Assalamualaikum readers, harini baca surat khabar Kosmo , terbaca tentang Ratu Muslimah Dunia 2013, sangat menarik la saya rasa sebab taglinenya adalah 'solehah, bijaksana, bergaya' .
"Syukur kepada Allah yang Maha Besar. Penyertaan saya bukanlah semata-mata kerana pertandingan. Kami hanya mencuba untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu agama yang indah," kata Obabiyi Aishah Ajibola,gadis berusia 21 tahun itu ketika mendengar namanya diumumkan sebagai pemenang Ratu Muslimah Dunia 2013 yang berlangsung di Jakarta bulan lalu.
Obabiyi Aishah memperoleh hadiah wang bernilai Rp.25 juta (RM7,063.43) dan pakej pelancongan ke Mekah serta India. Wanita kulit hitam itu merupakan pelajar jurusan Perancang Bandar dan Wilayah dari Universiti Lagos di Lagos, Nigeria. Beliau menyifatkan penglibatannya dalam pertandingan tersebut sebagai tanggungjawabnya kepada wanita muslim seantero dunia.
yang menarik lagi adalah ,
Sementara menunggu acara kemuncak dimulakan, peserta meredakan debaran dengan menunaikan solat dan membaca al-Quran.
Peserta Ratu Muslimah Dunia 2013 yang berjaya menonjolkan kesederhanaan, memenuhi tuntutan syariat dan menepati tema muslimah mewarnai dunia (Muslim Colors The World) dinobatkan sebagai juara, perbincangan dengan golongan ulama juga dilakukan agar pertandingan tersebut benar-benar mematuhi syariat Islam.
Sejauh manapun penganjuran acara tersebut dianggap cukup islamik, ia tetap dihujani kecaman daripada rakyat beragama Islam di Indonesia.Rata-rata mereka berpendapat pertandingan berkenaan sama sahaja seperti mengeksploitasi golongan wanita cuma dengan cara yang lebih halus. Apa kata anda pula?
sumber http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2013&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
sumber http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2013&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
wah..bagi mun macam bagus je..pkaian pun xla menonjol sgt..
ReplyDeletebagusla kalau niat diorang cuma nak bagi pendedahan mengenai Islam pada dunia....
ReplyDelete