Kembali rutin dan muhasabah diri ~



naik beca di Melaka
naik beca pusing bandar Melaka

Lama bercuti di bulan December lalu, macam macam perkara berlaku pada kami sekeluarga,pahit manis berlalu pergi bersama perginya 2014, begitupun.. kami ambil pengajarannya..mana yang Allah SWT duga dengan duka dan sakit perit ..redha kami terima kerana itu maksudnya Allah sayangkan kami,ingin kami selalu ingat padaNya..betapa banyak agaknya yg telah kami abaikan selama hidup ini,adakah kami menzalimi diri sendiri dengan mengabaikan banyak perkara dalam hidup yang hanya sementara ini....

Banyak perkara saya belajar..sikap manusia yang pelbagai kadangkala  di luar jangkaan..begitu sebaliknya pelbagai perkara yang umpama roda berpusing dalam kitaran hidup yang sudah sepatutnya kita boleh jangkakan.. bukankah bila bila masa saja Allah boleh ambil kita kembali....muhasabah diri sendiri,apa yang saya dapat dari hidup sepanjang tahun 2014 adalah jangan lokek dengan kasih sayang  ,penuhi jiwa dan hati kita dengan cinta padaNYA, pada suami,dengan anak anak,mak ayah , adik beradik, etc...biarkan pergi mana yang melukakan hati..kerana hati yang penuh cinta akan menjadikan kita insan yang dicintai~

Kembali ke rutin , bekerja dan bersekolah, walaupun sekeluarga masih dalam tahap kesihatan yang merudum,kami bersyukur kerana banyak perkara yang berlaku pada tahun lalu itu membuat kami semakin memahami erti dan nilai hidup. Terima Kasih O Allah, melimpahi kehidupan kami sekeluarga dengan kasih sayang dan cintaMU.

pasti kampung melayu subang
Kembali ke rutin, kak Sufi kembali ke sekolah ..cer teka mana satu dia?




kami sambut di hospital ~


Assalamualaikum, caca marba dah belog ni lama sangat tak update, alhamdulillah  dapat juga kami merasa hidup di tahun 2015, syukur syukur padaMu Ya Allah. Kami sambut anniversary perkahwinan yang ke enam tahun di hospital tahun ni,begitu juga kami sambut hari ulangtahun Sufi Insyirah yang ke lima punnn di hospital, dari 16 Dec saya dah warded sebab Denggi [ paling risau selama ni,sebab kawasan rumah mmg hotspot Denggi, akhirnya  Allah bagi juga rasa, redha je alhamdulillah] .. masuk hari ketiga di ward, my lil dotter Sufi Insyirah pulak warded atas sebab yang sama~ Denggi. 

demam denggi

Lapan hari juga duduk ward, siapa pernah kena Denggi mesti faham kan keadaannya.. sakit badan,demam kejap naik kejap turun, kesejukan jangan ceritalah..serba tak kena jadinya, loya tak lalu makan dan cirit birit..sengsara. Air memang kena minum overdose nak bagi flush selalu, Alhamdulillah dapat tinggal one room dengan Sufi..kami mintak discharge hari yg sama. Syukur jugak sebab Sufi happy je and follow je sume apa doktor and nurse nak ambik darah or masuk ubat. Ibu dia ni yg langsung tak masuk makanan, berangin la satu badan. Bagi la menu istimewa everyday, Allah dah tarik nikmat berselera nak makan... tapi paksa juga minum banyak air dan makan sup ketam, mak mentua buatkan jus daun betik..layan jer..nak cepat sihat..

 


demam denggi


Sekarang sedang melayan badan yang sengal sengal dan kegatalan...memang camni kot after kena denggi..badan semacam gatal dari dalam..makan ubat gatal je tu yang asyik layan mengantuk, memang sabo sajalah..nak buat camne kan..masuk ni sebenarnya dah lama kami tak balik rumah sendiri,since kena demam denggi tu,kami ulang alik rumah mak dan rumah mak mertua,hasben pun perabis cuti tahunan yang berlambak lagi.Rasa trauma pulak nak balik rumah sendiri, baru tahu jiran belakang rumah anak anak dia warded juga kena denggi...tahun ni saja baca di paper 50ribu kes denggi di Malaysia....  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...