HOMEMADE Biskut Coklat Oat ~ mudah disediakan dan sedap!






Assalamualaikum readers. hari ni punya 'oven project' adalah  Biskut Coklat Oat.. memang senang je nak buat. Resepi Biskut Coklat Oat  disini. Belum sempat bakar anak-anak dah sibuk menggagau..pantang nampak spesis coklat~ hehe tetiba baru perasan semua balang dah digunakan untuk simpan kerepek~ hurm..saya rasa bakar bentuk bulat-bulat cenggini lebih sedap kalau nak compare bentuk lain sebab oat dia lebih terasa giteww.... anak-anak suka sangat,lega rasanya sebab cepatlah licin nanti.Cubalah ~ till then,wassalam.


Cik adik, cik kak,mak budak yang suka coklat oat tapi tiada masa nak buat tu, silalah order kat saya..lalala hehe sempat promote pulak tu ya, seriously mmg 100% sedap..tak rugi cuba hokey... lai lai saya homemade saja  harganya pun murah saja..jangan malu2 nak order untuk hari raya ya~~~ untuk area shah alam tu kalau nak order saya boleh COD ..direct call/sms saya utk pertanyaan.




                           


Resepi Biskut Coklat Oat yang sedap.






Resepi Biskut Coklat Oat yang sedap

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
6 cawan oat
6 sudu besar serbuk koko
1 1/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan minyak sapi
1/2 buku mentega

 untuk salut biskut

1 1/2 cawan susu tepung
1 cawan gula halus

Cara-caranya

-panaskan oven terlebih dahulu.
-gaulkan tepung gandum , oat, gula dan serbuk koko sekali sehingga sebati menggunakan sudip.
-kemudian campurkan minyak sapi dan mentega yang telah dicairkan terlebih dahulu
-adun sehingga semuanya sebati
-gentelkan bulat-bulat atau ikut bentuk yang anda mahukan
-bakar selama 30 minit pada suhu oven 200'
-setelah masak,biarkan sejuk dahulu
- salutkan dengan gula halus dan susu tepung tadi.
 Selamat mencuba!

Resepi Biskut Coklat Oat yang sedap, resepi biskut, Resepi Biskut Coklat Oat, resepi biskut Oat Chocolate

Mari cuci mata ~ Musim Bunga tercantik di Belanda.






Permulaan yg indah untuk musim bunga di Belanda . Sangat mengujakan ~ cantik Lebih daripada tujuh juta tulip, daffodils dan hyacinths akan dibuka kepada pengunjung di taman bunga terbesar di dunia.Pameran 80 ekar berhampiran bandar Lisse, barat daya Amsterdam di Belanda, yang dikenali sebagai Keukenhof, digambarkan sebagai salah satu daripada taman-taman yang paling indah di dunia. Pada tahun ini tema adalah 'The United Kingdom - Land of Great Gardens'. .sumber http://www.dailymail.co.uk
















Sinopsis Drama Sedetik Cinta ~ Awal Ashaari dan Hanez Suraya





Drama Sedetik Cinta di Slot Akasia TV3 Jam 7pm  setiap Isnin ~ Khamis


Pelakon Sedetik Cinta: Awal Ashaari, Hanez Suraya, Tunku Hanis, Ridzuan Hashim, Khaty Azean, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Sofian Bujang, Fizz Fairuz, Zarynn Min, Nor Albaniah, Rahim Kidol, Puteri Fatin, Qazem Nor.

Sinopsis Drama Sedetik Cinta
Sedetik Cinta mengisahkan pengorbanan seorang adik, Emilia (Hanez Suraya) yang terpaksa berkahwin dengan kekasih kakaknya, Hakimi (Awal Ashaari). Ia bagi menyelamatkan maruah keluarga selepas kakaknya, Alisya (Tunku Hanis), nekad lari dari rumah sehari sebelum majlis pernikahan meretawaran menjadi model antarabangsa.

Walaupun menyintai Fuad, rakan sekolahnya, Emilia terpaksa akur apabila Hakimi bersedia menerimanya sebagai ganti Alisya.


Tanpa diketahui sesiapa, Hakimi sedia menerima Emilia selepas bapa Emilia, Taufik, bersedia menyerahkan separuh daripada hartanya jika Hakimi sanggup berkahwin dengan Emilia dan berjanji tidak akan menceraikannya.


Bagaimanapun kerana rasa terhina dengan sikap Alisya, Hakimi menjadikan Emilia sebagai tempat dia melepaskan dendam dan marahnya kepada Alisya hingga kehidupan Emilia penuh dengan penderitaan.


Sinopsis Drama Sedetik Cinta  lakonan  Awal Ashaari dan Hanez Suraya, sinopsis, gosip artis, hiburan, 

Takoyaki ~





Assalamualaikum readers.Malam tadi sempat lah beli Takoyaki selepas menjamu selera di Kota Damansara,nak balik tu baru ternampak stall Takoyaki.Lama tak makan , dulu selalu beli di stall kat abang pasar malam Subang Perdana, pastu dah lama menghilang.My dotter nak sangat, kebetulan saya pun suka so beli la 1set 6 pcs RM7. Terpikir pulak nak DIY , google resepi rupanya takler susah sangat nak membuatnya. Resepi Takoyaki~





                                         LIHAT VIDEO



[Kreatif ] Ayah lukis doodle pada bekal sandwich anak.




Comel. Si ayah lukis doodle setiap hari pada bekal sandwich anaknya untuk dibawa ke sekolah. I loike~ thumbsup! sumber http://www.buzzfeed.com










Cerr teka apakah benda ini ?




