Wajah ~


Wajah

WAJAH...

"ALLAH Ta'ala tidak mencipta wajah aku persis Ummi dan Ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak Ummi dan Ayah. Lalu tidak kira ke mana aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa Ummi dan Ayah bersama."

Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibubapa, kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada, dan ALLAH tahu kita rindu ; kita perlu lihat wajah mereka....

Al- Fatihah diucapkan kepada ibu dan bapa yang telah tiada...

Kerana Bapak adalah bapa saya~

"Kali terakhir saya balik kampung bertemu bapak, lebih kurang sebulan lepas..waktu tu saya sedang bersedih hati..emak pulak tiada masa tu, tiada orang kat rumah kecuali bapak, rumah sunyi berkunci..ingatkan tak ada siapapun masa tu, Ya Allah dlm hati sedih sangat sebab saya dah belikan bapak Cendol dan Laksa..tapi takde orang..kami dah nak gerak balik bila saya terfikir nak pusing rumah dulu

Pergi ketepi tingkap bilik solat bapak, bayang kipas berpusing dari dalam..ada rupanya bapak kat dalam..tidur tak dengar la sah bapak dah tak dengar bunyi salam apalagi bunyi kereta menderum.kadang cakap depan depan dia pun sah tak dengar ataupun kita cakap lain dia faham lain..

Niat hati nak duk tinggal ngan bapak seminggu sebab suami kerja jauh..tapi banyak pulak tempahan nak disiapkan dah berjanji dgn orang.. jadi duk kampung tu beberapa jam saja..petang tu saya salam tangan bapak dengan tahan airmata, sy sebenarnya nak peluk cium bapak..tapi malu sebab tak biasa buat macam tu

Saya rasa bapak dah tua sangat..dah uzur sangat..masa salam sy dapat rasa urat urat tangan kasar..saya lihat matanya tak macam dulu dah lain..bapak saya dah lain..saya yg tak ambik tahu..kalau saya dah banyak umur, apatah lagi bapak.. 

Terima kasih bapak, berhempas pulas  bersusah payah  membesarkan anak anak..meskipun saya bukan anak harapan atau anak kesayanganmu, saya tetap sayangkan bapak..kerana bapak adalah bapa saya.

Ya Allah , ampunkan segala dosa ibu bapa ku, ampunkan juga segala dosa anakmu ini, dan..saya mengampunkan segala salah silapmu pada anakmu kerana ibu bapa hanya insan biasa...aku kini juga ibu yang mengharapkan anak menjadi insan sempurna..tapi hakikatnya, kita,ibu bapa dan anak anak juga hanyalah insan biasa yg tak terlepas salah silap"


1 comment:

  1. sedih dan terus teringat...sama2lah kita doakan kesejahteraan mereka sentiasa..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...