Saksikan satu lagi filem sempena Raya 2013 dari Petronas. Tak mengecewakan!





Dah tengok iklan raya Petronas tahun ni ? jom tengok sini , memang best ~filem sempena Raya 2013 dari Petronas :







filem sempena Raya 2013 dari Petronas

Cantiknya Lavender~










beautiful lavender at Cadwell Farm in Hitchin Hertfordshire,Britain  source http://www.dailymail.co.uk



[TAHNIAH] Gambar majlis pernikahan Hattan dan Arianie.





PUTRAJAYA 24 Julai - Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya.



Pasangan tersebut selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz pada pukul 6 petang dalam satu majlis ringkas yang diadakan bertempat di Marriott Putrajaya di sini semalam.
Pasangan itu disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.Hattan dan Arianie sebelum ini pernah bernikah pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman sebelum berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005. - sumber UTUSAN ONLINE Lagi gambar sekitar majlis pernikahan Dato' Hattan dan Arianie sumber http://beautifulnara.com dan  REDPhotography











Gambar majlis pernikahan Hattan  nikahi Arianie bekas isteri; hattan kahwin arianie, gambar kahwin artis, hiburan, gosip artis, 

Ini dia gambar baby boy Prince William & Kate Middleton.





Selepas 26jam dilahirkan, Prince William dan isterinya Kate Middleton akhirnya memperkenalkan bayi lelakinya yang  bernama George Alexander Louis kepada umum.Bayi ini dilahirkan di Hospital St Mary di London tempat yg sama 31 tahun lalu ayahnya, Prince William dilahirkan. pada tarikh 21 Jun, 1982. sumber http://www.dailymail.co.uk






gambar bayi prince william dan kate middleton, gambar bayi comel, bayi diraja britain, The Duke and Duchess of Cambridge have named their baby son George Alexander Louis nama anak prince william dan kate middleton ialah George Alexander Louis





Salam Ramadhan al -Mubarak | Waktu Berbuka Puasa Dan Jadual Imsak 1434H/2013M





Assalamualaikum readers, harini taip keyboard sambil tsob tsob, hidung sumbat tekak perit dan kepala pusing²~ sekali harung ngan anak² demam ringan. Tapi nak ber-entry Ramadhan jugak, walaupun hadooo  nak jugak  tu ye tsobbbbbb

Sedih ku sedih kerana tak dapat sahur dan bukak pose ngan my mom, takpelah maybe lambat² nanti dapat jugak balik kampung..bukan hape, perasaannya stay di SA ni tanpa sedara mara sahabat baik dan hanya sebatang kara memanglah sendu lendu kau... seb baik ada my hasben, si anak dara dan si anak bujang pengubat hati lara.Kita gembirakan hati dengan keluarga kecilku.Wajib bersyukur dengan apa seadanya Allah bagi, dan abaikan segala yang tak penting~ contohnya kenapa aku sebatang kara disini dan raya nanti kena balik rumah mak mentua dulu~ hado hado tsobbbb 

Salam ramadhan yg mulia dan selamat berpuasa kepada semua readers, maafkan salah silap terkasar bahasa secara sengaja atau tidak...Impian saya, mahu  melaksanakan ibadah puasa tahun ini dengan penuh khusyu' dan tawadu' ,Insha'allah.

Dengan ini disertakan Waktu Berbuka Puasa Dan Jadual Imsak Tahun 2013 bersamaan dengan 1434 Hijrah atau sila layari laman web JAKIM. 


Waktu Berbuka Puasa Dan Jadual Imsak 2013



Waktu Berbuka Puasa Dan Jadual Imsak Tahun 2013 bersamaan dengan 1434 Hijrah

Sinopsis drama Demi Dia lakonan Elfira Loy dan Zoey Rahman.





Sinopsis drama Demi Dia
Menyusuli ‘Teduhan Kasih’, slot drama TV3, AKASIA bakal mempersembahkan sebuah karya hebat terbitan Ace Motion Sdn Bhd menerusi drama rantaian ‘Demi Dia’ bermula 3 Julai 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang.

Kehebatan Cinta… Diracuni Oleh Darah Daging Sendiri… Jiwa Terhukum Menanggung Duka. Tonton Demi Dia bermula 3 Julai 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang. 



