Masyarakat Indochina seperti Laos dan Vietnam menjadikan telur semut hidangan istimewa.Menu lazat sup telur semut diambil dari semut spesis Weaver Ants yang banyak terdapat di negara tropika.Di Thailand ia dikenali sebgai Gaeng Kai Mot Daeng,mereka percaya sup ini mempunyai khasiat tinggi utk kesihatan manusia.Harga makanan ini sangat mahal kerana semut tersebut hanya boleh diperolehi ketika musim panas,ia bertelur pada musim tersebut bagi mengelakkan telur rosak jika terendam dalam air hujan.
Selain dibuat sup,ia juga digunakan dalam hidangan lain seperti campuran telur dadar dan juga salad.Rasanya lebih enak jika dimakan secara mentah.Masyarakat wilayah itu percaya amalan memakan telur semut dapat menyejukkan panas badan ketika musim panas tiba.Ia juga mempunya kandungan protein yangtinggi berbanding ikan,selain dapat merawat penyakit malaria
Di Assam,India pula masyarakatnya menjadikan telur semut sebagai hidangan istimewa ketika menyambut perayaan Bohag Bihu.Makanan istimewa mereka dinamakan Amlori Tup.Ia adalah hidangan telur itik dicampur telur semut.Ini makanan wajib bagi mereka kerana ia melambangkan datangnya musim perayaan menanam padi.
Masyarakat Dai di Yunan China juga menjadikan hidangan ini istimewa di musin panas.Mereka percaya ia dapat menguatkan sisitem imunisasi tubuh dan sistem pencernaan,serta menghalang seseorang dari terkena wabak penyakit merbahaya.
Di Mexico,masyarakatnya menjadikan telur semut sebagai hidangan Escamoles,yang merupakan hidangan kegemaran mereka hanya boleh dinikmati pada musim bunga.Ini kerana semut jenis Liometepum bertelur dengan banyak pada musim itu dan rasanya yang manis serta berperisa keju.
Adakah telur semut selamat dimakan manusia,benarkah ia mengandungi kebaikan seperti yang diperkatakan ? Menurut pakar,pengambilan telur semut tidak membahayakan manusia kerana ia tidak mengandungi sebarang unsur kimia.Sememangnya ia mempunya kandungan protein yang tinggi,jika kita makan telur semut ia seakan sama dengan mengambil protein dari sumber lain.Bagaimanapun,dakwaan yang mengatakan ia dapat mengelakkan atau merawat penyakit merbahaya masih belum dapat dibuktikan.
jenuh nak kutip telur semut.halus pulak tu..
ReplyDeleteeauwww .. panat nak kutip astu satu kalau jatuh ..
ReplyDelete__________________________________
MINTAK KERJASAMA
sudi kiranya singgah di blog saya dan blok page yang berunsurkan seksualism & porno supaya dapat selamatkan gadis melayu sekarang
PERHATIAN : Kepada Gadis Melayu Yang Cun Melecun
tq ..
nasib baik tak de jual kat sini.... kalau tak boleh buat buka pose... heee3x..
ReplyDeleteish,,, tak selera kot,, belalang yang biasa orang makan pun muja kurang nak makan,, petah lagi yang ni,, uuu,,,
ReplyDeletemcm mna lah rsa dia. hihi
ReplyDeleteWeeeeek! Rasa nak muntah pon ada.
ReplyDelete