CARTOON FEVERET?MEH KOMEN

hai kengkawan blogger
ni sebahagian gambar kartun n animasi yg sempat littleimie upload
tak larat nak tulis entry coz pening lalat sangat ni..
u olz leave ur comments yer..
anything..
tapi ni ler yg littleimie n my angel suke nengok..
huhu
cartoon for everyone!




Morning Sickness??





Assalamualaikum kengkawan sume,
1stly..saya perlukan doa kamu semua,untuk ape?doakan saya sihat selalu boleh tak?kenapa?sebab Morning Sickness dah datang..tolong..!!!Aduh masih trauma dengan kenangan saat kehamilan yg pertama dulu..kali yg kedua ni rupenya benda yang paling trauma tulah yg datang jugak..Apa morning Sickness?Cara mengurangkan tekanan menghadapi perkara ini?Saya nak sihat..sebab saya masih ada suami dan anak yg perlu diambik berat-walaupun hakikatnya sayalah ibu dan wanita mengandung yg perlu di ambik berat?!!! Tak kesahlah.. hurmm wanita tak boleh sakit,sebab wanitalah chef,housekeeper n nurse dalam rumah kamu?!!betulkan?
Morning Sickness adalah gejala pening,loya atau mabuk-ala2 mabuk laut gitu huhu.. di awal tempoh kehamilan.ia bterjadi kerana pertukaran hormon akibat dari kehamilan.[memang terlalu awal bagi littleimie sebab ia dtg seawal 1 bulan pertama dan pengalaman pertama dulu hanya berakhir setelah 6 bulan hamil] camner lar littleimie tak trauma *** walaubagaimanapun,dah suratan takdir yg perlu ditempuhi [nak dapat zuriat punya pasal ^wink^ - better than takde anak..simpati pada mereka yg masih belum dikurniakan-terus berusaha yer dear]..morning sickness sangat sinonim dalam family saya kerana setiapkali hamil pasti kami melaluinya...ada faktor genetik ker? hurm tak tahulah tu kena tanya doctor lorrr. Melalui saat keletihan, sakit kepala berpanjangan..loya jgan citelah..sensitif keterlaluan dan paling teruk tak boleh bau nasi! Saat inilah semua bau jadi sangat pelik..alhamdulillah pengalaman saya tak seteruk yang lain hingga ada yg dimasukkan wad berhari kerana kekurangan air dalam tubuh..Sabar yer ibu2 mengandung..sekarang kita tahu kan kenapa syurga di bawah telapak kaki ibu?

Kehamilan pertama memang agak huru hara memandangkan baru je 3 bulan berkahwin terus disahkan positive pregnant,tiada pengalaman memang salah satu punca tak dapat menanganinya dengan lebih cerdik- huhu sampai terpaksa resign keje yg kusayangi sebab morning sickness lama sangat!Tapi kali ni littleimie bertekad nak menyiapkan fizikal n mental..untuk menghadapi saat kehamilan yg lebih menyeronokkan.Macamana tu?

Cuba amalkan ini bagi mengurangkan Morning Sickness:
1-Amalkan membaca ayat2 al-Quran..ini terbaek..walau selemah mana pun kita saat itu cuba kuatkan semangat kita amalkan membaca quran..bukan sj utk kita tp juga utk baby dlm perut tu!Setiap masa amalkan membaca 3Qul dalam hati dan ayat qursi.Ayat Quran terbukti dapat menguatkan minda dan hati kita.
2-Sediakan biskut kering kat tepi katil.Kekadang  tengah malam tetiba perut rasa lapar semacam..
3-Saya juga makan kacang hijau bersalut tepung..[ tak ingat sape suggest tp ia menjadi utk kurangkan loya]
4-Makanan berminyak mmg patut dijauhi..
5-Agak sukar makan vitamin yg dibekalkan ketika hamil kan?jd cuba minum vitamin tu dengan air buah,minum sket2 n perlahan.
6-Paling penting bagi saya adalah: Suami dan keluarga yg memahami. Perasaan wanita hamil sangat sensitif.Suami sangat WAJIB memahami situasi ini!Jika encik suami tak paham,sila slow talk dan terangkan pada dia keadaan yg sedang kita lalui..Kalau dia tak paham jugak tak tahulah saya nak kata ape..huhu.
7-Doa pada Allah banyak2.
8-Cari suasana yang nyaman dan tenang- bukakan minda kita..yg membuat hidup kita gembira adalah kita sendiri..bukan orang lain.Cuba beli satu buku yg kamu minati untuk di baca sepanjang tempoh kehamilan.Shopping baju mengandung yg chanteqs2..dan lakukan sedikit senaman yg tidak memudaratkan.

