Si Obot dah minat mewarna ~



cara didik anak cara islam

Nak update pasal si Obot ~ tak lama lagi si Syamim Izzuddin ni nak turn to 3 , sedar tak sedar kan, rasa baru je aidilfitri aritu melahirkan.. ni nak masuk 3 tahun dah bujang saya, kenapa sy panggil si Obot BACA SINI , haha  no worries la ya sbb ambition dia pun dah bertukar mengikut peredaran masa.. tapi kecintaan dia pada obot tu sentiasa ada.. dia peminat transformers pulak lo ni

Kalau si kak Sufi dulu takyah paksa2 mmg senang je dia nak ambik buku sendiri,  ambik kaler sendiri..duk diam diam dah lukis tu kaler ni.. gegurl kan.. memang lain lah dgn si bujang ni.. sampai mulut ibu berbuih suruh itu ini dia buat nerdddd aje...

Ni alhamdulillah dah mula datang minat mewarna dia.. duk khusyuk tawaduk mengaler sampai siap..boleh tahan kemasnya la jugak..  dah mula nampak  minatnya nak sekolah tu.. alhamdulillah dah nak anjak ke buku Iqra' 2 , kena sabo je sambil baca iqra' tu sambil dia buat akrobatik bagai..jgn harap nak duk taat.

cara didik anak cara islam

cara didik anak cara islam

Saya la obot tu ~




Lengang semacam ~


Malam tadi kami ke TESCO Shah Alam section  13, memang dah lama juga la tak menapak kesitu since sebelum bulan puasa lagi, sedia maklum ramai dah tahu siapa owner TESCO ni kan.. padahal sinilah tempat kami shoping barang dapur, susu pampers anak bagai.. tapi since dah tahu fact, kami tak kesini lagi. Malam tadi kesini pun sebab nak ke MR DIY  kedai hardware tu,terletak  dalam TESCO nak membeli mesin drill dinding. Memang lengang sgt suasana dlm TESCO ni.. tak macam dolu dolu kita pergi 


Maybe ramai dah tak shoping sini since nak pakat boikot TESCO kan, macam Mc D memang kami pun dah confirm tak makan lagi untuk sokong GAZA.Kesian pulak kat staff staf yg bekerja kat sini , hopefully rezeki mereka terbuka luas di tempat lain

Pusing sana pusing sini dekat sejam setengah dalam tu, kuar bayar parking caj RM4 .. ni first time bayar parking di TESCO,sebelum ni FOC je.. so sangatlah tak best.. dah confirmlah kami takkan meroyan kat TESCO lagi.. 



Menjenguk si Nuffy ~


Memang dah hilang mood nak update..ni nak kasik mood datang skit skit paksa typing juga larr.. memang statistik sunyi sepi...lama tak jenguk encik Nuffy.. alhamdulillah ada juga CPUV yang sudi menempel..walaupun sopan santun sgt hehe paham khen.. slow la trafik..

Tips dapatkan CPUV BE Nuffnang.

 tips cash out nuffnang

yang lasti aritu story Cek Ke 6 Nuffnang  pastu malasnya nak buat entri..kelangit biru lar .. ni tengoklah ada juga earning sikit sikit , Inshaallah nanti bila bila boleh cashout kali ke 7 , terima kasih ya Nuffnang..




Hantu Bungkus ~


anak merajuk

ha ha si amim ni kalau merajuk macam nilah perangai dia.. terus jadi hantu bungkus..

Sufi Beraya dan bergambar konvo ~


Update sikit perkembangan my lil dotter Sufi Insyirah ~ Masih lagi duk discus dengan ayahnya next year nak sekolahkan di PASTI yang sama atau nak tukar ke tadika lain, dulu cadangnya nak tukar lain sebab nak bagi dia nanti tukar suasana  dan dapat belajar dengan kawan kawan baru pulak. Tapi ni sufi  bising kata nak sekolah sama..yelah tu dah tahap selesa la tu dia taknak berpisah ngan kengkawan baik dia..

