Tips ajar anak guna tandas.



Tips ajar anak guna tandas


Tips ajar anak guna tandas.

Perlu diingatkan,seorang ibu memerlukan kesabaran ketika mendidik anak menjalani latihan ke tandas,jadi pastikan usaha ini berterusan tanpa putus asa.


Sebelum membeli tandas duduk, ibu perlu mengenali tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas sendiri. Antaranya ialah:

  • Apabila anak sering cakap, "Mama, dah basah" atau " nak tukar lampin lain". Ketika ini anak sudah mula rasa kurang selesa dengan kebasahannya.
  • Sudah mula membuka lampin pakai buang sendiri dan mengambil lampin lain. Si anak sudah mula rasa kurang selesa dengan lampin pakai buang kotor.
  • Anak mula bangun tengah malam dan memberitahu ibu untuk menukar lampin pakai buang lain atau memberitahu sudah ´poo poo´ sedangkan sebenarnya tidak.
  • Apabila ke sekolah, anak selalu berkata, "Eeee...malu pakai lampin". Ini menunjukkan anak sudah ada perasaan malu untuk memakai lampin pakai buang.
  • Memakai lampin pakai buang lebih sukar untuk melatih anak ke tandas berbanding memakai lampin kain. Ini kerana lampin kain menyebabkan kanak-kanak berasa basah dan ingin segera menukar lampin.

Apabila anak sudah menunjukkan tanda berkenaan, suami isteri perlu bekerjasama untuk mengajar anak menjalani latihan ke tandas. Katakan pada anak, "Ini maknanya kakak/abang  dah boleh belajar buang air kecil sendiri".


Mendidik anak harus dimulakan dengan kesungguhan. Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah:

  • Belikan tandas duduk kanak-kanak supaya latihan berjalan lancar.banyak kebaikan menggunakan tandas duduk kanak-kanak ini.
  • Anak akan lebih berdikari kerana ibu bapa tidak perlu mendukung anak ketika dia ingin membuang air kecil di dalam tandas dewasa.
  • Sebagai motivasi, anak akan lebih bertanggungjawab apabila mengetahui tandas duduk itu adalah kepunyaannya dan lebih bersemangat untuk menggunakannya.
  • Namun, tandas duduk ini tidak sesuai untuk anak lelaki disebabkan ada anak lelaki diajar untuk membuang air kecil secara berdiri.
  • Namun untuk latihan membuang air besar, menggunakan tandas duduk sangat fleksibel dan mampu melatih anak lebih berdisiplin.
  • Ajar anak mencuci sendiri bekas yang sudah dipenuhi najis di bawah pengawasan ibu bapa.
  • Minta pembantu rumah alihkan semua karpet. Ini bagi mengelak anak terbuang air kecil di atas karpet mahal anda.
  •  Ibu harus memberitahu kepada anak rasa apabila ingin membuang air dengan sudah membuang air.Ini kerana dua perkara ini adalah berbeza.
  • Bercakap dalam bahasa sendiri mengikut kebiasaan apabila berbual dengan anak kemudian minta anak anda memberitahu bila dia ingin membuang air atau sudah membuang air.
  • Sentiasa prihatin dengan masa. Contohnya, jika dia sudah lama tidak membuang air kecil, ajak dia ketandas untuk membuang air kecil.
  • Biasakan bertanya setiap satu jam atau terus bawa anak ke tandas dan tunggu sehingga dia membuang air.
  • Aktiviti menggembirakan di dalam bilik air ialah bermain air selepas membuang air.
  • Beri pujian selepas dia pandai membuang air kecil. Katakan kepadanya dia memang sudah besar dan selepas ini dia boleh mengajar adiknya ke tandas pula.
  • Peluk dan cium anak jika dia berjaya ke tandas.
  • Berdoa dan bertawakal adalah sebaiknya.
  • Beri dia masa jika ada hari dia tidak mahu ke tandas dan ada masa dia masih mahu memakai lampin.
  • Di sekolah jika anak masih memakai lampin, berbincang dengan guru kelas untuk melatihnya ke tandas.
  • Begitu juga jika ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah.
Panduan dan cabaran:

  • Ibu hendaklah sentiasa bersabar mengendalikan anak yang sedang belajar ke tandas. Semuanya memerlukan masa.
  • Ibu bapa tidak boleh mengharap anak mereka terus faham dan belajar dengan cepat.
  • Biar mereka menjadi diri mereka sendiri.
  • Apabila ada kalanya anak mengalami sembelit, mereka mungkin sedikit terganggu dan takut untuk melalui latihan ke tandas.
  • Yakinkan mereka dan sentiasa berada di sisi mereka.
  • Belikan mereka buku mengenai tandas duduk yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang sedang belajar ke tandas.
  • Tanyakan apa yang mereka tahu mengenai tandas.
  •  Berdoa paling baik dalam apa jua keadaan. Mintalah pertolongan daripada yang Esa untuk permudahkan urusan ini.
Source : Harian Metro 
By : Siti Zarinah Sahib 


