Bawa anak ke masjid susah tak ?


Assalamualaikum,selamat berpuasa semua yg berpuasa ya..yg tak puasa tu tak payahlah ambik ucap selamat ni.. hihi. Alhamdulillah dapat balik kampung puasa 1 Ramadhan ni, sahur dan buka di kampung walaupun malamnya terus balik rumah sebab husband keje tapi Sufi dapat cuti awal Ramadhan , so dia tak sekolah. Adeii sesak la jalan sekarang, sampaikan ke Bazar Ramadhan tu takleh nak gerak kereta..pastu jalan bersesak dalam bazar tu.. jadi hilang mood nak nengok kuih muih, ni story kat Banting.. next week balik Tanjung pun macam tu juga ler..


Ni dah berazam awal tahun lagi, terawih dan solat raya kali ni mesti  bawa anak ke masjid, sebab diorang macam dah boleh kawal  sikit walaupun syamim masih berpampers, kalau nak tunggu diorang besar sampai kesudah ibunya tak kemasjid nanti, yelah mana boleh tinggal kat rumah mana ada siapa nak jaga..

So terawih pertama tu decide bawak diorang, dah bincang ngan husband kalau diorang hyper tak boleh kawal, buat terawih 8 rakaat je..kalau ok boleh perabis.Risau tu sebab dua orang ni mmg lasak..takut ganggu orang lain pulak.Takut main sampai keluar kawasan masjid nanti hilang ..kan terlalu banyak kes culik sekarang kenalah fikir sume tu..

Pergi masjid kat kampung ngan makcik n cousin diorang.. syamim ikut ayah sufi ikut ibu... memang ramai budak budak, lega sikit sebab nanti diorang ada kawan la kan.Alhamdulillah, so far diorang okey sangat sebab sebelum pergi dah advice beribu kali  supaya jaga akhlak kat masjid.

Abis 8 rakaat terus tanya husband, ok tak syamim meragam tak.. tapi dia okey main dan tak meragam so continue la smp habis, kak sufi dah kepanasan penat dia duk diam diam,bagus.So nnt kat shah alam boleh bawak lagi.Budak baik..sayang sufi dan syamim.

Hilang kerisauan selama ni ,bawa anak kecik ke masjid, tak susah mana , kita kena bagitau awal awal jaga akhlak dan tak mahu ganggu orang lain..kita pun kena faham mood anak, kalau haritu dia okey bolehlah pegi kalau rasa lain macam takyah le pegi.. kalau meragam teruk sangat balikla awal sikit kan..nak melentur buluh parents kenalah banyakkan bersabar.. till then,wassalam.



Doa ketika anak sedang tidur






Rahsia-rahsia Elfira Loy



Apa rahsia yang Elfira Loy nak bongkar kepada wanita Malaysia?.. boleh ketahuinya di blognya SINI 





Shoping raya ? bukan.. ni shoping Zalora ~


shoping di Zalora

Assalamualaikum readers, wahh  bahang Ramadhan dah terasa sangat kan, ahlan wa sahlan ya Ramadhan al~Mubarak.. tahun ni anak saya sufi Insyirah akan belajar berpuasa secara rasminya, tengok nanti camner..sebab kesian cuaca panas ni..lagi baru 4 tahun lebih kita ajar dulu yg basic..kejut dia bangun sahur dulu..  kasi slow dan santai santai dulu kan.

Lately memang malasnya update blog..banyak  kerja dapur nak dibereskan..project Cookies raya katanya,Inshallah kalau termampu dan alhamdulillah ada juga menda nak dibuat. Jadi pada jiran blogger yg dah jarang saya berkunjung tu, bukan lupa pun..cuma tak sempat..maaf ya adik kakak gojes sume, jgn marah marah nak raya ni nanti tak cantik.. hihi

Al -Fatihah,tengah duk typing ni..dapat khabar sedih dari emak kat kampung, anak cousin  meninggal dunia katanya, baru darjah 4 rasanya..Barah otak..dapat detect pun dah stage 3.. Ni kena balik juga esok pagi pagi,entry ni ditulis malam ya, esok autopublish je.harap maklum. Tolong sedekahkan Al-fatihah ya pada yg terbaca ni, terima kasih.

