Cashout Nuffnang kali ke 5




Alhamdulillah, cashout Nuffnang kali kelima, tahun ni dah tiga kali dapat cashout Nuffnang, kalau nak compare ngan tahun lepas, mmg banyak beza sebab tahun ni saya malas sangat update blog, tahun lepas income dari Nuffnang lebih masyuk walaupun cuma cashout 2 kali. Tahun ni dapat cashout 3 kali tapi jumlahnya semua sederhana je. Tahun lepas mmg saya terlebih rajin nak naikkan pageviews, kiranya agak berjaya sbb UV memang mencanak sebab tu income Nuffnang pun alhamdulillah,itu tahun lepas. Tahun ni banyak projek lain nak buat haha~

tak banyak, tapi readers suka tengok angka khen, so kita sudi sharing hokey


Lambat sangat cashout betul² tunggu day last ya, kwenk kwenk ini kerana saya harapkan CPUV yg sedang running to ada harapan untuk jadi metered earning atau credited sekali so banyak skit nak cashout, sebab 2/3 hari  ni nampak macam dah stop running, tapi tak jugak... takpelah kita cashout ajelah... hokeylah ada lagi 2 CPUV... jeles nengok blogger lain published on going CPUV yg bertingkek².. takpelah rezeki lain².. bulan Oktober langsung tak dapat CPUV!! maybe esok, atau esoknya lagi, atau lusa tulat , Nuffnang bagilah 10 CPUV kat aiii khen...mana tahu~ rezeki beb.. wakaka till then,wassalam.





Cbox yang merimaskan~





Assalamualaikum readers, dah seminggu dua ni Kotak Cbox saya penuh ngan link spam, rimas rasanya.Mula² tu tak perasan sangat, tapi kalau dah sehari banyak sangat spam masuk berulang ulang hangin jugak kan, sampai kan mesej stalker lain takleh detect dah..agak² la kan..ni sah² auto machine la, sebab dah 3 hari saya pindahkan cbox ni ke draft dalam blog tapi  link spam ni still running berlambak²..muntah hijau! So temporary ni mmg saya hide dulu Cbox ni,urmm camne solutionnya erk..akan haku pikirkan nanti. atau takyah letak terus kannnnnnn







Persiapan cuti-cuti Malaysia~ Sarawak





Assalamualaikum readers, December dah dekat kan, maksudnya anyone yang nak gi vacation or cuti² Malaysia tu suppose dah buat preparation untuk percutian tersebut, macam biasa my small family mmg akan holidays guna FOC ticket  yang kami dapat every year tu,  kalau tak dapat pergi school holidays tengah tahun, maksudnya kami akan pergi yang hujung tahun.  Tak mahu sia² kan FOC ticket tu kan nanti kerugian haha~ so perancangan rapi HARUS siap at least sebulan sebelum pergi hokey.

Awal December ni kami dah decide nak flight ke Sarawak, honestly ni 1st time saya dan anak² nak kesana, tapi my Hasben dah banyak kali, so tak risau sangatlah kan.Tapi still kena ready jugak, sebab school holiday plus weekend means Season Peak, semua tahu segalanya akan jadi crowded, mahal and what so ever. Takut juga tak dapat hotel, transport and Flight problem. Aritu mmg plan nak ke Jakarta sekali ngan my MIL dan adik² ipar, tapi cancell sebab MIL ada hal lain nak settlekan.

Tak sabarnya nak menjelajah Sarawak~
Firstly, hal ticket dah clear.. semestinya MAS pilihan kami, so far my husband dah booked siap² tapi seat kena depan belakang  tak dapat one row, hokey takpelah..sekarang sedang survey untuk Hotel pulak, nak price yang sederhana je sebab ini bukan percutian mewah pun, sederhana je~ haa Islam suruh bersederhana kan..[hehe padahal poket kopak kwenk kwenk ~ bajet nak gi holidays haha]