Drama bersiri 24 episod nukilan skrip dan diarahkan oleh Aziz M Osman, menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zoey Rahman (Zack), Elfira Loy (Azura), Dynas Mokhtar (Wanda), Amar Baharin (Nazri), Usop Wilcha (Tan Sri Puteh), Erma Fatima (Mak Su), Kishmar Johar (Puan Saodah), Niena Baharun (Shiela), Leyla Krisya (Merry), Shasha Al-Khred (Fana), Geofrey Perrin William (Eddy), Kamal Kamaruddin (Amer), Salleh Ahmad (Dato’ Taha) dan Iellyas Fietrie (Azrul).

Zack merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari. Perkahwinan Zack dengan Azura ditentang oleh Tan Sri Puteh (bapa Zack) kerana menganggap Zack tidak mampu menjadi khalifah dalam keluarga. Tan Sri Puteh terpaksa bersetuju namun dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur. Atas arahan Tan Sri Puteh, Wanda (kakak tiri Zack) perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura.

Wanda mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan kebahagiaan anak saudaranya.

Berjayakah rancangan dajal Wanda itu? Dapatkah Tan Sri Puteh memisahkan Zack dan Azura? Mungkinkah memori Zack bakal kembali dan segala rahsia akan terbongkar? Bagaimana takdir cinta Zack bersama Azura? Saksikan drama bersiri baru, Demi Dia menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 3 Julai 2013, semestinya di TV3!

Penonton yang terlepas menyaksikan Demi Dia boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. kredit budiey.com

Sinopsis drama Demi Dia, hiburan, gosip artis, sinopsis, gambar terkini elfira Loy, gambar terkini Zoey Rahman

Kadar Bayaran Zakat Fitrah di Selangor tahun 2013






Kadar harga Zakat Fitrah di Selangor tahun 2013, RM7

Kadar bayaran zakat fitrah untuk umat Islam di Selangor pada tahun ini kekal RM7, menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Penetapan kadar itu dilakukan selepas mengambil kira harga semasa beras. 
Dalam pada itu, bayaran zakat fitrah boleh dibuat kepada amil di masjid dan surau, selain di 24 kaunter LZS yang ditempatkan di kompleks beli-belah



Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim
Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Syarat-syarat umum wajib membayar zakat

i. Islam
ii. Merdeka
iii. Milik Sempurna
iv. Cukup Nisab
v. Genap Setahun

Kadar harga Zakat Fitrah di Selangor tahun 2013. islamik, informasi, berita semasa, kadar zakat fitrah,kaedah dan waktu pembayaran zakat fitrah,syarat wajib bayar zakat

Sinopsis drama Autumn Dihatiku







Sinopsis drama Autumn Dihatiku
Tonton akan menyiarkan sebuah drama bersiri sulung untuk tontonan secara global. Komedi romantik, AUTUMN DI HATIKU yang diinspirasi daripada fenomena K-Pop bakal ditayangkan bermula Rabu, 3hb Julai 2013 menerusi laman Tonton dengan dengan 3 episod harian bermula seawal 12 tengah hari.

Merupakan antara drama bersiri di Tonton paling awal ditayangkan, AUTUMN DI HATIKU diarahkan oleh MJ Woo dan Edmund Yeo menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, pelakon utama Vanila Coklat Aiman Hakim dan ramai lagi.

Tonton Siaran Drama Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung akan disiarkan pada jam 12 tengahari. Sebanyak 28 episod berdurasi 3 hingga 5 minit dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.



AUTUMN DI HATIKU berkisar tentang Nina (Hanez Suraya), yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Nina hidup dalam dunia K-Popnya tersendiri; tampil seperti gaya aktres Korea lengkap dengan solekan serta fesyen rambut mengikut gaya bintang kegemarannya selain turut cuba mempelajari bahasa Korea.