Tips ajar anak guna tandas, tips ajar anak, tips didik anak, 

Peti ais antik ~




Haha .. sila abaikan keseksian si dia tu ya.. memperkenalkan peti ais antik kami , jangan komplen panas panas nanti suami hangit sebab ni kesayangan my hasben.. peti ais antik ni my hasben dah beli dari zaman bujang dulu kiranya ni berusia  lebih 15 tahun jugak dia kata.So masa baru kahwin tu mmg kami guna peti ais ni sebab dia masih berfungsi dengan baik. Paham paham ajelah bila dua budak kecik ni dah wujud kat dunia  ni maka bermulalah episod bukak tutup pintu tanpa henti..cam nak tanggal je pintunya tu...

So tips untuk peti ais antik ni adalah..rajinlah membuang air buangan kat belah bawah skali tu bila kita defrost...sebab peti ais ni tak macam peti ais skrg dia sejat sendiri kan,so kalau kita lupa buang air tu maka busuklah bau air tu nanti..lagi kalau time storage penuh daging atau ikan.

Lagi satu peti ais antik wajiblah selalu bersih supaya tak nampak terlalu antik ya... contohnya jom bertukar ...

peti ais antik

Tukarlah botol air yang dah season kelabu hitam tu..

hello posco

Bertukar ..  tara  comel sikit  nak minum pun rajin..
hello!  Posco  bottle yg kami dpt foc di booth event Alami Proton tu ari ~
makin rajinlah budak tu bukak tutup pintu si antik ni ~





Tanda-tanda hati yang kotor | Ubat hati yang kotor.




Tanda-tanda hati yang kotor  Ubat hati yang kotor.

Assalamualaikum.Sila anda awas dengan tanda-tanda ini. Jika kita ada gejala seperti ini,maknanya kita telah diserang penyakit hati kronik yang bakal menyusahkan diri kita kelak.
TANDA-TANDA HATI KOTOR
  • Gelisah walaupun tiada masaalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • Sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya
  • Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
  • Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
  • Menyampaikan ilmu dengan riak
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua ibu bapa
  • Talam dua muka- manis didepan tapi jahat dibelakang
  • Suka mentuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada
  • solat yang tidak boleh khusyuk
  • kagum terhadap diri sendiri
  • selalu mencari salah orang
  • cinta ikepada duniawi dan materialistik
  • mudah bersangka buruk terhadap orang
  • membesar besarkan hal yang remeh temeh
  • suka bergosip dan menabur fitnah
  • Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
Hati adalah raja bagi tubuh kita,bersih hati,bersihlah hidup kita,maka berilah makanan terbaik untuk hati kita.

MENGUBAT HATI YANG KOTOR
  • Dirikanlah solat lima waktu yang sempurna setelah berwudhu' dengan sempurna,setelah itu banyakkanlah berdoa " Ya Allah bersihkanlah hatiku " 
  • Berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad saw minima 100x sebelum tidur,mencetuskan ketenangan akal dan fikiran serta membawa banyak kebaikan. 
  • Lakukan solat taubat-ini dpt menenangkan jiwa dan mencuci hati. 
  • Membaca Al-Quran - mencuci,menenangkan,menyembuh dan terapi terbaik dalam hidup kita.Sekurangnya bacalah Qulhu -allah sebanyak 3x. 
  • Sentiasa bermaafan jika memerlukan. 
  • Bisikan dalam hati dan diri perkara yang positif2 sahaja. 
  • Berpuasalah- ini dapat menahan dan mendidik diri kita jadi lebih tenang dan menghindari kejahatan. 
  • Sentiasalah ingat tentang mati. 
  • Kekalkan wudhu' 
  • Bersedekah , belanja orang makan 
  • Sentiasa menjaga makanan - halal dan suci serta tiada unsur syubhah.Makanan membentuk hati kita! 
  • Berkawan dengan ulama 
  • Berkawan dengan orang miskin-dapat menginsafi diri kita selalu. 
  • Sentiasa berpesan- pesan - supaya menjadi orang yang lebih baik. 
  • Menjaga pancaindera-elakkan mengumpat,fitnah dan elakkan diri dari golongan yang sebegini. 


* Diolah dari pakar motivasi Datuk Dr Hj. Fadzillah Kamsah ,semoga bermanfaat dan mengingatkan diri saya, dan juga anda semua,Insyaalah.






