melimpahi kehidupan kami sekeluarga dengan kasih sayang dan cintaMU.

pasti kampung melayu subang
Kembali ke rutin, kak Sufi kembali ke sekolah ..cer teka mana satu dia?




1 comment:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...