xOxO

Assalamualaikum

Seminggu dua ni saya rasa down.


*google

Rasa di belenggu perasaan yg saya tak suka-berprasangka dan terasa hati seolah diabaikan.

Saya benci keadaan ini bila terpaksa menjeruk rasa-saya ingin buang jauh2 moody yg keterlaluan ni,tapi pelbagai cara dilakukan tidak memberi kesan.Yang baiknya,bila saya rasa tertekan,saya akan lebih rajin mengemas rumah.Rumah jadi berkilauan,kemas bersih tak hengat.. ;O

Tapi si motivator-itu puteriku tercinta selalu menyedarkan saya dari mimpi yang tak indah.Bila dia bangun tidur,dia terus tersenyum pada saya-maksudnya moodnya sangat baik hari itu.Pagi2 dah buat saya gembira.Jadi semangat saya untuk meneruskan hidup sentiasa ada sejak melahirkan puteri yg kurang rambut ni.


*google

Saat ni saya berasa sangat kesal kerana melepaskan kerjaya yg menggembirakan suatu ketika sebelum melahirkan si manis puteri.Terpaksa terperap di rumah dengan kesunyian dibebani tanggungjawab rumahtangga-walaupun hakikatnya ini memang tugas sebenar saya sebagai isteri dan ibu,saya masih tak dapat hilangkan rasa jemu dijeruk rasa sunyi sepi jauh dari keluarga dan sahabat handai.

Cakaplah apa saja aktiviti untuk hilangkan bosan,sudah saya buat.Menjahit,berkraf,berniaga online,memasak,buat cake,decorate rumah,tanam sayur,bunga, etc etc etc- tak beri kesan!!

Aduh..teruknya perasaan ni,adakah sebab saya sedang hamil,jadi semua perasaan ini datang mengganggu?

*google

Bila si manis puteri datang pada saya,sambil peluk bear nya,Dia pegang potato wedges dan suap kat mulut bear..saya senyum.tengah mandi pun kalau saya teringat saya kan senyum sendirian.Besarnya impak kelahiran anak yg Allah berikan ni dalam hidup kita.Kenapa ada orang tak berakal nak buang bayi yg dikandungnya 9 bulan?sewel takde otak orang macam ni!!

;P
*dalam mood upload gambar2 google yg cute sentimental xOxO-melayanz perasaan.

No comments:

Post a Comment

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...