Syamsul Yusof bakal Nikahi Puteri Sarah Liyana Februari Ini




Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster,Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini.

Patimah ketika dihubungi mStar Online berkata, majlis merisik telah di lakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara di sini, pada Ahad (semalam) dan kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis pernikahan pada bulan depan atas permintaan Syamsul.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.


"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Patimah berkata, Syamsul, 30, menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah, 28, selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 28 Disember lalu.
Puteri Sarah dirisik oleh keluarga Syamsul dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara pada Ahad lalu.

Kata Patimah, Syamsul memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di tanah suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.


"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

"Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.

Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.

Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebagai ibu dia menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan Syamsul adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Patimah dan Yusof gembira anak mereka akhirnya bakal berkahwin.

Pun begitu kata Patimah, dia senang dengan Sarah yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut dan bersikap terbuka dalam pelbagai perkara.

"Saya lihat juga dia seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.

"Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga," katanya. sumber http://mstar.com.my


2 comments:

  1. tahniah buat pasangan...moga kekal hingga je jinjang pelamin..

    ReplyDelete
  2. sesuai sgt dorg ni kan. smoga brbahagia ntok doerg =)

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...