zalora malaysia

Just nak cerita, harini terima barang dari Zalora, shoping katanya, pengalaman kali kedua dengan Zalora ya, yang pertama dulu DI SINI. Bukan shoping raya, kebetulan sandal dah putus, tengok di Zalora berkenan sandal Alfio Raldo tu then grab la. Okey, guna free voucher RM100 yang Zalora beri hasil kerjasama kali kedua baca entry KOLEKSI BAJU KURUNG MODEN 2014. Alhamdulillah kira rezeki juga utk blog suam kuku ni, ada juga yg sudi offer job. hehe Thanks Zalora, moga ada peluang kerjasama lagi kali ketiga ,keempat dan. kelima... tamak ya~

Beli sandal je ngan sling bag.. nak kasi cukup kuota voucher tu..cam biasa COD, senang..Zalora mmg best,cam biasa service thumbsup..semalam place order  harini petang dah terima.




Dunia Akhirat ~



Dunia Akhirat




Wajah ~


Wajah

WAJAH...

"ALLAH Ta'ala tidak mencipta wajah aku persis Ummi dan Ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak Ummi dan Ayah. Lalu tidak kira ke mana aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa Ummi dan Ayah bersama."

Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibubapa, kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada, dan ALLAH tahu kita rindu ; kita perlu lihat wajah mereka....

Al- Fatihah diucapkan kepada ibu dan bapa yang telah tiada...

Kerana Bapak adalah bapa saya~

"Kali terakhir saya balik kampung bertemu bapak, lebih kurang sebulan lepas..waktu tu saya sedang bersedih hati..emak pulak tiada masa tu, tiada orang kat rumah kecuali bapak, rumah sunyi berkunci..ingatkan tak ada siapapun masa tu, Ya Allah dlm hati sedih sangat sebab saya dah belikan bapak Cendol dan Laksa..tapi takde orang..kami dah nak gerak balik bila saya terfikir nak pusing rumah dulu

Pergi ketepi tingkap bilik solat bapak, bayang kipas berpusing dari dalam..ada rupanya bapak kat dalam..tidur tak dengar la sah bapak dah tak dengar bunyi salam apalagi bunyi kereta menderum.kadang cakap depan depan dia pun sah tak dengar ataupun kita cakap lain dia faham lain..

Niat hati nak duk tinggal ngan bapak seminggu sebab suami kerja jauh..tapi banyak pulak tempahan nak disiapkan dah berjanji dgn orang.. jadi duk kampung tu beberapa jam saja..petang tu saya salam tangan bapak dengan tahan airmata, sy sebenarnya nak peluk cium bapak..tapi malu sebab tak biasa buat macam tu

Saya rasa bapak dah tua sangat..dah uzur sangat..masa salam sy dapat rasa urat urat tangan kasar..saya lihat matanya tak macam dulu dah lain..bapak saya dah lain..saya yg tak ambik tahu..kalau saya dah banyak umur, apatah lagi bapak.. 

Terima kasih bapak, berhempas pulas  bersusah payah  membesarkan anak anak..meskipun saya bukan anak harapan atau anak kesayanganmu, saya tetap sayangkan bapak..kerana bapak adalah bapa saya.

Ya Allah , ampunkan segala dosa ibu bapa ku, ampunkan juga segala dosa anakmu ini, dan..saya mengampunkan segala salah silapmu pada anakmu kerana ibu bapa hanya insan biasa...aku kini juga ibu yang mengharapkan anak menjadi insan sempurna..tapi hakikatnya, kita,ibu bapa dan anak anak juga hanyalah insan biasa yg tak terlepas salah silap"


Koleksi Baju Kurung Moden 2014


Koleksi Baju Kurung Moden 2014


Assalamualaikum readers , Ramadhan al-Mubarak  dah dekat ni, perlu siapkan rohani dan jasmani untuk berpuasa lebih lagi di cuaca panas terik macam ni, sambil tu, mana nak ber Aidil Fitri nanti kenalah siap siap survey cari baju kurung yang cantik nak melaram nanti, kainnya perlu selesa sebab cuaca panas kan, siapa buzy sangat tu boleh shopping online pun okey kan.Cari baju kurung moden yang cantik?

Fenomena baju kurung moden kini melanda lagi dengan rekaan terbaru koleksi baju kurung moden 2014. Apa yang menarik, fesyen baju kurung moden ini mula diperkenalkan dan diminati oleh penggemar fesyen tanah air sejak awal tahun 2012. Berbeza dengan rekaan baju kurung yang klasik, baju kurung moden mempunyai potongan tanpa pesak dan rekaan kain yang berbeza tanpa lipatan di bahagian tepi.