Bersama dengan rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah), Nina begitu obses dengan drama Korea; malah sering bercerita tentang jalan cerita yang ditontonnya selain mengajuk lakonan bintang yang diminatinya ketika waktu lapang. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah mengubah segalanya. Kehadiran Autumn di Malaysia kerana urusan perniagaan telah mencuri perhatian Nina. Nina yang malu-malu mulai jatuh hati kepada Autumn yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Segala tindakannya gagal mendapat perhatian Autumn, namun Nina kembali teruja apabila mengetahui rakan sekerjanya Zidick (Aiman Hakim) pernah tinggal di Korea semasa remaja dahulu dan tahu segalanya mengenai negara tersebut. Tanpa berfikir panjang, Nina mendapatkan bantuan Zidick dan cuba memenangi hati Autumn.

Nina dan Jaja juga terpaksa berhadapan dengan kerenah Kai (Anas Ridzuan), anak kepada tuan rumah sewa mereka. Kai seringkali mengusik, malah mengenakan Nina dan Jaja; antaranya berlakon sebagai penyampai radio dan mengumumkan yang kedua mereka memenangi percutian percuma ke Korea, semata-mata untuk memalukan mereka.

Nina pula terus gagal dalam cubaannya menggoda Autumn. Enggan berputus asa, usaha Nina akhirnya mula membuahkan hasil. Autumn mulai menyedari kehadiran Nina. Tanpa pengetahuan sesiapa, Zidick turut menaruh perasaan terhadap Nina. Manakala Nina yang semakin banyak menghabiskan masanya bersama Zidick, mulai sedar yang dia semakin mengenali jejaka itu walaupun telah bekerja bersama-sama semenjak tiga tahun lalu.

Adakah Nina akan temui cinta sejatinya? Siapa pilihan hatinya? Zidick, Autumn atau jejaka lain?

Saksikan AUTUMN DI HATIKU menerusi Tonton mulai 20hb Jun – 17hb Julai 2013, episod baharu setiap hari bermula 12 tengah hari di www.tonton.com.my/autumndihatiku. Daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua.

Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.kredit budiey.com


Nak cerita pasal duit $$$$$$$$




Assalamualaikum readers, harini selamat terima duit cashout dari 8share ,  Yang ni dah tak ingat kali keberapa cashout maybe kali ke 7 atau 8, Alhamdulillah.  8share juga dah letak TOTAL CASHOUT TO DATE kat page dia.Automatik kita boleh tahu  berapa amaun kita untung dari sini.Nak jugak duit poket macam ni ? daftar percuma sini ya.



Inilah amaun yg saya terima sepanjang saya shared iklan mereka. Kalau tak silap sejak bulan Jun tahun lepas.Pagi ni lihat akaun Nuffnang pulak ada terima CPUV baru, terima kasih juga kat Nuff ya,



walaupun sekarang lebih kurang je melayan iklan-iklan ni ,sebab masa melayari internet dah semakin sempit, ada kerja lebih penting mesti focus,termasuk menyiapkan diri utk kembali bekerja secara formal paling lewat awal tahun depan.Anak bongsu dah hampir habis kontrak breastfeeding,jadi saya rasa perlu buat persediaan mental utk bekerja semula. Juga lebih focus pada basic learning utk anak sulung dan sibuk research preschool mana yg sesuai dan termampu, mmg ni pengalaman pertama kami suami isteri survey preschool, wow mmg agak mengejutkan sebab proses ni pun agak meletihkan.Tak sangka~ lebih kurang sama penatnya macam kami survey cari rumah untuk dibeli.Serius.Perkara yg melibatkan duit memang meletihkan. Lagi nak fikirkan faktor jarak, masa dan yang lain-lain lagi.


Nak mengadulah pada yg sudi baca hehe Siapa dah pernah cashout BLIN.GD ni, dah hampir 3 bulan jugaklah saya request cashout ni,tapi belum ada tanda-tanda positif pun, verified email pun tak terima ~ nak kata email dah berpuluh kali,serius tak pernah reply,agak mengecewakanlah sebab ni pengalaman pertama saya cashout. Referrals pun dah masuk banyak tu yang worried tu takut dia tak bayar, tempias kat referral ni jugak kan..sometimes kempen yg masuk pun banyak masalah tak boleh click share dan amaun yg mengelirukan. Semua email tak berjawab ... camne tu? macam dah agak fedup la ngan BLIN.GD ni,cam nak abaikan je lepas ni..tak mahu join lagi...siapa ada pengalaman sila share ngan saya hokey~ 


till then,wassalam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...