i'm speechless!

kerana si dia nilah my cupicira tidur tak peluk saya lagi..!!

 ini softoys -* very small yg saya jumpa setiap pagi kat tempat tidur  my cupicira-my 2yo dotter ..sgt terharu sebab inilah satu2nya felt craft pertama yg saya DIY  untuk cupicira....
cupicira bawak tidur ladybug ni setiap malam..sampai season dia nyotnyet dalam tangan.... ibu2 out there  boleh empaty tak my feeling ..?


Jom tukar nak tak?

Dengan muka tak malu dan rasa humble nya,saya ingin bertanya,siapa sudi bertukar feed blog dengan saya,silalah tinggalkan comment disini okey..ape dia tu? lebih kurang camni:



meletakkan feed blog seperti ini boleh membantu untuk menambah trafik ke blog tersebut..so ape kata kita saling bantu membantu?

Kenapa mesti melukakan?

Kalau jari luka terhiris pisau
sekejap sembuh
esok dah tak sakit lagi

tapi

Kalau hati disakiti
parut tak nampak
kesannya mungkin hakiki

hati kering sangatkah
untuk  mengabaikan hati dan perasaan insan disisi
sampai terluka hati jiwa raga

Bila masanya nak berkasih sayang
jika hati sentiasa di sakiti
belum sembuh luka semalam
hari  ni dah luka lagi
sampai tahap sebal
sumpah! hati jadi bernanah

Hati jadi mati
tak boleh bangkit jika sentiasa begini
patutkah bersabar lagi atau angkat kaki!!!!




*kenapa mesti melukakan?aku benci org begini!


Kerani bergaji RM399 menang kuiz RM3.07 juta!

NEW DELHI - Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.
Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire.
Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.
Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul.
"Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan.
Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada minggu depan.
Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set televisyen.
Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik-beradiknya membuka perniagaan kecil. - AP





Steve Jobs kejam?

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama firma Apple Corp. mendiang Steve Jobs boleh bertukar kejam, menjengkelkan dan acuh tak acuh terhadap rakan sekerja dalam usahanya memburu kesempurnaan, kata penulis biografinya, Walter Isaacson.
"Beliau bukan seorang yang peramah dan mesra," kata Isaacson dalam satu wawancara dalam program bual bicara terbitan stesen televisyen CBS, 60 Minutes.
Buku biografi itu yang berjudul Steve Jobs karya Isaacson itu mula dijual di kedai-kedai buku di AS semalam. "Beliau ialah seorang yang amat perengus," kata Isaacson ketika bercerita tentang Jobs yang meninggal dunia ketika berusia 56 tahun pada 5 Oktober lalu akibat komplikasi penyakit kanser pankreas yang dihidapinya.

"Dia boleh bersikap kejam terhadap orang lain," ujarnya. "Sama ada kepada seorang pelayan di restoran atau pekerja yang berjaga sepanjang malam untuk menyelesaikan tugasannya, Jobs akan pergi kepada mereka dan berkata, semua yang anda lakukan silap. Kerja anda teruk sekali.
"Dan anda pula berkata, mengapa awak berkelakuan sebegitu, mengapa awak tidak boleh bersikap lebih baik? Dan dia (Jobs) memberitahu: "Saya mahu bersama orang yang mementingkan kesempurnaan. Inilah saya," cerita Isaacson. - Isaacson berkata, Jobs mungkin mengemukakan idea komputer Macintosh, iPod, iPhone dan iPad semasa kerjayanya yang pintar tetapi beliau bukannya seorang pengurus yang terhebat dunia.
"Secara faktanya, beliau (Jobs) mungkin merupakan salah seorang pengurus yang paling teruk," katanya. - AFP





Signal kanan kornar kiri !

Ini selalu sangat terjadi.Bengang sungguh saya dengan spesis yang macam ni..! Bagi signal kereta sebelah kanan tapi dia masuk jalan sebelah kiri. Orang drive di belakang rasa nak penampor spesis macam ni.Bila tengok rupanya tengah drive sambil dok taip sms!Spesis yang macam ni bagi penampar baru puas hati..!ekeke


Lagi satu spesis drive kereta punyalah slow macam tak nampak kereta lain duk berderet kat belakang dia. Cuba tengok..mak aii tengah berborak gosip2 macam cik rockkiah propa... drive sambil cakap kat  handphone! .Spesis yang macam ni kau langgar jer bumper kereta dia bagi kemek baru seronok.. muwahahar...