Tahun ini, sekali lagi kita dilambakkan dengan barisan rekaan baju kurung moden yang amat menakjubkan seperti pereka-pereka tersohor Malaysia seperti Rizalman, Jovian Mandagie, Syomir Izwa dan ramai lagi. Direka untuk mereka yang bercitarasa tinggi khususnya wanita bekerjaya yang sentiasa ingin kelihatan anggun dan bergaya.
Koleksi Baju Kurung Moden 2014

Berikut merupakan jenis stail atau rekaan baju kurung moden yang mendapat tempat di hati para wanita. Rekaan yang boleh dikatakan ringkas namun amat elegan untuk dipakaikan. Penggunaan warna lembut atau pastel sebagai fabrik utama dan dipadankan dengan kain berona hitam untuk memberikan sedikit kelainan.

Koleksi Baju Kurung Moden 2014
Seperti tahun-tahun yang sudah, penambahan lace pada rekaan baju kurung moden amat berpadanan dan menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai. Penggunaan lace memang sesuatu yang ‘in-trend’ dan tidak dinafikan disukai oleh ramai wanita!

Koleksi Baju Kurung Moden 2014

Seterusnya stail color blocking seperti gambar di atas. Padanan warna yang kontra seperti biru dan merah, kuning dan ungu serta lain-lain lagi sememangnya memberikan penampilan yang berani kepada si pemakai. 

Temui koleksi baju kurung moden 2014 yang menawan dengan rekaan terkini apabila anda melayari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga. ZALORA Malaysia menyediakan pelbagai pilihan baju raya daripada pereka-pereka fesyen kegemaran anda dengan harga yang amat menakjubkan!

wow.. siapa nak beraya pakai kurung moden idaman ciptaan pereka tersohor ni silalah grab cepat cepat hokey ~



Apa yang best panas panas ni ~



School holidays kerjanya asyik mengangkut sufi dan syamim ke library jela.. playground library camtu berulang..ok la takdelah diorang bosan duk umah terperap. 

perpustakaan awam shah alam

ABC Special sek2 shah alam

Pastu time panas panas camni wajiblah pekena ABC Special di Seksyen 2 Shah Alam tu..tempat wajib..pastu terus ke playground Seksyen 7 tu main kat taman..takpelah sementara diorang kecik nilah nak spent time sepuasnya..nak manja manja ke ape, nanti diorang dah besar belum tentu dapat bersama macam ni..entah belajar jauh atau apa mana kita tahu kan..anak pun dua je...layan ajelah.



Jimmy Shanley nikah lagi, comel isterinya ~


Jimmy Shanley nikah


Setelah hampir 2 tahun menjalani kehidupan sebagai duda, akhirnya pengacara dan juga pelakon terkenal Jimmy Shanley dan Mariam Jamilah Abdul Jalil sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz yang berwalikan bapa kepada Mariam, iaitu Tuan Haji Abdul Jalil dengan mas kahwin berjumlah RM 1,000.


Manakala wang hantaran berjumlah RM 15,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Tuan Haji Nurul Hisham yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor 6.20 petang. Turut hadir adalah ahli keluarga dan sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis dan selebriti tanah air.


Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Barang-barang hantaran seperti jam tangan G-Shock dan tali pinggang Louis Vuitton, wangian Armani Mania, sepasang kasut Louis Vuitton, jubah, set kemeja Dolce & Gabana dan sirih junjung. sumber rotikaya


Bukit Malawatie Kuala Selangor



Bukit Malawatie di Kuala Selangor memang banyak kenangan terpahat, bukan saja melakar sejarah zaman dulu, tapi setiap kali datang saya rasa macam kembali ke zaman tahun 98, teringat kawan kawan lama yang terpisah, dimana mereka sekarang, kerja apa, besar mana dah keluarga mereka tu..ya Allah rindu tak terkata sampai nak menitis airmata..katsini kami berkubang selain di  Taman Alam tu, manalah tak terimbau kenangan silam zaman persekolahan.