 ******

Orait sekian dulu littleimie punya tips..beringatlah kengkawan,waktu tidak sihat inilah Allah sedang menguji kita.Sabar okey..n jaga pemakanan seimbang kerana waktu hamil inilah macam2 penyakit lebih mudah menyerang.

Jaga diri n sayangi diri kamu.Assalamualaikum.




MARI BERPUASA = PAHALA + SIHAT !




Assalamualaikum.
Awalnyer littleimie dah entry pagi ni?A'ah sebab mmg bangun awal harini untuk bersahur,terus tak tidur .. rugilah kalau sambung tidur lebih baik selesaikan terus semua kerja yg terbengkalai.So ada masa skit untuk new post.Tahun baru macam gini biasalahkan masih fresh lg azam baru tulis dalam list,jadi untuk awal tahun gini azamnya dapat langsaikan segera puasa qadha',sambil2 ambik sunat Isnin Khamis.Nanti buat2 lengah abis terlajak tak terbayar camner??sape susah?dah ler due around bulan aug/sept..huhu tak pasal2 bulan ramadhan littleimie melahirkan..warghhh berlambak lah hutang puasaku..sabar ajelah!!Jadi tengah sihat camginilah masanya melangsaikan hutang puasa.


Jom cite pasal kebaikan berpuasa.

1. Puasa memberi kesihatan kepada fisikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bilamana darah kita terlampau asam/asid, bila berpuasa semua asid akan dineutralkan darah akan kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
10. Puasa boleh menurunkan berat badan
11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata
Wajib puasa di bulan ramadhan rukun islam ke3!

Sunat berpuasa pada hari-hari berikut:
1.  Puasa Enam - Dikerjakan sehari sesudah hari Raya Puasa.  Puasa Enam itu boleh dikerjakan secara berturut2 dan boleh juga berselang hari (tidak berturut2), tetapi hendaklah tetap dikerjakan dalam bulan Syawal sahaja
2.  Puasa awal bulan Zul Hijjah sampai 8hb Zulhijjah.  Disebut juga sebagai puasa sebelum Hari Raya Haji. 3.  Puasa hari Arafah pada 9hb Zulhijjah.  Org yg mengerjakan haji lebih baik jangan berpuasa pada hari ini. 4.  Puasa pada 9hb muharram
5.  Puasa pada hari Asyura iaitu pd 10Hb Muharram
6.  Puasa pd bulan Rejab seberapa hari yg mampu.
7.  Puasa dalam bulan Syaaban.  Boleh berpuasa dari awal sampai akhirnya kecuali pd hari syak iaitu pd 30hb Syaaban. Sesiapa yg berpuasa sehari didlm bulan sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didlm syurga.  Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dgn buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

8.  Puasa pd hari Isnin dan Khamis
9.  Puasa tiga hari pd tiap2 bulan Qamariah (Bulan Islam)
10.  Puasa pd hari putih iaitu pd 13,14 dan 15 hari bulan Islam
11.  Puasa berselang hari.  Sehari berpuasa, sehari berbuka, kemudian berpuasa pula dan demikianlah seterusnya. 
 
Haram berpuasa pada hari-hari berikut:
1. Hari raya fitrah [puasa]
2. Hari raya adha [haji]
3. Hari-hari tasyrik iaitu hari ke 11, 12 dan 13 daripada bulan zulhijjah.
4. Hari yang yang di syak akan awal ramadhan.
5. Mana-mana hari selepas 15 haribulan syaaban, jika bukan puasa qadha atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa yang dahulu daripadanya atau bukan hari yang ia beradat puasa.

*** Harus berpuasa pada hari syak atau hari-hari selepas 15haribulan syaaban, jika puasa itu qadha atau nazar atau kifarat atau berbetulan hari yang ia biasa puasa seperti puasa sunat hari isnin dan puasa hari khamis.




A BRAND NEW DAY HAS COME

Assalamualaikum u'olz.
Selamat Tahun Baru 2011
bufday kamu?owh hepy bufday dear..kamu nikah arini?baguzz..Selamat pengantin baru..chanteqs sangat tarikhnya..ape lagi??ape2 yg menarik harini teruskanlah aktiviti kamu..apa yg menarik bagi littleimie harini adalah.. tara...

Oooppss ape tu?gambar blur semacam..keh3 saja bg blur..anyway, POSITIVE dear.Bagi ibu2 musti biasa tengok kan..2 line merah camgini maksudnya satu kegembiraan yg terbest baru hadir dalam hidup..warghh terharu dan agak menconpiuskan..waktu yang sama littleimie bersyukur sangat dengan hadiah Allah ni..semoga semuanya selamat hingga ketempohnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...