Alami Proton ~


Alami Proton

Pagi pagi tadi kan.. bila buka je blog ni terus tangkap pada iklan proton Iriz , selain tu CPUV baru masuk adalah iklan Sime Darby,thanks Nuffy ya..ada 10 sedang running, tapi bila tengok iklan Proton tu terus teringat nak upload gambar semalam, sempat pergi ke ALAMI  Proton di  Westbound Shah Alam. Sebenarnya dari aritu lagi my hasben dah bising bising nak pergi jugak ke alami ni, sebab dia nak sangat melawat kilang Proton tu, dia kata umur nak dekat 40 baru dapat lawat kilang Proton.. hehe

Alami Proton

Ai ikut je memandangkan takde aktiviti sabtu ahad tu, hari sabtu petang dah pergi tapi parking crowded sgt pada dua side tu belah kilang dan di Westbound juga so cancel dan pergi awal pagi ahad tu, memang seronok la orang laki kan suka menda gini..sabo jelah..

Alami Proton

Sementara tunggu  test drive keta Iriz, kebetulan agennya orang kampung ai so manjang la boraknya.. so far okey la peminat kereta compaq .. my hasben sempat tanya kenapa enjin keta proton suka mengaum..selamba je agen tu jawab,sebab ada rimau duk depan tu hehe.. and no worries sebab nak melawat kilang tu ada shuttle bus.. tak penat pun..

Alami Proton

Kebanggaan Malaysia hokeyyy

Alami Proton


Banyak aktiviti nak join untuk anak anak  juga.. tapi balik tido pun best jugak kan... so memandangkan gambo takde sangat setakat ni sajalah... hehe~   bagus la Proton buat event ni .. lagi dekat ngan pengguna.. bak kata my hasben..umo camni baru dpt rasa masuk kilang proton.. dalam kilang takleh snap gambo.. hokey bye~




Lamaze Wrist Rattle & Foot Finder


Set 4 pcs 
 Wrist Rattle & Foot Finder
Brand : Lamaze
Material : Plush/Cotton
Size : Around 13cm in perimeter

Lamaze Wrist Rattle & Foot Finder

Lamaze Wrist Rattle & Foot Finder

Lamaze Wrist Rattle & Foot Finder


Berminat untuk dihadiahkan pada si manja? 
info direct wassap saya mie 0192545593 
untuk harga berbaloi baloi..



Wordless Wednesday ~ Bunga penyejuk mata


Bunga penyejuk mata

Bunga penyejuk mata




Maggi oh Maggi ~


Semalam balik kampung , kak Sufi rajin la meneman nek Irah gi kenduri kahwin. Baliknya, dia seronok je dapat goodies pengantin bagi,Maggi kari gitew.. hehe nampak ? senang citer kasi Maggi .. yang seronok budak kecik kan mmg suka makan maggi...2 minit  je nak masak.. 

Resepi masakan Pizza Maggi yang sedap dan mudah




Terasing ~ entri tanpa gambar



Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka


Terasing by Sudirman Hj.Arshad



Nikah kahwin ~


Setahun setengah selepas rasmi bertunang kini rasmi lah sudah jadi suami isteri, tahniah adik ipar  yang selesai diraikan pada hari jumaat sabtu minggu sudah di Dungun Terengganu. Majlis sederhana dan yang penting berjalan lancar semuanya,Alhamdulillah  empat hari jugalah kami semua berjimba tepi pantai...

Nikah kahwin

Paling seronok tentulah budak kecik ni.. sampai tak mau balik seronok sangat katanya.. ~





SELAMAT HARI MALAYSIA ~



hari malaysia 16 september

Wahai Rakyat Malaysia, Selamat Hari Malaysia..  Di sini lahirnya sebuah cinta  , selamat bercuti juga ~ Lama tak bersiaran,

tips dapatkan CPUV BE Nuffnang.

Alhamdulillah , agak terkejut tengok Nuffnang pagi ni..ada banyak CPUV masuk..lama sgt tak jenguk..terima kasih Nuffnang ... Ni baru nak kasi warmup sket update apa yg patut... 




Spiderman kucing peti ais



Spiderman kucing peti ais

Spiderman kucing peti ais

Siapa punya kerja? hari hari sorok spiderman dalam peti ais ?  siapa punya kerja kunci meow dalam laci buku ? siapa agaknya ?




Bercucuk tanam ~ Bunga Ros Jepun



Bunga Ros Jepun

Bunga ros jepun saya dah mula gemuk gebus , kalau balik kampung umah mak foc je boleh pilih kaler , time dia kembang mekar tengahari buta tu la jugak saya cepat cepat ambik  mana pokok yang berkenan,sebab masa tulah baru nampak warna bunga mana yg kita nak..nanti dah petang bunga dah kuncup tak tahu warna dia..patah patahkan je batang dia pastu balik rumah terus tanam , seminggu dua nanti terus dia subur beranak pinak.

 Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun

Bunga Ros Jepun





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...