Transport sedang difikirkan, mungkin drive, sewa kereta  atau mungkin kita akan call member yang duk sana kalau available, part paling best and ni mmg job aii la kan, cari tempat² menarik untuk dikunjungi.. sedang godek godek  web Sarawak Tourism cari yang menarik, so bulan ni aii dapat multi tasking , terpaksalah sebab mahukan percutian yang 'menjadi' maksudnya seronok dan segalanya berjalan lancar! Dah terliur Laksa Sarawak beb~

Nak berjalan jauh maksudnya, aii kena beli baju dan kasut yang paling selesa, honestly aii suka pakai palazo dan kasut  wedges semestinya, senang nak kejar anak²  yang ter hyper tu nanti.. haha macam biasa, mmg tak sempat nak outing untuk shoping sebab banyak sangat nak siapkan  tempahan customer dan melayan keperluan anak², my husband pulak asyik onduty je, weekend pun keje.. so solutionnya Online shoping  je kat  Zalora Malaysia  , banyak pilihan dan harganya berpatutan.


Hopefully percutian kali ni menyeronokkan untuk anak² terutamanya, siapa ada suggestion tempat menarik di sarawak, bolehlah share ya.. tak sabarnya nak menjelajah Sarawak ,till then,wassalam.




Wordless Wednesday #38









Takwim Rasmi Cuti Sekolah Sesi Persekolahan 2014




Takwim rasmi cuti sekolah sesi persekolahan 2014 KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan jadual sesi persekolahan untuk tahun 2014. Berikut adalah takwim cuti sekolah bagi setiap negeri yang dikategorikan dibawah kumpulan A dan Kumpulan B.


KUMPULAN A :

Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu








KUMPULAN B

Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya







Baca lagi menarik : 




Kalendar Cuti Umum Malaysia 2014

Gambar mizznina bertudung





Cantik kan Mizznina berhijab sempurna, isteri  Noh Hujan ni kini berhijab selepas kembali dari menunaikan ibadah haji.Alhamdulillah.




Baca lagi menarik :





(VIDEO)Gimik Lamaran Fizo Omar Kepada Mawar Abdul Karim





Pelakon Fizo Omar bakal bernikah dengan anak perempuan kepada pengasas tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim pada 10 November ini. Sebelum itu, mereka akan bertunang pada 9 November. Semalam, pelakon itu telah membuat gimik lamaran kepada Mawar di Cathay Cineplex e@Curve. Video ini turut menampilkan Mia Sara dan rakaman perbualan Fizo dengan bakal ibu mertuanya serta lamaran Fizo kepada Mawar di hadapan orang ramai.sumber http://beautifulnara.com/








Diana Amir pengantin paling cantik~




Gambar majlis pernikahan pelakon Diana Amir dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Hantaran yang diterima oleh Diana ialah senaskhah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1000.sumber http://beautifulnara.com

Saya suka sangat tengok majlis Diana ni bertemakan crystal garden , sangat sweet dan rasanya Diana adalah pengantin paling cantik pada pandangan mata saya, saya dah mula berangan nanti majlis kahwin anak dara saya mestilah sangat sweet macam ni, sambil sentiasa berdoa anak dara saya Sufi Insyirah nanti jadi wanita solehah beroleh suami soleh , ameen.tapi saya baru tersedar, anak saya baru nak masuk 4 tahun~ ekeke



cantiknya pasangan ni,semoga bahagia dunia akhirat, ameen



Gambar Ashraf Muslim dan Wan Sakinah bersanding





Majlis persandingan Ashraf Muslim dengan isteri keduanya, Wan Sakinah. Sakinah yang kini disahkan hamil memang jelas nampak wajah mengandungnya kan.. hehe. Ashraf Muslim pula seperti biasa memang sentiasa segak. Tidak dapat sahkan di manakah majlis persandingan ini dijalankan. sumber http://beautifulnara.com







Ikan dori masak lemon~





Assalamualaikum readers, mood memasak pagi ni, tapi yang simple² saja sebab nak rush,just nak bagi anak² isi perut sebelum kami keluar, yang sebenarnya my hasben kena on duty 48hours sabtu ahad ni,jadi kami bertiga pun nak menyibukkan diri juga, sambil ayah keje kami akan check in kat company hotel melepak sambil golek²..boleyy ke giteww.. boley yayang kata my hasben~ nanti midnite baru kita gi outing².. bosan duk bertiga je, jadi sayang anak bini bukan tinggal² kan tapi bawak² khen.. ekeke ikut suka ati aiii  jerr wakaka..