Pesanan khidmat masyarakat
untuk 'spesis guna handphone ketika memandu':
"apa kau hengat jalanraya ni bapak kau punya kerrr!!!"
lagi
"Kau sorang ada handphone yek!!!"
*Saya sedang hangin satu badan sebab jumpa spesis macam ni pagi2 tadi selepas hantar anak  saya pegi klinik kerana hard fever!




Resepi Ayam Sweet Sour sedap dan mudah~





Assalamualaikum,Ini menu hari ni,ayam masak sweet sour..bukan lunch tapi masak petang hari untuk dinner punya.. siang mmg saya jarang masak, biasanya pukul 5pm baru masak sebab hubby balik around 7pm then nak makan tuk dinner kira oraitlah kul 5/6pm dah 'tung tang'  kat dapur =P

Ayam Sweet Sour
                                   
Resepi Ayam Sweet Sour

Bahan-bahannya:

ayam di potong kecil [terpulang pd anda berapa banyak dan saiznya] sedikit kunyit
sedikit garam
tomato sos secukup rasa
cili sos secukup rasa
sedikit gula
air secukupnya
1 biji tomato [potong dadu]
sedikit kacang peas
minyak untuk goreng ayam

Bahan-bahan perlu dimayang:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
daun sup dan daun bawang [potong pendek]


Cara-caranya: 

1. Gaulkan ayam dgn garam & kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak lembut tak terlalu garing. 3. Angkatkan ayam dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
5. Masukkan air,tomato sos,cili sos,kacang peas,tomato buah dan gula sehingga mendidih.
6. Masukkan ayam dan renehkan sebentar.
7. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang.
8. dah siap!

Selamat mencuba!
nota kaki : sedap nih.. sendiri masak sendiri terliur..!! [perasannya aku syok sendiri ekeke]


Ayam sweet sour, resepi, resepi masakan ayam,resepi masak ayam masam manis,resepi ayam sweet sour mudah dan sedap


Moms & Hubby..!



13 Oktober
Syukur Allah
Ciptakan Emak
untuk saya..
terima kasih Emak
melahir,membesar dan mendidik saya
terima kasih Emak,
mewariskan sikap rajin mengemas pada saya
cumanya,gen pandai memasak tak dpt saya warisi ekeke.. takpelah emak
Tanpa Emak siapalah saya.
14 Oktober
Syukur Allah
Mendatangkan lelaki ini
dalam hidup saya
Terima kasih sayang
menjadi bapa kepada putera dan puteri
kita berdua
Keranamu tak sunyilah hidup kami..
Dengan ucapan :
Teruskan bersabar dengan karenah saya!
lagi satu:
Jangan lupa renew roadtax & insurans kereta
expired harini ye yang..
juga,
Terima kasih belanja makan
malam tadi..



Salam Ulangtahun Kelahiran
buat dua insan tersayang,tercinta paling bermakna dalam hidup saya ini,
Emak dan suami.
Kamu terbaik!
O Allah,lindungi keturunan kami selalu dalam rahmat dan hidayahmu.



nota kaki : sampai sekarang saya tak tahu suami saya baca blog saya atau tidak..n malas tanya! =P

Kamu di mana?


anda dekat no skala yang mana?

Cuba duduk bersendirian
di bawah pohon rendang
bila dongak nampak langit indah
bila tunduk masih nampak bumi berpijak
kenapa masih tak tersedar
akan panjangnya usia Allah beri......

Nuffnang - BE ke 9!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,pagi ni bila check acc nuffnang,ada Buffered Earning baru menapak.Ini BE ke 9 blog saya terima.Beberapa minggu lalu 3 BE yang saya dapat cuma menapak sekejap je sebab blog saya tak terupdate,sedang melayan perkara lain yang teramat penting,jadi blog ni sedikit terabai,visitor pun agak merudum,apatah lagi BE pun turut sama merajuk menghilangkan diri.Tapi yang bestnya,bila saya rajin berblogwalking dan mula kembali publish entry , BE tersebut kembali lagi dengan status warm-up..kira okeylah tu.. =D


Terima kasih Nuffnang!