Sesekali bila otw balik kampung rumah mak mentua, mmg kami akan singgah,tapi sekejap sekejap je sebab dah biasa sgt kan dah macam takde apa nak ditengok. Kalau yang baru nak singgah tu boleh tengok view dari atas bukit tu  cantik...rumah api,balai cerap,muziumnya dan lokasi bersejarah macam perigi beracun,batu hampar dan lain lain..monyet pun banyak..







Sarung ~



Aktiviti tatkala balik kampung, pertama kalinya saya tahu buah nangka ada sarung yang cunnn..selama ni mak saya balut guna baju buruk je..ni balik kampung tengok mak mentua dan suami membuat sarung nangka. Cantiklah, guna daun kelapa atau  sawit.. Sampaikan ralit sufi dan syamim tengok ayahnya buat, nenek pun baik hati buatkan budak berdua ni pangkin kat bawah pokok nangka tu,seronok diorang melepak.




Ni kiranya makeover la sarung buah nangka tu, dari sarung baju buruk ke sarung yang cantik.. sampai kena serang kerengga  si suami panjat pokok nangka tu nak tukar sarung punya pasal.Bukan nak bodek laa,tapi suami saya ni mmg anak soleh..mak dia memang goyang kaki je kalau anak solehnya ni balik..pintu tercabut dia baiki, gril karat dia catkan semula, racun baja sawah semua dia gi borongkan..apa lagi..paip bocor dia betulkan..Tebang pokok ke hape mmg tunggu dia ni balik.. kalau nak raya mmg suami yg kemaskan pelosok rumah tu, thats why mak sayang lebih kat dia..agaknyalah..hehe alhamdulillah..mintak mintak turun perangai ni kat anak anak.ameen.


Haa kan comel gitweee



Balik kampung ~



Lama tak balik kampung, sebab Sufi Insyirah kan dah masuk sekolah tahun ni, so memang jarang boleh balik kampung belah  ibu atau belah ayah.Kalau tak balik yg sana, maknanya tak balik jugak yang sini.Kalau minggu tu balik sana, minggu depan pulak mesti balik sini.camtu lah gilirannya. Kali ni balik rumah mak mentua lama sikit mengeramnya, tapi padi dah tuai so tak snap gambar sawah padi yg cantik. 


Tapi tengah musim buah mangga kan, tu yang seronok hari hari mengadap colek mangga..adeii ni dah terliur lagi dah ni..pokok mangga depan rumah je,jolok je kalau nak makan..kan bahagia gitu haha


Petang pertama kat kampung teruja nak fishing kat sawah..kan dah kata memang rezeki..dapat ikan haruan besar gedabak..sungguh tak percaya..kerana ini first time saya cuba cuba akhirnya berjaya..berjaya melihat je ya..sebab yg dapat my suami sebenonya ,hehe  rugi tak ambik gambo si Haruan..besar lengan saya tau.. petang tu jugak mak mentua siang malamnya goreng dan masak pedas.. adeiii  makan gitu je ngan nasi panas mmg terbaiklah ya..


Dah biasa dah ngan nyamuk segala..tapi sebab kalini duk lama maka macamnilah memang kaki sufi Insyirah..dah kena serang nyamuk pastu dia garu sampai luka luka..kalau balik Sungai Sireh memang tak dapat elak..nyamuk suka sangat ngan kitorang..inilah solutionnya...

^

^

^

^

^



First time Sufi dan Syamim tidur berkelambu.. panas  betul tak tembus kipas angin..tapi kat kampung taklah sepanas duk bandar. Apepun  selamat nyamuk poning tak dapat masuk,padan muka nyamukk..teringat pulak zaman kecik kecik dulu tidur berkelambu..budak zaman sekarang,siap tanya apa bendanya ni..

Tulah storynya balik kampung..seronok sangat dua budak bahagia ni terlepas bebas takde sekatan macam duk rumah sendiri.. siap kena kejar angsa jiran sebelah.haha


Kerana Terpaksa Aku Relakan ~


sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan, izreen Azminda,

Suka sangat tengok Izreen Azminda berlakon, tu yang sekarang layan Slot Akasia TV3 Kerana Terpaksa Aku Relakan.. biasalah kan, kalau adaptasi dari novel memang story dia best sikit.. adeiii yang tak bestnya tayang time Maghrib tu sangatlaaa tidak best..tak pahamlah kenapa story best letak time ni..konpius aiiii tauuu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...