Haaa kannn skema ayatnya, pertama kali bawak anak² masuk panggung, syamim dah 2 tahun lebih dan sufi 4 tahun baru rasa nak bawak diorang ni tengok cinema kat MBO di Citta Mall Ara Damansara.Nak tengok apa reaksi diorang tengok movie skrin besar dengan speaker cam hon lori balak tu.. excited la sangat diorang ni, suka sangat sampaikan baru kuar panggung tu dah tanya bila nak tengok lagi..Mmg bagus la dua orang budak kecik ni, mmg betul dia layan story tu, tapi 30minute sebelum story ending diorang mula bosan and jalan sana jalan sini.Next time kena cari movie yg berdurasi pendek je.
Melayan citer Dinosour mmg sesuai sgt utk sufi & syamim yg peminat Dino ni, sampaikan dulu masa kitorang gi Petrosains tempat Dinosour tu kami terpaksa layan diorang berjam² dgn pelbagai segmen dan games ..jadi masa tu mmg byk souvenier dapat.
Mmg lama sgt dah tak tengok wayang ,last kami tengok wayang lama dulu, beberapa hari selepas jadi suami isteri, lepas tu tak layan dah...nape erk? Semalam cuti Cristmas jadi dapatlah kehulu kehilir kannnn.Till then,wassalam.