*ini entry dikala ketandusan idea.. lalalala =P



Best in the world.

Assalamualaikum.

Every thursday nite at 8TV..  Best in the world. For sure tak boleh tertinggal mana2  episod Razif Hashim mencari makanan terbaik   ini show bikin saya punya happy o meter naik mencanak - tapi malam tu je lar meter increased.


 Razif Hashim you awesome.Saya boleh bagi 5 star! Happening la bro.Kalau beri pada presenter lain mungkin Best in the world jadi show yg biasa2 aje.Tapi kalau you all tengok episod pertama lagi, you terus set kat mind untuk buat appoinment ngan next episode nya.


Imagine sajalah story makan ice cream pun Razif boleh bikin cute gitu.Story nasi lemak pun jadi gempak.Burger tepi jalan pun you rasa sentap selera makan!Bagi saya ini baru ada magis! Kalau tak percaya,tengoklah sendiri okey dear =D



 .. ahah tapi sometimes saya agak terkedu bila semua makanan dia sapu bersih..maksudnya halal ke tidak sebab ada show gerai makan bukan hanya muslim tapi non muslim...??



ya ampun..ada tengok mamat ni makan? memang tak hengattt !!sengal!





photo ni control macho tak macam photo kat atas nun..pinjam dari page  Razif Hashim



Senarai penuh Bajet 2012.



Senarai Penuh Intipati Bajet 2012
Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.


*sumber/kredit sini [terima kasih]



Padamu ku Bersujud | Afghan





Pada Mu ku bersujud.
by Afghan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud




Steve Jobs meninggal dunia.

 Steve Jobs
NEW YORK – Syarikat gergasi komputer, Apple semalam mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser. Beliau berusia 56 tahun.
“Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober),” kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan semalam.
Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.
Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple. – AFP

To forgive is to forget?

Assalamualaikum.

Entry hari ni adalah follow up dari Wordless Wednesday#8, yang saya publish semalam. Persoalannya adakah memaafkan juga maksudnya perlu juga melupakan?
"Aduss hatiku terluka..! "
"tsk tsk sampai hati aku dibuat sebegini!!! "
ataupun 
"sob sob apa kau buat ni terlalu kejam tak mungkin aku memaafkan.. WTF or WTH "
itu contoh ajerr sowi lar yer kalau terkasar bahasa...tapi itulah hakikatnya.Sebaik manapun kita,sebagai manusia biasa dah confirm suatu ketika akan datang marah, sedih dan kecewa bila hati disakiti,dikecewakan apatah lagi jika dikhianati...! Jangan kata lerr kau tak pernah marah okehhhhh..plzzzz larrrr!!!



Ini saya beri example !

Ketika anda study di IPT dulu ,assignment final semester anda telah dicopycat hampir 90% oleh kawan terapat anda.Hari dateline untuk submit baru anda tahu.Apa perasaan anda? Hampeh!!! rasa dikhianati kan? walaupun result dapat A .. for sure dia dapat A jugak! Harammm!!


lagi contoh..!!

Anda kena sexual harrasment ketika dalam bas awam.Dengan sakit hatinya anda pergi sound si peraba gila seks tu..
" Woiitt kau ni sewel ke aperr nak raba2 orang..aku penampar kau baru tau !!! grrrrrr .. grrrr ..grr"
si peraba cuma tersengeh2 cam org tak betul... aduhh sakit jiwa di buatnya..pastu lagi sakit hati tetiba driver bas pula mencelah..
" apa kecoh2 tu...alar kena raba sket2 tu biasalah kan.. cuba cakap dia raba tang mana.. adam ngan hawa memang lar cam gitu....."
bila dengar pakcik driver cakap gitu terus anda rasa nak pitam... rasa nak isi form admitt hospital tanjung rambutan pun ader gakk....
bila nak turun bas tu anda sound driver tu lebih kurang cam ni ..
" pakcik ada anak pompuan kan...dah biasa ker anak pompuan pakcik tu meraba raban ngan kaum adam!"
last skali adegan kena kejar pakcik driver bus....cabuttt!!!!


amacam? boleh tak anda maafkan si kawan anda si copycat dan si driver  lagi si peraba yang tak berotak tu?!!

