Si bayi kembar Gorilla yang comel~
Kembar Gorilla yang sangat jarang berlaku, terutamanya dalam kurungan , sepasang bayi jantan dan betina ini dilahirkan semalam di Zoo Burgers 'di Belanda .Ibu Gorilla biasanya hanya melahirkan satu bayi setiap empat tahun, jadi N'Gayla, ibu gorilla ini amat bahagia dengan kembar beliau.Ibu berusia 20 tahun ini juga sudah mempunyai tiga anak. sumber http://www.dailymail.co.uk
Kasihan sungguh kuda ni ~
Kasihannya, lihat hidung si Bambi~ kuda berusia 10 tahun ni, Bambi bernasib malang telah ditembak dengan busar bersaiz 20 inci pada hidungnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Doktor haiwan mengesahkan Bambi terselamat dan bernasib baik kerana hanya terkena 4 inci panah tersebut,kuda malang tersebut telah ditemui oleh orang ramai di Barnsley. sumber http://www.dailymail.co.uk
Sinopsis drama Teduhan Kasih | Slot Akasia TV3
Sinopsis drama Teduhan Kasih di Slot Akasia TV3
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.
Bedak Tate Tanaka by D.E.A Nora Danish yang ngetops~
Assalamualaikum readers, dalam minggu ni rasa juling mata bila bukak facebook, bersepai sepah gambo Nora Danish dengan bedak sejuk Tanaka nya tu. Dah ari ari menengok iklan tu,terpedaya jugak akhirnya, lagik modelnya aka ownernya mmg cun,tepek ngan bedak cam antu pun masih kelihatan cun..kipas betoii aku ni..hehe Memang dapat sambutan hangat, oleh kerana terpedaya dengan kuasa iklan, maka saya surf dan cari harga paling berbaloi baloi,sebab harga dia memang berbeza,kenalah pandai pilih yg murah tapi ori.Kebetulan pulak mmg tengah tingin nak pakai bedak sejuk.Apa itu bedak Tate Tanaka Nora Danish ni ya?
BEDAK SEJUK TATE D.E.A ( DANISH EMPIRE ASSOCIATION).. Rahsia kulit cantik & gebu Nora Danish & Family..Nora Danish satu family dah guna bedak ni dan jadikan amalam..spt yg semua maklum mak nora danish ni kan orang Myanmar so Originated from Myanmar. Fungsi Tate ni mcm bedak sejuk..Di Malaysia, TANAKA tidak begitu meluas penggunaan nya namun antara produk yang berasaskan tanaka adalah Bio Essence.
D.E.A (Danish Empire Associates) iaitu syarikat milik keluarga pelakon terkenal, Nora Danish telah memasarkan produk bedak tanaka ini. Malah,Nora sendiri menggunakannya..
Bedak Tate by D.E.A (Danish Emphire Association) diperbuat daripada kayu tanaka yg sangat berkesan untuk:
- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation
Bedak ni bau lemon..sejuk je rase bile pakai..kalo cuci muka rase licin je pastu..daki2 pun blh tanggal time kita gosok nk cuci muka..mmg best!! Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk.
Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Sesuai untuk lelaki dan wanita...dewasa dan kanak-kanak.
Cek dari Nuffnang & Churpie dah sampai~
Assalamulaikum readers, beberapa hari lalu dah selamat pun terima cek ketiga dari Nuffnang dan cek kedua dari Churpie, dah kasik masuk machine pon~ terima kasih Nuffnang dan Churpie,terima kasih jugak pada visitor ya, double tq kat Nuff sebab bagi CPUV lagi untuk bulan Jun ni.
Lately agak malas nak update blog sebab nak focus basic learning kat my daughter utk persediaan masuk preschool next year,lagi pulak my cupicira ni baru pandai nak berak kencing dalam toilet so mmg kena focus sgt2 kat dia..almaklumlah dia nak berpisah ngan BFF pampers dia tu liat sikit,sekarang dah ok lah,dalam 1 minggu tu kiranya dia jadi pelari marathon ke toilet,sesekali terlepas gak dalam sluar ekeke.. sabo je
Al-fatihah
Semalam kami sekeluarga mentua berkonvoi menziarah keluarga sepupu suami yang meninggal dunia.Mmg pagi2 tu terkejut terima berita sebab arwah muda lagi around 40 camtu, tapi mak pakat nak pergi jugak kat Felda Serting di Jempol Negeri Sembilan.Mak yang sedih abis sebab anak sedara dia kan tentulah dia dah rapat dari kecik2 lagi,yg saya ni baru kawen baru kenal,jumpa time raya je tapi arwah kakak ni mmg peramah orangnya.Mintak sedekahkan Al-Fatihah ya readers.terima kasih.
Unique Business Cards~
MORE AMAZING STORIES N PICTURES
Wool Business Cards
- Divorce Lawyer Separation Business Cards
- Mineral Water Bussines Card
- Folding Laptop Business Cards
- Edible Bombay Bakery Business Card
- Folding Popup Business Cards
- Ninja Business Cards
- Yoga Business Cards
- Jobless Writer Business Cards
hehe source http://enpundit.com/25-unique-business-cards/
Subscribe to:
Posts (Atom)
amazing animals
(31)
amazing pictures
(145)
amazing stories
(79)
berita semasa
(72)
free sample product Malaysia
(12)
gambar anak artis comel
(17)
gambar kahwin artis
(11)
gosip artis
(151)
hasil bercucuk tanam
(9)
hiburan
(126)
humor
(12)
islamik
(76)
kek oh kek
(9)
lagu dan lirik
(18)
motivasi diri
(42)
Nuffnang
(18)
other piece of me
(262)
pelik
(10)
people in the worlds
(27)
review produk
(15)
review tempat menarik
(15)
tips ajar anak
(7)
tips bertani
(20)
Tips cari duit poket sambil seronok berblogging.
(24)
tips sihat dan cantik
(15)
Wordless Wednesday
(42)