One day tu kami gi attend wedding jiran kat kampung my mom, ada menu ikan dori lemon, mak kau jakun ni 1st time makan ikan dori, kebetulan tengah kebulur, rasanya sangat okey lah, My hasben selalu cakap ikan dori tak sedap, so time ke Giant beli satu pek and cakap kat hasben, kita tengok nanti sedap ke tak masak lemon wifey hokey~ jom masak Ikan dori masak lemon , ikan dori ni boleh dapat di bahagian sejuk beku di Giant atau Tesco ya.





Sup Cendawan feveret kami sekeluarga~ sesuai ngan aiii yg tengah berdiett kwenk^


My camim yg suka makan sambil nonton upin~

Resepi Ikan Dori masak Lemon

Untuk Ikan
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Bawang putih
Tepung jagung


Untuk Sos Lemon
3 sb jus lemon
2 sb gula
300ml  air bersama stok pati ayam
1 sk tepung jagung
2 keping hirisan buah lemon
Sedikit pewarna kuning 
Sedikit garam


Ikan dori yang saya beli ni mmg dah dlm bentuk fillet, mmg dah bersih dan kurang hamis, tapi saya cuci juga sedikit guna cuka kemudian bersihkan guna air.Potong ikan dalam bentuk kecil/dadu kemudian perapkan seketika ikan tersebut dengan bawang putih yang ditumbuk, blackpeper dan garam secukup rasa.Kemudian golekkan atas tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak supaya warnanya cantik dan kekuningan. Dah siap goreng ketepikan dahulu.



Untuk sos lemon pula,kacau tepung jagung dengan air rebusan ayam supaya tidak berketul.Kemudian masukkan semua bahan lain .Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan masukkan dan kacau bahan tadi di atas api yang perlahan.Masak hingga berkilat dan sedikit pekat. Tuangkan sos lemon atas ikan ketika hidang untuk dimakan.Selamat mencuba~




Ya ALLAH lindungi kami dari fitnah kehidupan dunia~




*entry yang saya copy paste dari facebook  Datuk Dr Maznah Hamid [antara idola saya, beliau selalu berkongsi pengalaman dan quote yang memberi inspirasi]


YA ALLAH LINDUNGI KAMI DARI FITNAH KEHIDUPAN DUNIA

Ya Allah, selawat sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dengan berkat berselawat ke atasnya akan menyelamatkan kami daripada seluruh kesukaran dan kebinasaan dan menyempurnakan semua dengannya semua hajat kami, juga membersihkan dengannya daripada semua kejahatan dan mengangkatkan kami dengannya di sisi-Mu setinggi darjat dan membolehkan kami mencapai tinggi matlamat semua kebajikan ketika hidup juga selepas mati.


Ya Allah, selawat sejahtera juga ke atas keluarga, sahabat baginda dan kesejahteraan yang banyak kepada mereka semua dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang maha mengasihani daripada segala yang mengasihani.



Ya Allah, anugerahilah kami kemampuan memanfatkan pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami dalam jalan Engkau redhai . Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, kami bermohon demi kekuatan dan kuasa-Mu- kiranya Engkau menganugerahi kami kekuatan dan kemampuan dari kekuatan dan kuasa-Mu itu sehingga menyentuh semua potensi lahir dan batin kami serta anggota badan kami. Dengannya kami mampu dan kuat melaksanakan apa yang Engkau wajibkan kepada kami. 



Ya Allah, Kepada Mu jua kami berserah. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat Mu dari angkara kaum yang kafir.



Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. Ya Tuhan ku, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah dan peliharalah kami juga dari membuat fitnah.



Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur, aku berlindung kepada Mu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepada Mu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian, dan berlindung kepada Mu dari al-masih Dajjal.



Hanya kepada Mu kami bersujud dan berserah.



Amin...Amin..Amin Ya Allah!






[ Ngeri ] Guna kaki sendiri umpan Anaconda~




Tadi kan, dok godek² You Tube, jumpa video menarik plus plus ngeri ni. Adeii lelaki ni tangkap Anaconda dengan cara menggunakan kakinya sendiri sebagai umpan. Haha ada brannn? masukkan kaki sendiri dalam lubang ular tu kasi di ngap ngap euwwww layanz








Taubat




Taubat by Opick

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku






Besar nanti nak jadi robot~



Assalamulaikum readers. bosan rasanya dua tiga arini, ada projek buat rumah baru betul² kat belakang rumah ni, pintu dapur belakang tu muat² je nak bukak dah..gelap dan berhabuk , habuk simen, kena lap everyday ,bertambah level kerajinan la pulak~ yang paling best tu selipar² kat luar tu sume kena tempias simen ..bertambah cun la kiranya ada polka dot euuuu sabo je haku tawww


Apa ke motip bubuh gambo anak banyak², macam nak advertise jual anak,zaman sekarang kau..jual anak beli iPhone..boleh gitewww..hehe anak saya bukan untuk dijual, kan ini entri takde motip..saja² la hilangkan kebosanan.. 

Malam tadi khen, naik geram ngan camim ni, dia duk main lari² atas meja, then dengan selambnya dia pijak laptop tu dua tiga kali round, dengan geramnya ibu dia ni pun bagi tepukan manja² kat peha dia..hah kau meraung.. cuak jugak ni,terkuat sgt ke tepukan manjaku..hehe.. kasi cek sikit takde pun merah ke bengkak ke..ishk ngade betul budak ni..

Camim ni masih menyusu badan, walaupun dah 2 tahun lebih, manja jgn citelah.. asyik nak peluk je kejenya..kalau ibu  marah dia ngan manjanya kiss ² ibu sambil cakap ' sayammm ibu'  maknanya sayang ibu , sometimes ' dia salah sebut ' sayammm ayammm' maknanya sayang ayam kfc wakaka nak je haku pelempang .. lempang ayam kfc ye~


So kalau dia nanges buat² tan tu, ibu pun peluk sambil²tanya camim, 'camim besar nanti nak jadi hape sayang?' camim dengan konpidennya jawab " nak di obot !'  maksudnya nak jadi robot. hah hamek ko penangan cite Ironman, feveret camim ni nonton Ironman..makanya ibu telah mengharamkan Ironman ditayangkan dirumah dengan serta mertanya.


Dah sampai masanya tukar ambition , pagi ni tanya ' Camim besar nak jadi hape ? ' dia jawab ' nak di pelot ' hahaha.. jadik la tengah malam tadi punya training siap simulation  masuk jugak dalam pale dia, maksudnya nak jadi PILOT, sepuluh kali ibu kasi ajar baru melekat.. ameen,Inshaallah.Sayang anak ibu.





Tiada duka yang abadi







Tiada duka yang abadi
by Opick

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini




Ratu Muslimah Dunia ~solehah, bijaksana, bergaya.






Assalamualaikum readers, harini baca surat khabar Kosmo , terbaca tentang Ratu Muslimah Dunia 2013, sangat menarik la saya rasa sebab taglinenya adalah  'solehah, bijaksana, bergaya' .

"Syukur kepada Allah yang Maha Besar. Penyertaan saya bukanlah semata-mata kerana pertandingan. Kami hanya mencuba untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu agama yang indah," kata Obabiyi Aishah Ajibola,gadis berusia 21 tahun itu ketika mendengar namanya diumumkan sebagai pemenang Ratu Muslimah Dunia 2013 yang berlangsung di Jakarta bulan lalu.