Saya selalu berdiskusi dengan diri sendiri bila bab maaf dan melupakan ni,dah macam jadi satu filem pendek yang saya ciptakan dalam imaginasi saya.

"Aku kena maafkan salah dia..dia manusia biasa.lagipun dia bukan sengaja buat camgini kat aku.."
"Masalahnya betulke dia tak sengaja menyakiti hati aku?"
"ahh maafkan ajelah.. 0 - 0 sudah..malas pikir lahh"

ya..akhirnya lebih baik kita maafkan sajalah segala kesakitan,kesedihan dan penghkhianatan yang telah mereka lakukan pada kita,sengaja atau tidak..biar Allah saja yang maha Mengetahui..siapalah kita untuk terus menyimpan marah,duka sedih dan dendam..yang akhirnya menjadi satu bisul dalam hati dan bengkak menjadi penyakit yang lebih kronik..semoga dengan memberi kemaafan,Allah akan lebih menyayangi kita..dan membuka dan melapangkan hati insan lain pula agar dapat memaafkan kita pula..Ingatlah!jika hati kita pernah di sakiti,dah tentu kita juga pernah menyakiti hati insan lain kan?

*Melupakan? jika hati disakiti berkali2?  entahlah.. you decide sendiri ye yang..


Edisi menghargai Follower!


Assalamualaikum.
Terima kasih kerana menjadi Follower blog  twenty2december.blogspot  aka other piece of me  yang sangat humble ni.Walaupun tak ribu riban [adekah?] cam blog otai lain tapi saya rasa bersyukur gitu.Ini antara sebab saya terus berblogging dan menulis - walaupun kengkadang merabu meraban cam tak hengat dunia.Entry kali ini ditujukan khas untuk Follower - kamu ler tu - yg sedang baca ni ? belum follow? alar..jangan malu2 segan2.. click lar button follow tu ye yang =P Terima kasih daun keladi kerana menyokong blog saya dengan matlamat perjuangan yang tak berapa nak clear ekeke =P. amacam?inilah hakikatnya,blog saya lebih kepada personel - saya tulis apa sy nak tapi tidak sekali-kali menggunakan bahasa kesat apatah lagi gosip2 yg tidak tahu kesahihhannya.Berhemah dalam dunia blogging.

Orait ladys n gentlemen..sempena ini, saya akan review Follower2 yg bertuah dengan nombor chanteqs.Sori mori yer takkan nak review semua, nanti tercabut button keyboard saya menaip tak hengat jam..ramai sangat, jadi kesimpulannya, terpaksalah pilih nombor bertuah yg cantik2 aje..ok kan dear?smile..ok suke ler tueee ekeke =D * sori yer kalau ade yang dah tukar header or template sebab saya dah draft entry ini  bulan lepas lagi =P

Follower  #1000
http://richmanje.blogspot.com/

Follower #999
http://mdm7781.blogspot.com/


Follower #888

BuLAt.iTU.CircLE


Follower #777


Run away
 

Follower #666

Lily@MummyQistina

 
Follower #555

m!rFa
*Tak dapat jejak kasih =( kerana tak sertakan link pada profile follower ataupun shoutbox.. kalau terbaca entry ni  silalah beri respon n link boleh saya follow anda.

Follower #444

*di profile follower nick tulis farah bieber [ big fan bieber ler kann tuee =D ] tapi bila i search balik takde la dear, maybe dah change photo n nick.. so i search lg.. rasanya ni lar dia sis farah bcoz kat blog nyer dia ni bieber giler2.. n sori mori i punyer lappy takleh view properly blog sis ni.. i tak tau nape =( sori... anyway i try my best silalah u ollz singgah rasanya ok view kalau guna IE!


Farah bieber


*follower no 111- 333 tak dpt buat print screen profile follower sebab tak alert sgt.. bz time tu .. xper ler kann =(


Follower #333
  


Follower #222

 
 link dia bg adalah blog contest tapi ada juga official blog  nadratul . kita bubuh skali okeh dear.



Follower #111
  
sha a.s.

Terima Kasih semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...