Haha cerrr teka kawan-kawan,apakah ini? haa bijak..ini kasut kan,tapi kasut apa? memperkenalkan ini dia kasut untuk kucing anda, comel kan,tapi rasa-rasanya sudi ker kucing kita pakai kasut ni? tak rimas ke? Kasut ini dicipta khas untuk kucing bagi mengelakkan kaki mereka tercedera ~ khasnya ketika mereka bermain  di dapur..kot-kot lah termasuk dalam periuk..melecur pulak kaki si comel tu kan..hehe macam-macam.sumber http://www.dailymail.co.uk








[MUST SEE] The adorable moment two big cats settled down for an afternoon snooze in the sun ~







                                   LIHAT VIDEO

The adorable moment two big cats settled down for an afternoon snooze in the sun was captured on camera by British photographer Mike Krom. They looked at ease in the Portuguese sunshine at Lisbon Zoo, and at one point the larger male gently put one of his paws on the other lion. source : http://www.dailymail.co.uk



Menakjubkan ~ Seni gambar dalam bubbles.




Diilhamkan oleh jurugambar Richard Heeks,39  beliau yang melihat dunia melalui kacamata belon sabun, gemar mengabadikan landskap disekelilingnya menggunakan  kameranya. terhasillah imej yang  menakjubkan. sumber http://www.dailymail.co.uk










Kek Marble oho ~ Nuffnang bagi CPUV pertama tahun ni ~





Assalamualaikum readers, ni masih dalam mood * saket gigi ayyakkk~ takot wo jumpa dentist..takut saket aka takut duit melayang kehkeh kedekut ya..taklah,mmg dari kecik takut la jumpa dentist plus plus ngan nurse  skali,sebab pernah sekali tu kena marah ngan nurse sebab MC je..nyampah tau,dahler saket gege kena marah lagi..youuuu kerek kat orang saket~ dosa tau! 

                                        LIHAT VIDEO


Mari layan kek marble ~semalam punya 'oven project' ini resepi dari Kak Ngah saya,oleh kerana mmg dia buat untuk jual,maka resepi yg dia bagi pun utk produce 3 biji terus.Nak resepi Kek Marble disini ya. Last time saya ada try buat kek marble yg guna susu pekat ,mmg agak moist la tapi macam terlebih manis pulak so cepat la anak2 muak bila makan.Rasanya this one lg okey,anak lagi suka makan.




Nak cerrr ni, dah berbulan bulan gersang tak dapat CPUV dari Nuffnang, makanya minggu lepas sy pun hantor le tiket wayang ek'eh tiket bertanya nape agaknya CPUV tak mau melekat dah..well,mmg reply sgt pantas tapi jawapan cam biaselar...advertiser yg pilih blog kita..bla bla tingkatkan uv bla bla..Finally after 4 months..dapat jugak CPUV pertama tahun ini hehe kasihan haku~


yang tak bestnya semalam 18hb April tapi kat situ CPUV tu start date 8 April.. hurm.. apekah ini? biasanya kalau mcm ni sekejap jelah dia menepek..bayangkan kalau dulu every month dapat sampai 2/3 CPUV..ni tahun ni baru 1.... alhamdulillah cerr tengok gambo bawah ni ekekeke till then,wassalam.








Resepi Kek Marble sedap dan gebu.







Resepi Kek Marble sedap dan gebu

Bahan-bahan
 [2 biji/3 biji kek]

10 biji telur gred A
250gm tepung naik sendiri
250gm tepung gandum
500gm mentega
500gm gula
perasa vanilla
pewarna pilihan

Caranya

pukul mentega dan gula hingga kembang
masukkan tepung gandum dan tepung naik sendiri dan telur selang seli
masukkan perasa vanilla pukul sehingga sebati
bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut pilihan warna
masukkan kedalam loyang  dengan warna bersilih ganti 
loyang telah dileser marjerin
bakar 50min pada suhu 180'c





resepi kek marble sedap dan gebu,resepi kek, kek marble pelangi

Aduiii menderitanya~





Assalamualaikum readers.Menderita sungguh sedari semalam lagi. Nanges sendiri-sendiri, anak nanges mak dia pun nanges skali harung.. uwaaa saket gigi kau...tak tahan, tak boleh tido tak boleh makan. Menderita sungguh rasanya,ini dia penangan saket gigi macam 10 tahun lah aku tak gosok gigi..ayyakkk.. dahler malayan anak dara demam panas tu, somi pulak  dah pesan masak udang tu ngan belimbing buluh taw ~ LIHAT VIDEO layan ajelah Alhamdulillah terjumpa doa  ni,untuk penderita sakit gigi, saya pun baru nak amalkan.





Malam tadi punya menu, Udang tumis bersama belimbing buluh,cubalah ya~ resipi sendiri saya bubuh cili api banyak sket memang best~ perasan ya ? hehe somi cakap sodap hape * till then,wassalam.






Resepi udang tumis belimbing buluh.





Resepi udang tumis belimbing buluh

Bahan bahan

Semestinya udang ~
beberapa biji belimbing buluh
1 ulas bawang besar
 2 ulas bawang putih
1/2 kiub ikan bilis
2 helai kecil daun limau purut
cili padi ~ pedas ikut suka
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya

cuci udang sehingga bersih buang kulitnya
hiris belimbing buluh nipis
potong bawang putih dan merah
Panaskan minyak,tumiskan bawang merah dan putih,masukkan daun limau purut
masukkan kiub ikan bilis,seterusnya masukkan hirisan belimbing buluh dan akhir sekali masukkan udang.
tumis sehingga udang sedang2 masak.
selamat mencuba.

Resepi udang tumis belimbing buluh, resepi masakan udang, 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...