Assalamualaikum readers. Salam Isnin~ semoga semuanya baik² saja okey.Semalam sempat kami sekeluarga menyambar buku² murah kat Pesta Buku Karangkraf di Ole² sek 18 Shah Alam. Tu dia, hari terakhir baru sibuk² nak menyinggah situ, Omai kalaulah ada yg gi jugak semalam, sangat mencabar la sebab cuaca panassss sangat,kebetulan jumpa customer lokasi terakhir di situ,terus la kami singgah walaupun tengahari panas terik kan, sayang pulak kalau ter miss hari terakhir ni grab ler mana yg patut..lama tak shoping buku..
Ni bacaan untuk ibu ayah ~ sangat baguslah utk bacaan tahun baru ni,motivasikan diri sendiri ~ takyah nak tunggu org lain potpet bg motivasi khen heh~
Siapa masih ingat Novel Sindora by Shamsiah Mohd Nor?
Ape? Novel tak beli ker? haha sepuluh tahun dulu memang saya peminat novel.Tapi sekarang tidak lagi,minat membaca novel sudah hilang, honestly saya tak tahu kenapa itu berlaku.Semestinya dulu,Ahadiat Akasyah dan Shamsiah Mohd Nor penulis novel paling saya suka.Sekarang lebih suka baca buku Motivasi dan keibubapaan serta seumpamanya.Novel feveret adalah Sindora ~ sape masih ingat tu,meh handsup! thumbsup juga..sgt best. Okey sambung tadi ¬
Selebihnya tu buku² resepi mmg murah giler wajib beli beb, memandangkan sekarang minat memasak melampaui batasan udah ~ hehe baguslah ai dapat hormon suka masak di tahun baru ni.. mesti suamiku gumbira senang hati khen. apa lagi erk ~ untuk anak² la yang lain tu. ABM utk sikecik tu banyak dah abis yelah hari terakhir baru nak menapak..padan muka, so beli yg ada je..Lain kali pergi hari pertama okey bukan hari terakhir! Till then wassalam.