Obabiyi Aishah memperoleh hadiah wang bernilai Rp.25 juta (RM7,063.43) dan pakej pelancongan ke Mekah serta India. Wanita kulit hitam itu merupakan pelajar jurusan Perancang Bandar dan Wilayah dari Universiti Lagos di Lagos, Nigeria. Beliau menyifatkan penglibatannya dalam pertandingan tersebut sebagai tanggungjawabnya kepada wanita muslim seantero dunia.

yang menarik lagi  adalah , 

Sementara menunggu acara kemuncak dimulakan, peserta meredakan debaran dengan menunaikan solat dan membaca al-Quran.





Peserta Ratu Muslimah Dunia 2013 yang berjaya menonjolkan kesederhanaan, memenuhi tuntutan syariat dan menepati tema muslimah mewarnai dunia (Muslim Colors The World) dinobatkan sebagai juara, perbincangan dengan golongan ulama juga dilakukan agar pertandingan tersebut benar-benar mematuhi syariat Islam. 

Sejauh manapun penganjuran acara tersebut dianggap cukup islamik, ia tetap dihujani kecaman daripada rakyat beragama Islam di Indonesia.Rata-rata mereka berpendapat pertandingan berkenaan sama sahaja seperti mengeksploitasi golongan wanita cuma dengan cara yang lebih halus. Apa kata anda pula? 
sumber http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2013&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm



Gambar bahagia keluarga Abby Abadi dan Norman Hakim beraya bersama.






Tiada lagi kontroversi yang melanda pasangan ini. Hubungan  Abby Abadi dan Memey Suhaiza juga semakin baik. Mereka berdua telah menyambut Hari Raya Aidiladha bersama-sama baru-baru ini. Cool kan? sumber http://beautifulnara.com







Larangan 'sombong diri' dalam Islam.



gambar sumber Google

Assalamualaikum readers, salam Jumaat di Aidil Adha, pernah tak makan hati dengan sikap sombong seseorang ? Lebih² lagi dengan orang terdekat. Kalaulah si polan tu memang bagus dari segala segi pun, bila sombong salah satu perangainya, kita masih rasa polan macam ni ZERO. Semenjak dua menjak ni saya asyik bertemu hamba Allah ni, memang kita boleh respect dengan penampilannya yang Muslimah sejati, ahli syurga Inshaallah, tapi aduhaiii kenapa bila bercakap busuk betul, sentiasa menyindir untuk menyakiti perasaan orang lain, bercakap besar dan bangga diri dengan ibadah yang dikerjakannya. Bukan sekali dua berlaku, tapi sentiasa sepanjang masa. Sikap macam ni, walaupun menyakiti hati kita,tapi buat saya selalu muhasabah diri. Buat saya ingin perbaiki diri saya setiap masa.Menyedarkan saya bahawa penampilan bukan satu bukti perangainya cantik.Allahuakbar, dunia harini,macam² manusia ada, jadi berwaspadalah,sama² kita perbaiki diri sendiri untuk mendapat redha Allah,Inshaallah.

Mari baca Printscreen dari http://kisah-bumi.blogspot.com/2012/09/jenis-jenis-sombong-yang-dilaknat-allah.html untuk renungan dan peringatan bersama.






Menang lagi ~Round 4 Mister Potato Winner




Alhamdulillah, menang lagi .Last time saya ada buat entry Menang Round 2 peraduan Mister Potato, kali ni menang lagi. oppss bukan saya,takkanlah my name naik 2 kali khen, this time my hubby plak.. nama naik untuk Round 4, rezeki tu. sebenarnya kami join contest mudah ni sebab hadiah kena collect sendiri, kami tak kisah sebab HQ Mister Potato ni dekat sangat ngan umah kami haha.. tu diaaa so takyah jenjalan jauh2 nak collect hamper. You alls nak join jugak klik je kat banner Mister Potato kat sidebar atas tu ya.gud luck. Till then,wassalam.





