Sayangi diri sendiri | bukan pentingkan diri!






Assalamualaikum. Banyak perkara yang perlu kita beri keutamaan dalam hidup kita sebagai seorang wanita.Menguruskan suami,anak-anak,rakan-rakan dan juga orang di sekeliling kehidupan.Perkara ini semua memerlukan kita  memperuntukan banyak masa sehinga tidak punya masa untuk diri kita sendiri.Mari ikuti beberapa cara mudah untuk kita mula menjaga diri sendiri:

  • Berikan keutamaan pada diri sendiri.
Manjakan diri dengan melakukan perkara2 yg kita sukai seperti menonton,membaca buku,bersiar2 atau apa saja yg kita minati.Abaikan setiap gangguan,tutup telefon bimbit dan katakan pada diri sendiri bahawa penting untuk kita tidak melayan pada setiap gangguan yg datang.

  • Buatkan catatan peribadi.
Menulis beberapa mukasurat setiap hari dalam buku peribadi adalah cara terbaik untuk merawat diri.Boleh juga buat buku scrap keluarga untuk kita jadikan hobi.Duduk dengan keadaan tenang,tulislah segala yg kita inginkan,luahkan perasaan yg kita alami sehingga kita berasa lega dan puashati.

  • Tanya pada diri sendiri,'apa yg saya inginkan sebenarnya'.
Kaji setiap masalah samada besar atau kecil,dengan kata hati dengan teliti.Berikan jawapan yang jujur pada setiap persoalan yg bermain difikiran ataupun pilihan yg perlu dibuat.Jangan lupa untuk memberitahu orang disekeliling kita tentang hasrat dan keinginan kita.

  • Biarkan orang lain menjaga diri mereka sendiri.
Adakalanya kita berlebihan dalam menjaga keperluan orang lain.Belajarlah untuk tidak mendesak diri sendiri.Biarkan orang lain bertanggungjawab keatas diri mereka sendiri.

  • Lakukan senaman mengikut kehendak kita.
Pilihlah senaman yang boleh anda lakukan dengan selesa.Jangan paksa diri melakukan senaman hanya kerana mengikut suruhan orang lain.

  • Berikan masa untuk diri sendiri.
Berhiburlah pada waktu cuti yang teratur sepanjang tahun.Apabila kita berasa stress,ambillah cuti hujung minggu yang panjang.Memperuntukkan waktu untuk rekreasi akan membuatkan kita lebih bahagia dan lebih bersemangat.





7 comments:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...