Minggu lepas hari khamis tu jamuan hari raya dekat PASTI , bawak la sikit biskut raya yg berlebihan..sebab ibunya tak berapa ada mood nak memasak pelbagai aka malas le tu hehe..ada la sikit gambo raya cikgu bagi thru group wassap kami parents PASTI, tapi tgn gatal dah terdelete.. nak mintak lg segan pulak..

jamuan raya PASTI ,

Esoknya hari jumaat pulak ada sesi ambik gambar untuk Convocation Day nanti.. tu pun cikgu baik hati bagi gambar skit.. bila dah pakai jubah dan turban tu.. alahai sume muka lebih kurang sama dah sampai cikgu post gambar pun kena kasi zoom nak tengok mana satu gambar anak kita.. hehe comel ~

 gambar konvo PASTI, PASTI kampung melayu subang,



Bercucuk tanam ~ Bunga Keladi


Tanamlah bunga keladi , memang senang nak hidup subur.. letak dalam rumah atau luar rumah.. janji cukup air Inshallah hiduplah dia..jadi terapi diri..penghibur hati dan hiasan mata.. tapi kena rajin tukar air selalu kalau letak dalam rumah takut jentik jentik bersarang.. saya memang peminat pelbagai jenis bunga keladi..kalau sudi jemput cuci mata ya mana tahu terjatuh cinta ~

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi

 Bunga Keladi






Bercucuk tanam ~ Daun Saderi


 Daun Saderi celery

Lama dah saya cuba tanam pokok saderi atau senang je panggil daun sup, sebab kita wajib masak sup bubuh daun ni kan. Dah cuba tanam guna pokok yg beli dipasar tu, memang dia akan subur, tapi sekejap je.. tengok le gambar bawah ni.. dia terkulai je setelah subur cantik beberapa minggu tu, Tak ikut petua yang mak saya bagi agaknya, katanya boleh tanam guna pokok yg kita beli di pasar tu tapi kalau boleh jangan masuk dalam peti sejuk dulu, lagi saya baca , dah kerat  bahagian daun yg kita nak masak tu, kemudian bahagian yg berakar tu rendamkan dulu dlm sedikit air selama 1 hari , kemudian baru cuba tanam, letak pasu di tempat redup. 



Kemudian cuba tanam guna biji benih , siap beli masa pergi ke Cameron Highland aritu , banyak jugak la cuba semai, tapi dia tak mahu membesar , kecik je  saiz jari  kita ni, ada satu pokok tu dia nak besar tapi sebab kita letak pasu tu tepi longkang belakang dapur..hehe jadi tempat lepak encik katak menumpang tidur sampai kemek kemek pokok yang nak kembang tu..sabo ajelah.. Last sekali pergi nursery bunga tu beli sepasu RM8.. geram tengok gebus gebus .. letak kat tepi tingkap dalam dapur je.. setakat ni alhamdulillah okey..sihat walafiat.Dah senang nak masak sup kerat je sikit sikit daun dia.

biji benih daun saderi

KHASIAT DAUN SADERI @ DAUN SUP

Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Kegunaan

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalamdarah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Penanaman

Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 - 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.

Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.
kredit http://segalanyadisini-chindek.blogspot.com/2010/05/khasiat-daun-saderi-sup.html


Sedondon di Aidilfitri 2014



Tahun ni tema kaler pink , tahun lepas maroon , tahun sudahnya pulak purple

Assalamualaikum , salam aidilfitri kepada semua sahabat handai.. lamanya tak menjenguk dunia maya.. tahun ni alhamdulillah meriahnya aidilfitri, beraya di kampung si isteri kemudian baru beraya di kampung si suami. Tak ada istilah berebut raya sebab setiap tahun memang ikut sistem giliran .Kalau tahun ni aidilfitri di kampung sana, maknanya aidiladha nanti sambut di kampung sini, sendiri mau ingat schedule ya jgn buat buat lupa pulak. Hari raya pun ngam ngam je jatuh hari Isnin.. so sepanjang minggu memang beraya sakan.. Hari minggu baru pulang rumah sendiri.. Hari ni semua dah back tu normal , routine.. bekerja dan bersekolah.. tapi mood raya masih ada..  Salam Lebaran , mohon ampun maaf jika tersalah kata tersilap bicara.. terlukakan hati secara sengaja tau tidak sengaja .. maafkanlah saya~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...