Ada satu mitos di Mexcio yang dikenali dengan nama La Pascualita atau Pascuala Kecil. Apa yang menarik dari mitos ini? La Pascualita adalah patung yang mengenakan busana pengantin yang telah diletakkan di sebuah butik pakaian di Chihuahua, Mexcio, sejak 75 tahun lalu. Banyak gosip yang mengatakan bahawa sebenarnya La Pascualita bukanlah sekadar patung cantik berpakaian pengantin, tetapi mayat anak perempuan pemilik butik asalnya yang diawetkan dengan sempurna.
Selama bertahun-tahun pengunjung La Pascualita semakin ramai. Tidak hanya dari Mexico saja, tetapi para pelancong luar negeri pun tertarik untuk melihat patung tersebut. Mereka ingin memastikan dengan mata sendiri apakah La Pascualita hanya patung atau mayat yang diawetkan. Melihat penampilannya yang begitu "manusiawi", banyak orang yang pulang dengan kesimpulan La Pascualita adalah mayat yang diawetkan.
La Pascualita pertama kali dipamer di sebuah butik pada bulan Mac 1930 dengan mengenakan gaun pengantin . Tidak perlu waktu lama bagi La Pascualita untuk menarik perhatian. Dengan mata, rambut, dan kulit yang tampak seperti orang sebenar, orang-orang tidak boleh melepaskan pandangan darinya. Kerana kemiripan patung tersebut dengan pemilik butik pada saat itu, Pascuala Esparza, mereka pun menyimpulkan bahawa La Pascualita adalah mumia anak pemilik butik yang meninggal ketika hari pernikahannya kerana digigit oleh labah-labah Black Widow. Pascuala pun menyangkal rumor tersebut, tetapi saat itu sudah terlambat. Tiada siapa yang mahu mempercayai kata-katanya.
Pemilik butik,Pascuala Esparza yang mirip wajah Pascualita. |
Ada beberapa cerita yang membuat kita hairan akan patung ini. Ada yang mengatakan mata La Pascualita bergerak dan mengikuti orang di sekitar butik. Ada juga yang mengatakan pada malam hari dia akan menukar posisi kedudukannya didalam butik tersebut..
Pakaian yang dikenakan La Pascualita akan diganti 2 kali dalam seminggu di balik tirai tertutup. Sonia Burciaga, seorang pekerja butik, berkata, "Setiap kali saya berada dekat La Pascualita tangan saya berpeluh. Jari jemari tangannya sangat real dan ia memiliki urat urat di kakinya. Saya percaya dia adalah orang sebenar!."
amazing pictures, La Pascualita si Patung jelita diawet dari mayat, patung cantik, people in the worlds,
Tangan dia pun nampak real..
ReplyDeletengeeee~ seramnya rasa kalo jadi org yang kena tukar baju patung tuu..
ReplyDeletengee..takutnya kalau saya yang kene p tukarkan baju tu....
ReplyDeletegila cumell patung ini... best la.. nk p tgk la.. wait for me la pascualita...da tgk baru tau btol x btol..
ReplyDelete