Menu berpantang.





Assalamulaikum.

Akhirnya saya dah pulang kerumah sendiri.Selesanya =) Bukan sebab duduk di kampung rumah emak tak selesa,tapi sangat melampaui batas keseronokan tinggal bawah ketiak emak,huhu..betulkan? segalanya dimanjakan..tak macam duk rumah sendiri nak buat ape semua start dari step 1..tapi bila dah ada keluarga dan rumah sendiri,rasa lain macam pula bila ditinggal lama2.Apepun,cam anak yg 1st dulu,yg 2nd ni pun saya terhambur  airmata jugak bila time 2/3 minit sebelum bertolak pulang.Terima kasih emak sebab menjaga saya semasa  berpantang.Kalau diikutkan hati dan perasaan,tak nak tinggalkan rumah tempat kita membesar..apatah lagi hari2 dapat tengok mak ayah dan makan lauk pauk mak masak..tak hengat dibuatnya yang kita ni dah bersuami.ekekeke.. terima hakikat meh kita dah tinggalkan zaman 'anak emak'.


Dah seminggu lebih saya tak update blog.Post zaman jepun jugakkkk ...mesti ramai kata tak releven sungguh aku ni =P owhh hakikatnya- dah saya takde mood nak menerbitkan entry magis - cehh ala2 yunalis zarai gitu.. lagu2nya yang magis membuat ramai terkedu!Owh ini bukan nak cerita pasal yuna la dear..tapi saya nak shared resepi untuk wanita sedang  berpantang.Entah kenapa bila saya sedang mengandung hinggalah waktu berpantang,saya hilang selera makan nasi.Nak cover carbo yang kurang tu,saya makan roti dan selebihnya potato.Yang lain tu saya ambik vitamin termasuk obimin.Untuk menu pantang mak saya biasanya sediakan sup sayur setiap hari dan extra apa2 saja menu ayam dan ikan- yang tidak berminyak.Di rumah sendiri saya google untuk sediakan menu.


SUP IKAN MERAH



Bahan-bahan:

  • beberapa kelar ikan merah
  • 4 ulas bawang merah kecil (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 inci halia (di mayang)
  • sedikit lada hitam
  • sup bunjut @ rempah tumis (yang ada bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan pelaga)
  • lobak merah,kentang,tomato dan daun sup.
  • air

Cara-cara :

  1. Cuci bersih ikan dengan air asam untuk hilangkan bau hanyir.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis tadi.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang tadi hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan halia yang dimayang
  5. Masukkan rempah sup, biar sebentar dan masukkan air
  6. Apabila sup telah mendidih, masukkan kentang, lobak,tomato dan garam . Masukkan ikan .
  7. Jangan masak ikan terlalu lama.



SUP AYAM HALIA




Bahan-bahan :
  • Beberapa ketul ayam
  • 1  biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia (dihiris)
  • sedikit lada hitam
  • 2 biji kentang
  • air
  • sup bunjut @ bunga lawang,bunga cengkih
  • garam
Cara- caranya :
1. Tumbuk bawang besar dan bawang putih.
2. Kemudian tumis bahan tumbuk sehingga kekuninganatau garing
3. Masukkan pula bunga lawang, bunga cengkih dan halia
4. Masukkan air dan garam kasar, tunggu hingga mendidih baru masukkan kentang dan ayam (supaya kentang cepat empuk).
5. Tunggu sehingga ayam masak dan kentang empuk.



selebihnya saya dapatkan menu dari sini.
Thats all folks!


Dari mana datangnya idea

Assalamualaikum.

Pagi ni saya curi2 sedikit waktu untuk bertemu blog saya =P walaupun saya agak bz.. dan blog saya pula langsung tak bz.. hehe tapi inilah hakikat yang perlu saya terima,saya tak punya cukup masa berblogging lagi.. waa tsk tsk sob sob agak sedih bila ini berlaku kerana saya sgt sayangkan blog saya yg sangat humble ni.. kerana blog inilah dulunya penghibur saya di kala kesunyian..sekarang walaupun dah tak sunyi lagi..terasa pula blog ini semakin menjauh dari saya .. [bolehker macam ni ?]


Saya hanya ingin mendapatlan pandangan blogger lain.. mana anda dapat idea untuk terus menulis entry..setiap hari,sebab saya sekarang semakin ketandusan idea.Niatnya mahu post new entry setiap kali online walaupun sesekali saja ada masa,tapi bila sudah jari di keyboard,idea langsung hampeh.. tak datang meh.. tension pulak dibuatnya- ceh perkara remeh gini boleh  buat kita stress ker??

mungkin idea tak datang secara natural ataupun magis sebab saya sendiri sedang stress.. kurang sihat dan memaksa idea datang kadang kala hasilnya langsung hambar dan tak menakjubkan - ceh macamlah selama ni entry aku menakjubkan  muwahahar!

Dear kengkawan..marilah bagi idea macamana nak mendesak idea yang magis datang! sharing is caring!


Nuffnang - BE ke 6 & 7

Assalamualaikum.

Ini BE yang ke 6 dan ke 7 yang blog saya terima.Terima kasih Nuffnang.Post sebegini biasanya saya tak tulis ape pun.. tapi sesaja nak menjaja story BE yang saya terima [bolehkerr?] ni adalah entry di kala ketandusan idea.Setakat ni agak mewah ngan Buffered earning.. tapi blogwalking pula agak terhad. Peratus visitor  pun semakin berkurangan untuk beberapa minggu ni..hurmm =(  tidak boleh mencari masa terluang.. tapi insyaallah 2/3 minggu lagi akan ada masa terluang  semula.


