Bedak Tate Tanaka by D.E.A Nora Danish yang ngetops~







Assalamualaikum readers, dalam minggu ni rasa juling mata bila bukak facebook, bersepai sepah gambo Nora Danish dengan bedak sejuk Tanaka nya tu. Dah ari ari menengok iklan tu,terpedaya jugak akhirnya, lagik modelnya aka ownernya  mmg cun,tepek ngan bedak cam antu pun masih kelihatan cun..kipas betoii aku ni..hehe  Memang dapat sambutan hangat, oleh kerana terpedaya dengan kuasa iklan, maka saya surf dan cari harga paling berbaloi baloi,sebab harga dia memang berbeza,kenalah pandai pilih yg murah tapi ori.Kebetulan pulak mmg tengah tingin nak pakai bedak sejuk.Apa itu bedak Tate Tanaka Nora Danish ni ya?


BEDAK SEJUK TATE D.E.A ( DANISH EMPIRE ASSOCIATION).. Rahsia kulit cantik & gebu Nora Danish & Family..Nora Danish satu family dah guna bedak ni dan jadikan amalam..spt yg semua maklum mak nora danish ni kan orang Myanmar so Originated from Myanmar. Fungsi Tate ni mcm bedak sejuk..Di Malaysia, TANAKA tidak begitu meluas penggunaan nya namun antara produk yang berasaskan tanaka adalah Bio Essence.
D.E.A (Danish Empire Associates) iaitu syarikat milik keluarga pelakon terkenal, Nora Danish telah memasarkan produk bedak tanaka ini. Malah,Nora sendiri menggunakannya..


Bedak Tate by D.E.A (Danish Emphire Association) diperbuat daripada kayu tanaka yg sangat berkesan untuk:

- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation

Bedak ni bau lemon..sejuk je rase bile pakai..kalo cuci muka rase licin je pastu..daki2 pun blh tanggal time kita gosok nk cuci muka..mmg best!! Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk.

Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Sesuai untuk lelaki dan wanita...dewasa dan kanak-kanak.


3 comments:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...