Momen momen terindah ~


Tak banyak yang hendak dituliskan, perkara perkara biasa dan sederhana tapi memberi erti buat seorang ibu yang sederhana seperti saya, perkara biasa yang membuat hati berbunga, bersyukur dan terus berdoa padaNya agar kebahagiaan sentiasa bersama kami sekeluarga, ameen.


Terima kasih suami dan sepasang anak yang meraikan hari ulangtahun ibu yang ke 30tuuutttt.. hehe.. terima kasih atas ingatan dan kesederhanaan yang diberikan.. i love u~



Last week kak sufi pergi lawatan sehari bersama sekolah PASTI nya, ni tahun last belajar sini so bagilah kak sufi jenjalan dengan Muallimah dan kawan kawannya, tak jauh pun, naik cruise putrajaya, kilang coklat, muzium dan makan makan..tapi ni first time kami berpisah ngan kak sufi.. hehe lol. 

Lagi berita paling baik yang Allah hadiahkan adalah, alhamdulillah rezeki kami untuk terus menetap di Shah Alam, ini saya anggap hadiah terbaik untuk harijadi saya tahun ni, hadiah terbaik..inshaallah kami dapat rumah idaman yang sederhana semoga kami beroleh jiran jiran yang soleh dan solehah untuk dijadikan keluarga, biarpun lokasi sekolah anak anak agak jauh tapi saya dah cukup bersyukur kerana doa termakbul akhirnya.

semoga ini permulaan yang lebih baik lagi dengan persekitaran yang lebih sihat buat kami terutamanya anak anak ,till then,wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...