MARI BERPUASA = PAHALA + SIHAT !




Assalamualaikum.
Awalnyer littleimie dah entry pagi ni?A'ah sebab mmg bangun awal harini untuk bersahur,terus tak tidur .. rugilah kalau sambung tidur lebih baik selesaikan terus semua kerja yg terbengkalai.So ada masa skit untuk new post.Tahun baru macam gini biasalahkan masih fresh lg azam baru tulis dalam list,jadi untuk awal tahun gini azamnya dapat langsaikan segera puasa qadha',sambil2 ambik sunat Isnin Khamis.Nanti buat2 lengah abis terlajak tak terbayar camner??sape susah?dah ler due around bulan aug/sept..huhu tak pasal2 bulan ramadhan littleimie melahirkan..warghhh berlambak lah hutang puasaku..sabar ajelah!!Jadi tengah sihat camginilah masanya melangsaikan hutang puasa.


Jom cite pasal kebaikan berpuasa.

1. Puasa memberi kesihatan kepada fisikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bilamana darah kita terlampau asam/asid, bila berpuasa semua asid akan dineutralkan darah akan kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
10. Puasa boleh menurunkan berat badan
11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata
Wajib puasa di bulan ramadhan rukun islam ke3!

Sunat berpuasa pada hari-hari berikut:
1.  Puasa Enam - Dikerjakan sehari sesudah hari Raya Puasa.  Puasa Enam itu boleh dikerjakan secara berturut2 dan boleh juga berselang hari (tidak berturut2), tetapi hendaklah tetap dikerjakan dalam bulan Syawal sahaja
2.  Puasa awal bulan Zul Hijjah sampai 8hb Zulhijjah.  Disebut juga sebagai puasa sebelum Hari Raya Haji. 3.  Puasa hari Arafah pada 9hb Zulhijjah.  Org yg mengerjakan haji lebih baik jangan berpuasa pada hari ini. 4.  Puasa pada 9hb muharram
5.  Puasa pada hari Asyura iaitu pd 10Hb Muharram
6.  Puasa pd bulan Rejab seberapa hari yg mampu.
7.  Puasa dalam bulan Syaaban.  Boleh berpuasa dari awal sampai akhirnya kecuali pd hari syak iaitu pd 30hb Syaaban. Sesiapa yg berpuasa sehari didlm bulan sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didlm syurga.  Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dgn buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

8.  Puasa pd hari Isnin dan Khamis
9.  Puasa tiga hari pd tiap2 bulan Qamariah (Bulan Islam)
10.  Puasa pd hari putih iaitu pd 13,14 dan 15 hari bulan Islam
11.  Puasa berselang hari.  Sehari berpuasa, sehari berbuka, kemudian berpuasa pula dan demikianlah seterusnya. 
 
Haram berpuasa pada hari-hari berikut:
1. Hari raya fitrah [puasa]
2. Hari raya adha [haji]
3. Hari-hari tasyrik iaitu hari ke 11, 12 dan 13 daripada bulan zulhijjah.
4. Hari yang yang di syak akan awal ramadhan.
5. Mana-mana hari selepas 15 haribulan syaaban, jika bukan puasa qadha atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa yang dahulu daripadanya atau bukan hari yang ia beradat puasa.

*** Harus berpuasa pada hari syak atau hari-hari selepas 15haribulan syaaban, jika puasa itu qadha atau nazar atau kifarat atau berbetulan hari yang ia biasa puasa seperti puasa sunat hari isnin dan puasa hari khamis.




2 comments:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...