Assalamualaikum kengkawan sume,
1stly..saya perlukan doa kamu semua,untuk ape?doakan saya sihat selalu boleh tak?kenapa?sebab Morning Sickness dah datang..tolong..!!!Aduh masih trauma dengan kenangan saat kehamilan yg pertama dulu..kali yg kedua ni rupenya benda yang paling trauma tulah yg datang jugak..Apa morning Sickness?Cara mengurangkan tekanan menghadapi perkara ini?Saya nak sihat..sebab saya masih ada suami dan anak yg perlu diambik berat-walaupun hakikatnya sayalah ibu dan wanita mengandung yg perlu di ambik berat?!!! Tak kesahlah.. hurmm wanita tak boleh sakit,sebab wanitalah chef,housekeeper n nurse dalam rumah kamu?!!betulkan?
Morning Sickness adalah gejala pening,loya atau mabuk-ala2 mabuk laut gitu huhu.. di awal tempoh kehamilan.ia bterjadi kerana pertukaran hormon akibat dari kehamilan.[memang terlalu awal bagi littleimie sebab ia dtg seawal 1 bulan pertama dan pengalaman pertama dulu hanya berakhir setelah 6 bulan hamil] camner lar littleimie tak trauma *** walaubagaimanapun,dah suratan takdir yg perlu ditempuhi [nak dapat zuriat punya pasal ^wink^ - better than takde anak..simpati pada mereka yg masih belum dikurniakan-terus berusaha yer dear]..morning sickness sangat sinonim dalam family saya kerana setiapkali hamil pasti kami melaluinya...ada faktor genetik ker? hurm tak tahulah tu kena tanya doctor lorrr. Melalui saat keletihan, sakit kepala berpanjangan..loya jgan citelah..sensitif keterlaluan dan paling teruk tak boleh bau nasi! Saat inilah semua bau jadi sangat pelik..alhamdulillah pengalaman saya tak seteruk yang lain hingga ada yg dimasukkan wad berhari kerana kekurangan air dalam tubuh..Sabar yer ibu2 mengandung..sekarang kita tahu kan kenapa syurga di bawah telapak kaki ibu?
Kehamilan pertama memang agak huru hara memandangkan baru je 3 bulan berkahwin terus disahkan positive pregnant,tiada pengalaman memang salah satu punca tak dapat menanganinya dengan lebih cerdik- huhu sampai terpaksa resign keje yg kusayangi sebab morning sickness lama sangat!Tapi kali ni littleimie bertekad nak menyiapkan fizikal n mental..untuk menghadapi saat kehamilan yg lebih menyeronokkan.Macamana tu?
Cuba amalkan ini bagi mengurangkan Morning Sickness:
1-Amalkan membaca ayat2 al-Quran..ini terbaek..walau selemah mana pun kita saat itu cuba kuatkan semangat kita amalkan membaca quran..bukan sj utk kita tp juga utk baby dlm perut tu!Setiap masa amalkan membaca 3Qul dalam hati dan ayat qursi.Ayat Quran terbukti dapat menguatkan minda dan hati kita.
2-Sediakan biskut kering kat tepi katil.Kekadang tengah malam tetiba perut rasa lapar semacam..
3-Saya juga makan kacang hijau bersalut tepung..[ tak ingat sape suggest tp ia menjadi utk kurangkan loya]
4-Makanan berminyak mmg patut dijauhi..
5-Agak sukar makan vitamin yg dibekalkan ketika hamil kan?jd cuba minum vitamin tu dengan air buah,minum sket2 n perlahan.
6-Paling penting bagi saya adalah: Suami dan keluarga yg memahami. Perasaan wanita hamil sangat sensitif.Suami sangat WAJIB memahami situasi ini!Jika encik suami tak paham,sila slow talk dan terangkan pada dia keadaan yg sedang kita lalui..Kalau dia tak paham jugak tak tahulah saya nak kata ape..huhu.
7-Doa pada Allah banyak2.
8-Cari suasana yang nyaman dan tenang- bukakan minda kita..yg membuat hidup kita gembira adalah kita sendiri..bukan orang lain.Cuba beli satu buku yg kamu minati untuk di baca sepanjang tempoh kehamilan.Shopping baju mengandung yg chanteqs2..dan lakukan sedikit senaman yg tidak memudaratkan.
******
Orait sekian dulu littleimie punya tips..beringatlah kengkawan,waktu tidak sihat inilah Allah sedang menguji kita.Sabar okey..n jaga pemakanan seimbang kerana waktu hamil inilah macam2 penyakit lebih mudah menyerang.
Jaga diri n sayangi diri kamu.Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
thank you for ur comments!