Gambar terbaru Serina Redzuan dan family~





Serina kini jarang berlakon kerana terlalu sibuk mengusahakan 4 perniagaannya iaitu Cosway Farmasi, Restoran Char Koay Teow Simply Delicious bersama sahabatnya, Anggun Serina dan produski YKS Film Makers Sdn Bhd.Gambar terkini Serina Redzuan bersama keluarganya, suami Salahuddin Ghaffar, anak lelaki, Tristan Tareef dan anak perempuannya, Isabella Saffiya .sumber http://www.hmetro.com.my



Cerita berkaitan :

Sahabat kesayangan kami~




Kak cupi ~ Adif ~ Camim , haha lucunya diorang tengah ber taaruf la tu malu²
Petang raya aritu akhirnya sampai jugak kami kat rumah kawan baik kami ni,lama sangat dah tak jumpa, since my friend Ajieb dan Aya kahwin kami tak jumpa, dulu tak dapat attend wedding diorang sebab time tu saya melahirkan si camim ni, pastu diorang terus pindah KLIA tu yang tak bertemu lagi tu,tapi still keep in touch teknologi ada kan.Ni yang teringin sangat jumpa si Adif ni, anak tunggal diorang ni..dah setahun lebih baru dapat ziarah..kebetulan rumah diorang dah dekat ngan kampung my mom, so otw balik shah alam tu kami redah terus.Diorang. cakap tak dapat cuti raya so tak dapat balik Johor, dengan kesiannya kami pun menyibukkan diri beraya rumah diorang haha.

Family Ajieb, adif, aya
Ajieb ni , langsir kahwin saya dulu dialah yang jahitkan , kami selalu panggil dia 'banggali carpet' sebab dulu dia technician di Carpet Bay di MAS, saya pulak kat Seat Bay sebelah je ngan tempat dia, time baru masuk keje sume hal dia yang bantu, kebetulan wife dia Aya ni housemate saya time kami single dulu, semoga mereka sekeluarga bahagia kekal bawa ke syurga ameen, semoga persahabatan kami kekal selamanya,Inshaallah.




Gambar anak Ariel Zafrel dan Wawa Zainal ~Ahmad Fakharuddin Attar




Wawa Zainal berkongsi wajah comel anak sulungnya yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar di laman Instagram.Tindakannya itu telah menarik perhatian ramai peminat yang sememangnya menanti untuk melihat wajah bayi lelaki tersebut.





Walaupun gambar berkenaan diambil dari sudut tepi, namun kecomelan si kecil cukup terserlah dengan hidung mancung dan kulit cerah yang diwarisi dari kedua ibu bapanya.Tiga hari lepas juga Aeril ada berkongsi foto anaknya namun sekadar gambar tangan sahaja yang didedahkan, semoga kebahagiaan mereka sekeluarga terus berkekalan tanpa sebarang kontroversi lagi.sumber http://www.ohbulan.com


Terkini Aeril Zafrel berkahwin dengan Ummi Nazeera , betuii ka ?

Wordless wednesday #36




Terbaek~ Lemang Warisan Pak Ali Gombak





Salam Eid ul Mubarak 1434H | 2013M




Salam eid ul adha kepada muslimin muslimat, semoga apa jua pengorbanan yang kita lakukan hanya untuk Allah SWT , Makna pengorbanan amat luas dam mendalam , hayati bersama,ameen.

Raya haji ni saya balik kampung mak saya di Banting, Selangor. Suami cuti sehari sahaja so tak dapat balik rumah mak mentua.Biasanya raya haji memang family saya sambut sederhana dan tak semeriah Raya Puasa, till then,wassalam.







Besarnya buah labu~






Ini labu raksasa yang bakal mendapat rekod di UK selepas berat dan saiznya meningkat hampir sama dengan berat sebuah kereta bersaiz kecil. Petani Mark Baggs telah menghabiskan banyak masanya untuk bercucuk tanam bagi mendapatkan labu gergasi selepas menanam ia dalam polytunnel 500ft enam bulan lalu.

Beliau menganggarkan ia kini mempunyai berat £ 1500, sama seperti kereta Smart, tetapi dia berharap ia akan memecahkan rekod UK £ 1504 .sumber http://www.dailymail.co.uk








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...