Untunglah budak ni ~dapat kek harijadi 'diri sendiri'



Anda mahu sekeping 'diri sendiri'? Kanak-kanak  yang berusia empat tahun ini telah mendapat versi kek bersaiz sebenar DIRINYA .Untung kan... Kek coklat span yang sedap ni telah dibuat untuk Alfie Rose, dari Birmingham  Ia mempunyai berat dua kg dan dibuat menggunakan sedozen kek span 

Jadi untuk Alfie Rose, ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan apabila dia telah dihadiahkan dengan replika bersaiz sebenar dirinya yang dibuat daripada coklat span pada harijadinya yang ke empat. Ia adalah sangat  realistik, kelihatan seperti model patung lilin budak itu sendiri - hanya rasanya lebih sedap. sumber http://www.dailymail.co.uk/










Pergh~Ini betul mencabar bagi ibu mengandung di Ladakh, Utara India




Anda fikir telah melalui masa yang sukar ketika melahirkan anak ? Ha... ini lagi sukar ,Ibu ini terpaksa berjalan selama sembilan hari pada suhu -35C hanya untuk pergi ke hospital terdekat di Lingshed ketika sarat mengandung , kemudian setelah melahirkan anak, mereka  mengulangi semula jalan yang sama selama 9 hari untuk membawa pulang bayinya di sepanjang sungai yang beku! Pergh..apa rasanya ibu dalam pantang berjalan dalam suhu sejuk melampaui -35C ?

Inilah dia rutin bagi Keluarga di Utara India yang terpaksa berjalan 45 kilometer ke hospital terdekat pada suhu -35C Merentas masuk berjalan kaki ke sungai Chadar , pada ketinggian 11,123 kaki, selama 9 jam sehari. Sebuah dunia yang berbeza: Oleh kerana tidak ada doktor atau kemudahan hospital di kampung mereka, mereka terpaksa untuk berjalan kaki ke sungai Chadar.

Bayi yang baru lahir dibalut hangat untuk perjalanan sembilan hari kembali ke kampung halaman mereka di Ladakh, India Utara .Gambar-gambar yang ditangkap oleh jurugambar Tim Vollmer dari Iceland .sumber http://www.dailymail.co.uk/










Cendawan busut , bikin mabuk ke?



Kali terakhir balik rumah mak mentua aritu, dah nekad dah nak beli cendawan busut di tepi jalan kat Ijok. Banyak kali dah terlepas~ melepas hihi.Bukan selalu dapat tau ada spesifik time je, kalau kebetulan ada mamat India duk tepi jalan sambil show cendawan tu maknanya ada la la jual dalam 2/3 aritu. Biasanya mmg tak hirau pun sebab saya takut mabuk kepayang makan cendawan busut ni,dulu pernah terkena sekali seminggu jugak loya muntah muntah. Tapi ada sekali tu member tengah pregnant anak pertama duk ngidam menda ni kirim mintak tolong belikan, then dia makan okey je,jadi saya pun kira berani mencuba la Inshallah konfiden la kalau makan ni.



Beli seplastik merah tu, RM10 nampak banyak,tapi bila dah kasi bersihkan..hasilnya banyak tu je [dlm tupperware tu] kira okey jugaklah sebab mmg tahan lama, bila dah bersihkan, packing dlm tupperware simpan dalam peti ais seminggu jugak tahan fresh.Kagum. Sebelum balik aritu saya sempat offer separuh kat mak mentua, sebab aritu nak belikan dia tak mahu.so dia kata ambik 2/3 batang je nak merasa.. haha pastu next week dia datang umah di shah alam,kata nyesal tak beli sedap sangat cendawan tu lemak rasanya.Kann.. dah pekena baru tahu rasanya yang best tu..alhamdulillah makan tak mabuk kepayang , sedap masak tumis dan buat sup cendawan.~ lepas ni wajib beli lagi setiap kali otw balik kampung~

Khasiat Cendawan.
  • Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.

  • Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.

  • Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.

  • Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

sumber http://cendawanglobal.blogspot.com/2009/05/cendawan-kaya-khasiat-dan-nilai.html



Syamsul Yusof bakal Nikahi Puteri Sarah Liyana Februari Ini




Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster,Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini.

Patimah ketika dihubungi mStar Online berkata, majlis merisik telah di lakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara di sini, pada Ahad (semalam) dan kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis pernikahan pada bulan depan atas permintaan Syamsul.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.


"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Patimah berkata, Syamsul, 30, menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah, 28, selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 28 Disember lalu.
Puteri Sarah dirisik oleh keluarga Syamsul dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara pada Ahad lalu.

Kata Patimah, Syamsul memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di tanah suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.


"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

"Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.

Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.

Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebagai ibu dia menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan Syamsul adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Patimah dan Yusof gembira anak mereka akhirnya bakal berkahwin.

Pun begitu kata Patimah, dia senang dengan Sarah yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut dan bersikap terbuka dalam pelbagai perkara.

"Saya lihat juga dia seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.

"Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga," katanya. sumber http://mstar.com.my


Perkahwinan kedua Sharifah Aleya



Sharifah Aleya & Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah selamat diijabkabulkan di masjid al-Mukarramah di Sri Damansara pagi tadi dan majlis akad nikah diadakan secara kecil kecilan.Sharifah Aeya menerima tiga dulang hantaran dari pihak lelaki dan dibalas lima dulang oleh pihak perempuan. Perkenalan mereka bermula sejak sama-sama membuat persembahan teater muzikal Terima Kasih Cinta pada 2011.Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat penyampai radio ini dan perkahwinan Sharifah Aleya sebelum ini dikurniakan anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, berusia lima tahun.





Gambar suami Linda Onn.




Ini dia wajah kacak suami Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn pada 27 Disember lalu selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang.




Sufi dah sekolah, tak meragam dan cool jer~



 PASTI kampung melayu subang,

Alhamdulillah, dah dua hari sufi sekolah di PASTI , hari pertama tunggu sekejap je sebab dia tak menangis, happy sangat pun tak..dia cool aje.. so kami tak risau la kan..syukurlah..hari pertama tu biasalah kan cam kena histeria dalam kelas tu ramai juga yg menangis. tengahari datang tu nak pickup Sufi tengok banyak dah seluar bersidai..hehe ada yg terkencing dalam seluar la tu agaknya. Anak solehah Sufi Insyirah.Ameen. 

Adik Syamim pulak bila kak sufi gi sekolah dia asyik sebut bosan la bosan la..ulang alik tengok upin jap pastu main basikal jap..makan tu makan ni.. yang jadi mangsa kucing dia ..siap masuk dalam bakul bawak kehulu hilir naik basikal..hehe.. bila kak sufi balik pulak terus sakat menyakat..urmm..









Salam Tahun Baru 2014~Mandi waterfall templer park rawang



Assalamualaikum readers, Salam Tahun Baru 2014 semua, lambat sikit la 'berucap' hehe sebab sibuk bak pak menteri.. [kannnn] mmg sekarang nampak gayanya jarang udah lerr kita nak mengupdate belog ya kerana sangat bizi dengan event tahun 2014. 

Permulaan tahun terbaik buat keluarga kecil kami kerana banyak perkara baik berlaku. Cuma satu sahaja perkara penting yg sedang giat diusahakan mmg saya sangat berdoa padaNya agar dapat diselesaikan , terima kasih suami kerana sudi bersusah dan senang bersama saya, 'Allah saja dapat membalas budi baik abang pada saya ' ameen.

Azam tahun ni saya berazam untuk menjadi isteri dan ibu yang lebih baik kerana 'kepimpinan melalui teladan' mahu anak-anak mendapat sikap baik melalui contoh teladan ibu bapanya sendiri, maka saya dan suami berazam untuk menyemai akhlak mulia pada diri kami juga.Saya turut berazam untuk menurunkun berat badan sebanyak 15kg tahun ni,Inshaallah. [ wakaka suami ku sudah kasi gelak]

Sempat la pegi bawak anak-anak mandi waterfall di Templer Park Rawang bersama ipar duai. till then,wassalam.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...