Balik kampung ~ sangat nyaman.


Sedang bercuti di kampung halaman dengan anak anak,cutikan Sufi dari sekolah lebih awal sebab ayahnya outstation..sunyi la tinggal rumah sendirian. Solutionnya tentulah balik kampung. Betul betul bagi energy luar biasa la kalau saya balik rumah my mother. Sebab apa, sebab saya boleh cuci mata tengok laman bunga mak, betul kasi terapi minda dan hati.. bunga bungaan, dan pelbagai tumbuhan hijau ni betul mengusik perasaan saya.. menyuntik aura positif ,kat bandar tak jumpa selalu pemandangan macam ni, pagi lepas subuh bila buka pintu dah dengar burung berkicauan.. nyaman betul.. 

balik kampung,bunga

bunga gantung

Ni feveret saya, aritu duk bawak mak shoping kat nursery bunga di sepanjang jalan sungai buluh tu, theyall jual murah murah je sabut bertingkat ni,esoknya bila sy nak grab dah sold out dah..frust pulak ~


Pokok pokok buah sume duk belakang ni, buah limau bali, buah nona, durian belanda etc

laman bunga

buah nona
ni dia buah nona.. tengah buah banyak sangat sekarang ni.. rasanya macam durian belanda ~

laman bunga
ni pokok keladi gergasi mak saya, memang besar gaban ~

laman bunga

laman bunga

laman bunga

laman bunga

balik kampung,bunga

Paling nyaman bila anak anak lepas bebas main sendiri.. untungnya dapat duduk kampung.. untungnya jadi orang kampung...Alhamdulillah,beruntungnya saya dilahirkan di kampung..!




3 comments:

  1. cantik je halaman rumah akk..dulu arwah mak suka juga tanam bunga tapi bila dia dah takde dah tak terjaga dah bunga2 tu..ayah bukan reti pon haha..
    btw klik 3 Inti kat sini ye

    ReplyDelete
  2. cantiknya rumah
    penuh bunga-bunga
    baiti jannati ^_^

    ReplyDelete
  3. memang seronok balik ke kampung.
    damai je...
    saya pon rasa beruntung dilahirkan di kampung..

    ReplyDelete

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...