Apa salah anak saya ?
ALOR SETAR – “Apa salah anak saya sehingga diperlaku sebegini?. Anak saya tidak berdosa.”Demikian rintihan Siti Aishah Ariffin, 40, ibu kepada tiga beradik yang disyaki menjadi mangsa pembunuhan kejam sebelum mayat mereka ditemui di dua lokasi di sini pada Sabtu lalu dan kelmarin.Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia sentiasa berdoa supaya pembunuh ketiga-tiga anaknya dapat diberkas dan menerima hukuman yang setimpal.sumber http://www.kosmo.com.my
Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah mereka Jumaat lalu dengan menaiki motosikal Honda Wave milik bapanya untuk ke rumah rakan di Kampung Gelam dekat sini.
Ibrahim memberitahu, walaupun hasil bedah siasat mendapati kematian Nor Syafikah Nadia akibat lemas namun polis menyifatkan ia sebagai kes bunuh kerana kes lemas tersebut dianggap luar biasa.
Katanya, hasil bedah siasat mangsa pertama mendapati mangsa tidak dirogol dan hanya kesan calar dijumpai pada belakang badannya.
"Polis akan melakukan siasatan merangkumi segala aspek dan kita akan panggil ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa. Setakat ini polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Ahmad memberitahu, mayat dua adik perempuan Nor Syafikah Nadia yang berusia 12 dan tiga tahun dijumpai lengkap berpakaian di dalam terusan, dalam keadaan terapung berhampiran kira-kira 200 meter antara satu sama lain di dalam terusan tersebut.
"Mayat dua mangsa masih belum disahkan punca kematian mereka. Bedah siasat akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca kematian dua kanak-kanak ini dan kaitannya dengan kes kematian mangsa pertama iaitu kakak mereka," jelasnya.
Ketika ditanya sama ada alirannya bersambung dengan tali air di Alor Senibong, beliau memberitahu, kedua-duanya tidak bersambung dan terletak jauh antara satu sama lain.
"Tidak mungkin mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air ini tidak bersambung antara satu sama lain," jelasnya.
Ahmad memberitahu, polis turut menjumpai seluar berwarna hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu milik salah seorang mangsa.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pihaknya menemukan motosikal yang ditunggangi mangsa serta adiknya dalam keadaan baik dan berkunci di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari rumahnya malam semalam.
"Siasatan masih dijalankan mengenai punca mangsa meninggalkan motosikalnya di situ," katanya.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51, pula berkata, penduduk yang cuba menjejaki ketiga-tiga beradik itu menemui motosikal mangsa ditinggalkan berhampiran hentian bas.
"Motosikal itu kemudian dibawa pulang sebelum enjin terhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan petrol sejurus sampai di rumah," katanya.sumber http://www.utusan.com.my
JENAZAH Nur Izzati dan Puteri Nurul Akma dikebumikan dalam satu liang lahad di
Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Semela.
|
Remaja lelaki 16tahun direman 4 hari
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di Arau, Perlis, kelmarin bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat tiga beradik, Norsyafika Nadia Rusdi, 14; Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, yang dipercayai dibunuh.
Mayat mangsa ditemui orang awam di dua lokasi berbeza di Alor Senibong dan tali air Padang Petani, di sini, kelmarin dan Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, remaja ditahan itu pelajar sebuah sekolah menengah dan dipercayai kenalan Norsyafika Nadia.
“Remaja itu ditahan jam 11.30 malam (kelmarin) di rumahnya di Arau bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.
Menurutnya, polis sudah mendapatkan perintah reman selama empat hari mulai semalam bagi menahan remaja terbabit dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui sejauh mana perhubungan lelaki itu dengan mangsa.sumber http://www.hmetro.com.my
nauzubillah..kehilangan 3 orang serentak..ibu man boleh terima keadaan itu...
ReplyDelete