Apa lagi nak di tulis? terima kasih Nuffnang =)

Nuffnang - BE ke 4 dan 5!

Assalamualaikum.

Masih dalam mood hari raya? ishk ishk.. terlebih makan? dah kena start diet okey dear.. yang terover budget.. kena ikat perut.. kena start saving semula kan?itulah pengorbanan hari raya.. sendiri mahu ingat ler =)  . Saya dah lama lari dari mood hari raya. Sebabnya masuk hari ke 8 aidilfitri  mood dah bertukar 'berpantang'. Kelahiran kali ni special sket sebab dalam bulan Syawal..tapi taklah pulak saya letak nama baby tu syawal or fitri or etc.. hehe.

Dalam duk bz start akhir ramadhan sampailah sekarang,bila duk check earning Nuffnang,owh alhamdulillah ada 2 lagi BE Nuffnang beri.. ni kiranya rezeqi anak kot. =) Sayang skali tak dapat berblogwalking sekerap dulu..baby dah bertambah meh ..kena lebihkan family la dear =P


Sepanjang bulan Ramadhan lalu.3 BE running hampir sebulan atau lebih - tak sure sangat dah pun tamat.Yang ni masuk lagi 2 pun kira okeylah.Terima kasih Nuffnang!

I dapat baby boy!

Assalamualaikum.

 

Selamat melahirkan baby lelaki 3.19kg - 6 sept 2011 - 2.08am di Hospital Sungai Buloh.Terima kasih pada semua doktor & nurse2 yg baik hati.Alhamdulillah kelahiran kali kedua ni normal delivery, sekejap dan mudah. Semoga bayi kedua saya ni nanti menjadi mukmin soleh, berjaya di dunia dan akhirat.Amin.Allah telah berikan saya sepasang cahaya mata pada kami suami isteri,doa kami semoga zuriat ini sebagai pengikat kasih cinta kami sekeluarga,semoga kami dapat mendidik  anugerah ini dengan penuh kasih sayang dan semoga kami semua dalam perlindungan dan rahmat Allah selalu.

Tutorial Cara nak buat Kotak bewarna dalam entry.



Inilah contoh nak buat blockquote - kotak berwarna dalam entry : SILA KESINI UTK TUTORIAL CR BUAT BLOCKQUOTE BEWRANA.



Ikut step2 ini :

1. Bila nak buat New post - click pada Edit HTML - Copy paste code di bawah [sila taip semula jika tak boleh copy]:

*mesti tulis dalam EDIT HTML bukan Compose!


2. Boleh tukar ikut suka :

*masukkan apa yg anda ingin tulis kat colour biru tu ok!

*boleh tukar background color  kat sini HTML COLOR Codes

*boleh tukar jenis border
   -dotted
   -dashed
   -solid

3. Click Compose. Amacam jadi tak dear? Kalau jadi boleh publish lorrr!


Thats all folks!
 


Tutorial cara letak ikon ditepi title post.




Bagaimana cara letak ikon di tepi title post anda? Contohnya seperti yg saya buat ni :


Mudah saja.Ikut step2 ni ya dear :

1- Dashboard - Design -Edit HTML -Tick Expand Widget Template

2- TEKAN Ctrl+F dan cari code ini

<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>



 3- Kemudian masukkan code ini

<img src="UrlGambar"/>

antara code diatas. Akan jadi seperti ini

<aexpr:href='data:post.url'><img src="UrlGambar"/> <data:post.title/></a>

 *Warna merah sila masukkan Url gambar yang anda pilih.
*Preview dulu,kalau ok save template.

thats all folks.





Tutorial cara letak button Follow dan Dashboard di tepi blog




Assalamualaikum.Bagaimana cara nak letak button Follow dan Dashboard di tepi blog kita? Contohnya seperti yang saya buat ni : SILA LIHAT SINI UTK TUTORIAL TERKINI LETAK FOLLOW DAN DASHBOARD.




Tutorial cara letak button Follow dan Dashboard di tepi blog

Ikut step2 ni :

1- Log in - Design - Add Gadget -HTML /Javascript
2- Paste code di bawah ini :

<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=BLOG ID ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div>

*Warna hitam untuk button Follow
*Warna hijau untuk button Dashboard
*Warna merah sila masukkan ID Blog Anda, caranya begini :

 - view mana2  post anda dan ambil blog ID tersebut.



- Sila save.Camne ? jadi tak? selamat mencuba.


Tutorial cara letak signature dalam post.






Bagaimana cara nak letak signature dibawah setiap post yang kita publish?Contohnya seperti yang saya buat ni :




Boleh buat signature yang anda suka dengan sendiri kemudian upload ke photobucket ataupun  buat guna My Live Signature.

Jika anda guna My Live Signature , ikut saja step2 yg diarahkan hingga akan diberi HTML code.Kemudian  ikut step ini :

1- Cara masukkan signature tersebut ke post kita seperti berikut :

2- Log in - Setting - Formatting

3- Cari  Post Template

4- Paste kan HTML code yang di beri tadi.

5- Save Setting.


Jika buat signature yang anda suka dengan sendiri kemudian upload ke photobucket , kemudian ikut step2 ini:

1- Log in - Design - Edit HTML - Tick Expand Widget

2- Tekan Ctrl+F dan cari code ini


<data:post.body/>


3- Paste kan code ini selepas code tadi


<img src="Url Signature " />

* Tulisan merah,sila masukkan Url ikon yang anda pilih.

4- Save.Dah siap.

 Thats all folks.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...